Saturday 1 September 2012

Maafku tak bisa memilih


“Mengalahkan kura-kura. Lembik!”

Aku yang mengekor di belakangnya hanya mencebik. Mahu patah kaki berjalan dengan mamat ni. Sungguhlah mengalahkan perempuan bila masuk bab membeli belah. Shopping lah sangat! Dah dua jam pusing sana sini satu barang pun tak beli. Ingatkan perempuan lebih cerewet dalam bab beli beli ni, rupa mamat ni lagi dasyat.

“Kau nampak aku ni spesis robot ke apa? Boleh berjalan tanpa henti?”

Mahu tak lembik. Dia pandang aku. Tahu pulak garu kepala.

“Laa. Baru dua jam kot. Ni satu apa pun tak jumpa lagi.”

“Padanlah tak jumpa. Kau tu cerewet tak ingat. Menyesal ikut kau..”Dia garu kepala.

“Alaaa..masalahnya semua aku tak berkenan. Tak kan main rembat pulak..”

“Malaslah cakap panjang. Tekak aku ni dah kering..”

“Okay..Baiklah.” Itu saja????

“Mehla makan. Aku dah kebulur ni.”

Dia menghampiri. Tersenyum penuh kemanisan. Agaknya baru sedar masa dah melewati lunch time.

“ Jom!”

Spontan aku menepis pautan pada jemariku. Dia tersenggih  sebelum garu kepala.

“Sorry. Lupa..”

“Sorry naik lori!”

Lupa konon! Apakah bengongnya mamat ni. Suka suki nak pegang memegang. Akhirnya aku menonong ke depan meninggal dia yang masih dengan senyuman. Sejak tadi senyum terus. Mesti ada yang dia fikirkan tu.

“Makan kat mana?”

Zawir Ahnaf kini sudah berada di sebelahku. CEPAT, tangkas dan laju! Nak hairan apa, langkah dia panjang, pasal dia kaki panjang. Mana nak saing dengan langkah aku yang hanya separas dagunya.

“Tu…..” Chicken Rice Shop

Tu jela paling dekat sekarang ni.

“Tak nak sudah!”

Malas aku nak melayan hantu sorang ni. Dah tahu aku tak suka jalan jauh kalau dah kelaparan lagi nak tanya. Sudahnya dia tetap mengekor di belakangku yang sudah mula menapak masuk ke restoren itu. Taklah penuh sangat. Sebab orang dah habis makan kot!

Aku pandang dia yang sedang mengeluarkan telefon,letak atas meja. Sejak masuk tadi tak keluar sepatah apa pun. Pelayan datang mengambil pesanan. Aku pandang lagi tapi kali ni wajah itu tepat memandang aku sama. Gulp. Tetiba rasa something. Dia merenung aku lama. Sukar untuk ditafsir akan kerutan di dahi itu.

“Kau kenapa?Berkerut semacam aku tengok.”

“Tak ada apa..”

Suara dah lemah semacam siap dengan keluhan panjang pulak. Tadi ceria kemain. Sekarang muka macam orang mati bini. Yang tu memang aku paling tak suka! Aku renung dia lagi dan lagi sampailah dia naik bengang. Pipi dah merah!

“Apa pandang aku ni?”

Dia angkat muka tapi lepas tu tunduk balik. Macam anak dara! Aku gelak jahat.

“Pandang lagi macamtu. Nak tunggu aku jadi raksasa baru nak alihkan pandangan?!.”Dia jeling tajam. Lama. Kemudian tersenyum manis. Gulp! Dan sekarang muka yang merah sebenarnya adalah aku! 

“Merah muka kenapa?”

Aku sekadar menjelir lidah. Geram dengan perbuatan dan kata-katanya.

Pelayan datang bersama pesanan. Penuh satu meja kalau lelaki ini yang membuat pesanan. Segala macam nak disumbat masuk.

“Baca doa dulu!”

Selamba dia mengetuk tanganku yang mahu mencapai straw dalam minuman. Tumpah juga air ni karang! Namun aku pantas sama menadah tangan dan mengaminkan bacaan doanya.

“Dah boleh makan Cik Abang?”

Geram jugak dengan dia ni. Macamlah aku ni tak baca doa. Bacalah! Tapi dalam hati.

“Silakan tuan puteri!”

Sudu dan garfu dihulurnya. Aik, patutnya aku punya tugas. Namun aku menyambut dengan senang hati.

Kami meneruskan misi yang tergendala selepas itu. Walaupun aku merunggut namun dia hanya tetap tersenyum manis. Sudahnya aku menjadi khadamnya terus seharian itu. Nak pilih kemeja tanya aku. Nak beli T-shirt panggil aku. Nak beli segalanya mesti aku aku aku! Sampai aku nak berdiri jauh dari dia pun dah tak larat.

Yang paling buat aku weng, bila masa aku nak beli baju dia sibuk juga nak pilihkan. Dahlah cita rasa dia memang habuk! Semuanya nak polka dots, tak pun kotak-kotak! Tapi aku pun bengong sama. Dah tahu tak suka tapi terima juga cadangan.  Tapi bila aku pandang lama baju tu, hati aku berkenanlah pulak.

Sudahnya, 3 helai baju menjadi milikku. Itu pun semua dia yang bayar. 2 helai kemeja. Sehelai biru putih dan sehelai lagi kuning air pilihannya. Senada dengan kemeja yang dia beli. Lagi buat aku nak sekeh-sekeh kepalanya, bila sesuka hati dia beli sepasang couple T-shirt.

Untuk siapa? Untuk aku dan dia! Sah kepala dia kena sengat tebuan pagi tadi! Walaupun begitu, aku sebenarnya tertarik dengan baju tu. Itulah yang sempat aku belek tadi. Nak beli, aku bukannya ada kekasih pun, tak bestlah pakai sesorang.

Tapi,tak sangka pula dia yang sudah ada perancangan mahu membelinya. Haru biru jugalah bila selamba dia mengaku aku ni buah hatinya. Bila aku tanya kenapa dia selalu cakap  macam tu, dia tersengih cuma. Namun ada masanya dia menjawab nakal.

“Dah memang kau buah hati aku.”

Jawapan dia ni memang akan membuatkan aku single sampai ke tua agaknya. Manada lelaki yang nak dekat bila dia bangga mengaku aku buah hatinya. Padahal hakikatnya kami sekadar berkawan baik sejak dahulu kala.

“Pasal kaulah, orang takut nak pinang aku!”

“Takpe. Aku ada.”

Bisiknya bersama senyuman gatal. Memang weng!

**********

Tak larat rasanya nak mencapai handphone yang menjerit nyaring. Bingit telinga! Tapi sungguh tak larat nak bergerak. Sejak tadi tak henti-henti bordering. Siapa tah! Ibu mungkin.

Pintu diketuk. Sara lah kot.

“Kau kenapa? Ibu kau call aku tadi.”

Sara duduk di birai katil.

“Ambilkan handphone aku Sara. Aku tak sihat. Tak larat.”

“Laa, kenapa tak panggil aku?”

Sudah! Nak membebel lah tu.

“Tak larat nak bangun ni..”

Dia memandangku dengan simpati. Ni yang lemah. Tak sukalah buat orang risau.

“Bu, sorry. Orang tertido. Tak sedar tadi.”

Salam dibalas sebelum menghuraikan kerisauan Ibu. Sungguh rasa keibuaan itu sangat misteri. Sampaikan anaknya sakit pun dia boleh rasa.

“Aufa sihat. Ibu janganlah risau..”

Aku tak mahu dia kerisauan. Pada Sara aku khabarkan agar keadaanku tidak sampai ke pengetahuan luar. Terutama pada family aku. Namun bila dalam keadaan memaksa, Sara akhirnya menghubungi Ahnaf. Apa lagi tercongoklah mamat tu depan aku sekarang ini. Lagi bikin kecoh bila dia buat aku macam patung. Tahulah aku tak larat, tapi tak payah nak kendong segala. Malulah aku!

“Ahnaf!” Tegas.

“Zawir Ahnaf!!”

Cukup tegas.Tapi dia buat bodoh dengan amaranku. Sudahnya dia berjaya memasukkan aku ke perut kereta. Terus menuju ke klinik berdekatan. Rupanya klinik kawan baik dia. Lagilah teruk aku kena sakat oleh sepasang suami isteri doctor itu! Malaun ni memang sengaja pedajalkan aku! Dahlah tengah tak larat nak membalas balik.

Badan aku ni memang  spesies antibody lemah. Senang lenang diserang demam. Masa mahu balik aku berkeras mahu bergerak sendiri. Syukur kerana kudrat sudah ada sedikit. Walaupun lambat pergerakan ini, aku tetap tidak mahu dia membantu lagi. Kalau Ayah tahu, memang dia dah tak kira apa. Jawabnya satu jelah. Nikah!

Dalam kereta pun aku bisu. Bukan aku tak sedar gundah gulananya. Bukan aku tak sedar dia yang gelisah. Rasa nak gelak, tapi elok bagi pengajaran sedikit. Anak dara orang jangan dibuat main! Tahulah rapat. Tapi bukan halal pun. Nak kendong lagi buat apa. Tahulah lemah tak berdaya tapi tolonglah minta kebenaran ke apa ke dulu sebelum bertindak luar petala. Sampai ke sudah tak bercakap. Aku menonong jelah berjalan masuk ke rumah yang sudah sedia terbuka dan pastilah Sara sudah menanti dan membantu aku masuk. Sekadar ucapan terima kasih untuk dia yang jelas keruh wajahnya.

Semoga dia faham dan menghormati aku selagi mana kami bersama. Aku suruh nikah awal tak nak. Ni gatal nak menyendeng kat aku. Tengoklah, nak kata dia tak laku berderet perempuan terkejar-kejar. Tapi entah apa yang nak dicari. Kalau menanti yang sempurna turun dari langit alamat wasalamlah. Dengan aku sekali tamat riwayat. Selagi dia tak nikah, tak berbini aku juga menjadi galang ganti. Di usung ke sana ke mari. Meneman itu ini segala. Tapi jika setakat itu mungkin aku takdelah kisah mana, ini dah masuk cerita pegang sana, kendong sini. Tahulah darurat tadi tu, tapi berpada-pada sikit tak boleh? Ah, sudah! Perselisihan faham sudah berlaku. Aku lemas begini.

Selepas makan ubat yang dibekalkan doktor, aku lena sampai pagi. Mujur tak terbabas Subuh dan sudah beransur sihat. Hujung minggu begini lagilah haru. Bila aku berbaring semula, handphone aku ambik sama.

19 misscalls, 28 new messages.

Padanlah tak dengar satu apa pun. Tido mati! Wajarlah lelaki ini risaunya naik ke level 89%. Satu-satu mesej itu ku baca. Mesej terakhir itu buat aku bagai nak melompat.

‘Aufa. Aku kat luar. Kuar kejap wei..’

Masa mesej ni dihantar adalah 2 minit yang lalu. Baru lagi. Lantas  aku menapak ke tingkap dan nyata dia ada di luar. Awalnya… Nasib baik sempat mandi tadi.

“Waalaikumussalam..”

Dia tersenyum sambil membalas tenang salamku. Pintu kereta dibuka dan spontan aku masuk. Aku pun tak tahu kenapa. Mungkin tak nak aku berdiri lama kot. Tapi sangkaan ternyata meleset bila kereta tu sudah meninggalkan rumah sewaku.

“Ke mana?” Dia ni kan. Isk!

“Aku minta maaf pasal semalam. Bukan sengaja, tapi nampak kau lemah macamtu aku tak sanggup tengok.”

Matanya tetap fokus ke hadapan. Aku kalih sedikit padanya. Nampak semacam je mamat ni.

“Kau masih marah?”

Mahu tak marah. Tapi tu semalamlah. Sekarang dah okey sedikit. Namun aku tetap membisu.

“Janganlah macam ni. Aku tak boleh nak tidur semalaman sebab rasa bersalah sangat..”

Terkejut! Padanlah lemah semacam. Patutlah awal pagi dah tercongak kat depan rumah.

“Aku call banyak kali, mesej lagi. Tapi takde response pun. Lagilah aku tak keruan..”

Tiada lagi riak tenang di wajahnya. Yang ada hanya kekusutan.

“Kau diam macam ni lagi buat aku rasa bersalah. Aufa, sorry..”

Tak tahan dengan renggekannya. Dalam masa aku nak bersuara dia lantas mengapai tanganku. Namun belum sempat, dia tarik balik.

“Maaf..” Mungkin sudah sedar akan silapnya.

“Dah minta maaf lagi nak usik. Pasal ni lah aku marah sangat. Dah tahu aku tak suka, tolonglah jangan dibuat. Aku ni perempuan Ahnaf. Kalau dah kau pegang, sentuh macam ni, siapa nak kat aku nanti. Siapa nak beristerikan aku nanti? Kau takpelah lelaki. Tak luak mana pun..”

Dia tunduk. Sebelum kalih pandang padaku. Tiada senyuman mengusik. Tiada senyuman menawan. Yang ada hanya wajah sugul. Aku tatap dia penuh persoalan. Kenapa jadi macam ni?

“Aku..Aku minta maaf Aufa. Aku tak sengaja. Betul! Sedar-sedar aku dah terpegang kau.”

Dia tarik nafas berat. Rasa mamat ni ada masalah besar je gayanya.

“Bukan aku tak tahu hukum, tapi sungguh aku memang tak sengaja.”

Jauh disudut hatiku aku yakin akan dia. Mungkin ada baiknya saling memaafkan.Selama ini dia memang tak buat macamtu pun. Tapi sekarang, pandangan dia dah lain. Senyuman dia lagi lah dah lain macam.  Aku perasan sejak dua tiga bulan kebelakangan ini.

“Tapi jangan buat lagi. Kot-kotlah,bakal mertua aku ternampak, memang cancel lah nak buat menantu..”

Dia senyum. Makin lama makin lebar senyuman itu sebelum tawa kecil meletus.

“Ada orang nak kat kau ke?”

“Soalan nak cari gaduh nampak!”

“Eh, tak..tak!”

Dia tersenyum sambil mengeleng perlahan. Bukan kah sebentar tadi dia baru memohon maaf? Ini apa kes? Tak serik kau Ahnaf ya!

“Maksud aku kau dah ada orang meminang ke?”

“Buat masa ni belum ada lagi. Takpe, aku dah kahwin nanti, tinggal kau sorang. Jangan memandai nak kacau aku masa tu..”

“E’eh dia ni. Kan dah janji bestfriend sampai mati..”

“Hah! Takdenya. Bila dah kahwin, kira perjanjian tu terbatal dengan sendirinya.”

“Macam ni jelah kau dengan aku Aufa. Okeh,takpe. Aku pastikan kau takkan kahwin..”

Kejamnya doa. Aku pandang dia geram.

“Selain aku yang jadi pengantin lelakinya!” Muktamad!

“Nonsense!”

Aku mencebik. Biar dia tahu aku juga punya hati mahu menikah. Ada keluarga. Tapi dengan orang lain pastinya. Dia ni bukan tak masuk list, tapi tak larat aku nak melayan karenahnya.

Dia ketawa lepas buat aku bengang. Bengang dan sungguh bengang!

“Mana kau nak cilok aku ni?”

Rasanya semakin jauh meninggalkan rumah. Aku dahlah sehelai sepinggan.

“Teman aku sarapan..” Itu je!

“Aku tak bawa purse wei. Nak angkut tu beritahulah awal-awal..” Geram. Tapi dia tersengih lagi.

“Takde IC lah ni? Senang kerja aku nak jual kau..”

Dia gelak lepas. Spontan cubitan hinggap di pinggangnya.

“Ni pegang anak teruna orang kenapa?”

Merah muka rasanya. Tapi berlapik apa. Bukan macam dia.

“Ala Yang. Tu ada kat dalam wallet tu. Toksah risau..”

“Ic aku lah wei. Bukan kau punya.”

“Ya. Sekali dengan IC kaulah Aufa oii.”

“Kau bukannya betul sangat..”

Apa kejadahnya aku letak IC dalam dompet dia? Dah terang-terang purse aku tinggal. Dia di sebelah jungkit bahu.

“Tak percaya? Nah buka sendiri..”

Dompet itu dihulurkan padaku. Teragak-agak aku menyambut .

“Bukalah. Aku tak kisah.”

Dan bila aku dah buka memang sah ada bersamanya. Pelik.

“Macamana?”

Ringkas namun padat.

“Kan semalam pergi klinik. Aku tak sempat pulangkan. Kaulah, marah sangat semalam..”

Buat suspen aku! Patutlah berani sangat bawa aku keluar macamni.

“Apalagi benda kau nak kejutkan aku agaknya? Hailaa. Nasib nasib dapat kawan serupa kau ni Naf..”

“Yang pasti, aku akan buat kau terkejut besar suatu hari nanti.”

“..dan janganlah aku penghidap penyakit lemah jantung masa tu..”

Dan akhirnya kami tertawa sama. Dia membelok ke satu selekoh. Pastinya rumah dia. Mamat ni kan. Aduhaila Ahnaf. Aku jungkit kening bertanya.

“Umi nak jumpa kau.”

Sebagai membalas pada persoalan tanpa suara dariku. Lah, kenapa pula ya. Berbulan lama rasanya tak jumpa Ummi. Last jumpa masa raya korban tahun lepas. Ahnaf mengamit aku masuk bersamanya. Segannya. Dahlah dengan pakaian macamni. Tudung tah apa-apa. Ahnaflah, bukan nak beritahu nak ke mana. Sibuk nak cilok orang. Kalau dia orang yang tak baik, memang dah lama aku gol!

Aku kenal pada suara yang menjawab salam tu. Abah Ahnaf. Kekok juga rasanya lama tak berkunjung ke sini. Batang tubuh Ummi yang membelakangkan pintu dapur basah menyapa pandangan. Ahnaf sudah laju menuju Umminya. Lantas dipeluk leher ibu tua yang masih nampak bergaya itu sebelum dia mengucup pipinya. Manja! Tiada yang lain selain gambaran ayat itu berlegar di ruang minda. Melihat Ummi yang melatah buat aku tertawa kecil. Mungkin agak asing pada suaraku, dia segera kalih. Dan sedikit demi sedikit wajah itu berubah senyum. Dan tidak lama untuk aku berada dalam dakapan kasihnya. Rindu. Terasa aura rindu itu dalam pelukkannya.

“Lama tak menjenguk Ummi. Dah tua ni, takde siapa pun nak ambik tahu..”

Merajuk. Adedeh! Sebijik macam Ahnaf. Aku tersengih sambil mencapai tangan tua itu lalu mengusapnya lembut.

“Aufa mohon maaf sangat. Tak tahu nak gambarkan macamana kesibukkan Aufa ni Ummi..”

Iyelah sangat. Dengan Ummi bolehlah kau kata sibuk, tapi kalau dengan Mamat yang tengah mencapai piring di rak tu takdenya kesibukkan  kau menghadirkan diri ye.

‘Pasal, dia datang tak pernah diundang, tak pernah ada tanda. Sesenang, sesuka hati dia sahaja buat jadual sendiri. Tak pernah ambil tahu akan jadual harian aku yang nyata padat’.

“Nanti rajin-rajinlah jenguk Ummi. Bosan sorang-sorang kat rumah. Along dengan Kak Long Ahnaf pun bukan lekat kat sini. Kerja memanjang. Macam ni, lambat lagilah Ummi nak dapat cucu..”

Aku sudah terkekek ketawa. Pasti kejap lagi mamat sebelah aku ni pula jadi mangsa.

“Takpelah Mi. Biar Ahnaf je bagi Ummi cucu nanti?”

 Eeh. Ni bukan mangsa, tapi memangsakan diri.

“Hah! Elok benarlah. Calonnya dah ada? Boleh Ummi tolong pinangkan.”

Entah mengapa aku terasa lain macam. Lagilah bila melihat senyuman Ahnaf!

“Apa pula. Ni Aufa kan ada. Pinang aje dia ni Mi. Senang cerita..”

Aku yang baru menyuah cawan ke bibir sudah tersedak. Belum minum kot! Bertuah punya kawan. Sekarang aku rasa dia bukan memangsakan diri, tapi adalah pemangsa dengan aku sebagai mangsanya. Huh! Mesti jadi macam ni. Aku jugak yang nak dipedajalkannya!

“Kamu ni Ahnaf, cakap tak pernah nak tapis. Tersedak Aufa dibuatnya. Buat main lagi benda macam tu..”

Ummi sudah mulakan mukadimah bebel membebel. Sahlah kejap lagi rentung mamat ni.

“Takpelah Mi. Ahnaf gurau je tu. Aufa tak ada apa pun..”

Dia di sisi pula sudah senyum sumbing. Tak pernah nak cakap serius. Padanlah Ummi melenting.

“Bertuah punya budak. Takpe, Aufa makan dulu ye. Ummi nak ke taman teman Abah.”

Dia akhirnya meninggalkan kami berdua di dapur itu. Aku hanya diam menikmati Mihun goreng yang Ahnaf sendukkan tadi.

“Nak telur tu.”

Erk! Bukan tadi dia ke yang hidangkan aku? Ni apasal pulak lain. Dahlah telur mata kerbau tu betul-betul kat depan dia.

“Aufaa...”

Merenggek macam budak tadika. Garfu dikuis-kuisnya kasar pada mihun. Mamat ni memang! Tak tahu nak describe macammana!

“Mengada!”

Namun aku capai jugak telur dadar  itu. Dan dia tersenyum penuh makna dan makan dengan penuh selera. Hatiku berdegup kencang melihat panahan matanya. Ah, sudah!

************************************************

“Aufa minta ampun Bu. Aufa memang tak buat..”

Habis dayaku, kering airmata mengalir namun sudah tiada guna lagi. Bertambah perit bila air mata ibu tua itu mengalir kerana kesal. Pastilah dia kecewa. Teringat perbuatan lelaki itu tadi serta kata-katanya yang mengundang aku ke dalam jerat paling bahaya di dunia.

“Makcik..Saya minta maaf.”

“Kenapa ni Ahnaf? Kenapa nak?”

Lembut suara Ibu sambil memandang aku dan Ahnaf silih berganti. Ayah yang tadinya berbual elok dengan Ahnaf kini sudah merah padam mukanya. Apa sudah jadi?

“Ayah tak sangka kamu boleh buat benda terkutuk tu.  Apa salah Ayah Aufa? Kenapa sampai begini kamu malukan kami?”

Aku pandang Ayah. Tapi aku tetap tak tahu pokok pangkal kata-katanya. Aku buat apa sebenarnya. Aku pandang Ibu. Ternyata dia juga bingung.

“Yah? Kenapa?”

Aku hampiri Ayah. Namun jelas dia diamuk amarah.

“Kau jangan tanya kenapa? Tanya diri sendiri apa kamu berdua dah buat?”

Hilang sudah panggilan namaku. Marah Ayah memang ditahap kritikal.

“Tapi Aufa tak tahu apa maksud Ayah..”

Akhirnya Ayah menghadap kami semua. Tajam jelingan dia menghadap aku. Gerun.

“Tak tahu? Habis kalau perut kau dah membesar baru kau nak sedar, nak tahu maksud ayah?”

Apa ni? Ibu menghampiri Ayah. Mamat di sebelah aku tunduk menikus. Apa yang dia katakan pada Ayah tadi? Perbualan mereka nampak agak serius tadi bila aku perasan berkali-kali Ahnaf meraup mukanya.

“Abang cakap apa ni?”

Ibu mengusap perlahan bahu Ayah. Nampak kerutan pada muka Ayah sedikit beransur. Kemudia dia pandang pada Ahnaf.

“Ayu tanyalah budak berdua ni apa mereka dah buat.”

Ibu pandang aku bersama seribu pertanyaan yang aku sendiri sukar nak jawab. Lalu dia pandang Ahnaf. Penjelasan lelaki ini buat aku mahu pitam.

“Maafkan saya Makcik, Pakcik. Saya bersalah. Saya dah usik Aufa, saya akan bertanggungjawab.”

“Betul ke apa Ahnaf beritahu ni Aufa. Kamu jangan nak buat Ibu marah!”

Melengking kuat suara itu. Ahnaf ni dah kenapa? Kenapa nak cakap benda macamtu. Usik? Bukankah maksudnya membawa kepada ‘benda itu’? Tapi aku dan dia memang tak pernah sampai ke arah itu Sungguh! Paling lebih pun masa dia kendong aku hari aku sakit tu. Tak lebih tak kurang! Mana mungkin aku mengkhianati kepercayaan kedua orang tuaku ini.

“Ibu, Ayah. Memang benar Ahnaf pernah..” Ayah pantas memotong kata-kataku.

“Hah! Aufa apa kamu dah buat ni?! Ayah tak ajar macamtu.”

Ayah makin menyinga.  Aku rasa nak telan mamat ni hidup-hidup. Lebih-lebih lagi bila dia mendiamkan diri.
“Ayah salahfaham ni Yah..”

“Ayah dah cukup tua nak faham semua benda tu Aufa. Kamu betul-betul dah kecewakan ayah.”

“Tapi Aufa tak..”

Tak pernah nak lengkap ayatku. Lidah rasa berbelit. Aku sungguhlah gementar berada dalam situasi di mana aku tidak berdaya membela diri. Aku pandang Ahnaf, mohon bantuannya.

“Tolong izinkan saya menikahi Aufa ,Pakcik..”

Lain yang aku harapkan, lain yang keluar dari mulut Ahnaf. Lelaki itu pandang aku. Sungguh mahu saja penampar ini singgah pada wajahnya. Benci pada pengakuan itu. Berani dia mecalar maruahku sampai sedemikian rupa! Malah di depan Ibu Ayah aku!

“Tak Ayah. Aufa tak buat. Heh, Ahnaf! Apa kau cuba nak buktikan ni? Aku ingat kau sahabat, tapi rupanya kau lagi kejam dari pengkhianat!”

Ya. Kenapa perkara ini menjadi kalut sampai begini? Padahal aku tak bersalah. Aku tak buat benda terkutuk tu. Sampai hati Ayah dan Ibu tak nak dengar pengakuan aku.

“Kita sama-sama salah Aufa. Kita selesaikan ya. Kita nikah?”

“Heh lelaki! Kalau iya pun kau nak perangkap aku, boleh tak guna cara lain? Kenapa nak sangkutkan aku dengan benda-benda terkutuk ni? Aku bukan perempuan murahan!”

PANG! Melayang jugak penampar sulung ke mukanya. Hati terus mendidih bila memandang wajahnya yang nampak tenang.

“Aufa!”

Ayah menarik aku menjauhi Ahnaf. Sungguh, rasa nak cincang mamat ni.

“Ahnaf balik dulu. Beritahu keluarga kamu. Secepat mungkin Pakcik nak kamu berdua menikah.”

“Aufa tak nak menikah dengan pengkhianat ni Ayah! Aufa tak mahu!”

Makin kuat jeritanku bila dia menghampiri.  Lalu menyalami Ayah dan Ibu. Sejenak dia pandang aku bagai nak tembus. Kenapa benda ini terjadi padaku. Tiada angin tiada rebut, aku terperangkap macam dalam masalah. Permainan apa yang Ahnaf buat ni? Kalau iya pun janganlah heret aku sama.

“Macam mana Aufa kata tak buat. Sedangkan Ahnaf sendiri mengaku pada kami dia dah usik Aufa?”

Wajah Ahnaf hilang. Wajah Ibu dan Ayah depan mataku membuat sidang pengadilan.

“Dia maksudkan usik lain ayah. Aufa mengaku dia pernah kendong Aufa. Tapi masa tu Aufa tengah sakit..”

Rasanya takkan ada penyelesaian lain kecuali nikah. Aku kenal ayah. Aku kenal pada caranya membuat keputusan.

“Ayah tetap nak kamu menikah. Benar ke tak, semua tu dah tak penting. Yang penting maruah kita semua.”
Menitis kembali air mata yang tadinya sudah kering.

“Sampai hati tak percaya pada Aufa.”  Sampai hati kau khianati aku Ahnaf.

Bersama juraian air mata aku naik ke bilik. Apalah gunanya jika tiada ruang untukku membela diri. Benak kian sarat dengan persoalan berpunca daripada pengakuan Ahnaf tadi. Inikah kejutan yang dia pernah beritahu aku dulu? Berani sungguh dia menduga aku sedemikian rupa. Kenapa aku? Kenapa bukan orang lain?

Aku pandang telepon yang berkelip-kelip tanpa sudara. Ahnaf!

“Kau nak apa lagi?”

“Aku minta maaf Aufa. Aku..”

“Aku apa? Tak puas hati lagi? Kau kenapa Ahnaf. Nak buktikan apa ni?”

“Aufa. Aku tak..”

Aku! aku!

“Puas hati kau kan?!” Melengking sudah suara yang sedaya upaya aku tahan.

“Apa salah aku Ahnaf? Kenapa buat aku macam ni?”

Tersedu di talian, buat Ahnaf diam membeku di sebelah sana. Namun helaan nafasnya yang berat membuktikan dia masih dalam talian.

“Aufa, tolonglah jangan nangis. Aku tak boleh nak dengar..”

“Kenapa tak nak dengar? Bukan ini yang kau nak?”

“Bukan!”

“Habis?”

“Aku nak kau sayangkan aku bagaimana sayangnya aku dengan kau.”

KLIK!

Aku terkedu. Kenapa matikan talian. Kenapa tidak dirungkai segala rasa. Biar hati aku tahu. Biar kami sama-sama tahu. Makin lebat air mata mengalir. Kalau dia sayangkan aku, kenapa harus buat aku begini. Tidak tahukah dia perbuatan ini meragut kepercayaanku padanya.

Jikalaulah kau tidak buat kerja bodoh ni Ahnaf, pastinya aku takkan sedingin ini. Kalaulah kau jelaskan benda sebenar tadi, pasti aku bakal maafkan. Jika kau minta kasih dan cintaku secara baik pasti aku bakal berikan dengan setulus jiwa raga. Tapi taktik jahat juga kau nak guna! Sampai bila sekalipun, maruahku tetap tercemar hanya kerana pengakuan bodoh itu! Sehingga sampaikan aku mati kelak manusia tetap akan mengadili diriku atas tudahan itu.

‘AKU BENCI KAU AHNAF!

Usai mesej itu aku hantar, handphone segera aku offkan. Aku mahu menyendiri masa ini. Biarlah Allah yang menentukan segalanya. Dia maha berkehendak. Mungkin inilah perjalanan jodohku. Agak rumit pada mula, agak memalukan namun semoga bersama ini ada indah yang menyapa. Ada ketulusan jua keikhlasan lahir dari hati ini. Rasa yang pelik sudah menyapa hati. Dan aku yakin itulah benih kebencian yang sudah mula bercambah terhadapa lelaki yang selama ini menjadi teman suka dan duka.

Hapuslah nama Zawir Ahnaf dalam hidup aku! Tiada lagi dia sebagai sahabat, yang ada hanyalah bakal suami.

*******************************
“Aufaa..”

Bisikkan di telingaku meremangkan. Itu belum lagi pautan di pinggang. Aku keraskan tubuh. Tidak rela sebenarnya bila dia mula memusingkan tubuhku menghadapnya.

“Aku minta maaf..”

Kucupan di dahi tidakku tolak. Sejak tadi sebenarnya aku mengelak dia. Mungkin inila masa yang sesuai untuk berbincang hati ke hati.

“Kenapa buat aku begini Naf. Kau calarkan  maruah aku..”

Esakkan semakin menjadi-jadi. Tidak tahan benar diduga sebegini. Rasa ego terbang. Hilang tak bertanda kebencian yang aku cuba semai. Aku benci bila dalam keadaaan begini. Ada perasaan yang tak jelas pada dia. Benci tapi kenapa kehadiran dia aku tak mampu tolak masa ini.

“Dah lama kita rapat Aufa. Tapi kau tak pernah sedar perasaan aku pada kau. Susah sangat ke nak faham..nak baca isi hati aku ni?”

Aku tatap wajahnya yang menunduk bagai pesalah. Aku tak faham hujung cerita. Aku tidak mengerti apa sebenarnya yang hendak dia sampaikan.

“Tengok muka tu. Tak fahamla tu..” Aku pandang dia lagi. Memang tak faham sungguh.

Tangannya menyapu pipiku sebelum tubuh ini kemas dalam dakapannya. Aku sesak nafas mendengar pengakuan itu. Jadi selama ini dia menyintaiku. Patutlah berbeda sungguh layanannya.

“Kalau cinta kenapa buat macamni?”

Aku sedar rasa yang menjentik di dada ini. Tiada salah aku memberi peluang pada hati untuk melunaskan rasa. Biar disapa bahagia. Dan semoga lelaki ini membawa kasih yang bakal menyinari kehidupanku.

“Tak jumpa cara lain Yang. Maafkan abang. Abang cinta sungguh pada Aufa, tapi Aufa tak layan pun abang.”

“Kan layan juga. Lagipun bukan aku tahu perasaan kau tu.”

“Sekarang abang dah beritahu sayang. Jadi boleh sayang layan abang dengan baik?”

“Tak cukup baik ke selama ni?” Rasa perut mencucuk-cucuk.

“Not enough sayang. Abang nak lain.” Rasa nak muntah!

Dia senyum. Senyuman yang semestinya mengoda!

“Nak lain macammana?”

“Macam..Macam..Hem..”

Wajahnya semakin menghampiri.  Dan aku sekalipun dalam keadaan hampir pitam tidak sempat berbuat apa-apa bila aku benar-benar rebah! Degupan jantung yang abnormal membuatkan aku hilang kawalan diri. Dan sudahnya malam yang sepatutnya menjadi saksi penyatuan dua jiwa kini telah bertukar kepada malam tragedi bila mana aku dan Ahnaf terpaksa bermalam di hospital gara-gara aku yang diserang gastrik. Namun syukur, penyatuan ini bukan saja mengembalikan dia sebagai sahabat suka dan duka ku, malah dia hadir dengan sebuah warna yang baru. Warna yang jelas menceriakan hidup-hidupku, hidup kami kelak.

“Sayang ni. Masa ni jugak nak gastrik..”

Muka penuh kecewa itu aku pandang. Tahan gelak. Dia ni agak-agaklah kalau iya pun. Bukannya aku minta pun sakit ni datang. Malunya bila seisi keluarga bergabung gelak. Hanya dia yang tersenyum sumbing dengan aku yang merah muka macam udang bakar!

“Dahlah. Jom gerak. Tinggal jelah pengantin ni dekat hospital.”

Mereka semua beransur keluar dan kini tinggallah aku dengan Ahnaf. Dia tersenyum. Manis sekali. Dan aku tidak mampu lagi menolak rasa hati yang sebenarnya sudah lama terpaut.

“Abang cintakan Aufa..”

Bisiknya lembut bersama kucupan kasih di dahiku. Cukuplah sekadar dakapan erat di tubuhnya menjadi penyata bahawa aku juga turut menyintainya. Ya, menyintainya setulus hati. Sepenuh jiwa raga.

“Honeymoon kat sini pun kira ok kan Yang?” Mukaku serta merta jadi merah jambu.

“Abang!”

Dan Ahnaf semakin galak gelaknya. Bersinar-sinar mata itu bila perasan panggilanku telah bertukar ganti. Bila aku meleraikan pelukan, dia pantas mendakapku lagi erat. Rasa tak mahu dilepaskan.

Sehari selepas kami selamat diijab kabulkan, Ahnaf akhirnya menceritakan hal sebenarnya yang membawa dia membuat kerja gila sehingga membawa kepada pernikahan kami ini. Sungguh tak sangka dia terjebak dengan masalah itu. Mak Longnya memaksa dia menikahi anaknya yang mengandung luar nikah. Demi menyelamatkan maruah keluarga mereka. Namun Ahnaf bukanlah insan terpilih yang ikhlas untuk membantu.

Dia menolak baik permintaan itu. Baginya dia tidak mampu mengikhlaskan hati menerima orang yang tidak dicintai. Apatah lagi dalam keadaan dia yang benar-benar sudah terpaut sayang pada satu-satunya gadis. Aufa.

Dan Umminya seolah-olah buntu hendak berpihak di mana apatah lagi bila anaknya tidak mampu menolong. Akhirnya Ahnaf mengatur strategi. Dan kini misinya berjaya walaupun teruk juga bila Ayah Aufa hampir hilang kepercayaan terhadap mereka.

Tamat sahaja Ahnaf bercerita aku terus merangkul tubuhnya. Sungguh tidak terduga akan dirinya yang menghadapi masalah itu. Namun aku bahagia kini bila dia menjadi milikku yang sah.

“Sayang Abang tak?”

Aku mengangguk.

“Jadi bolehlah kita mulakan honeymoon kita sekarang kan sayang?”

Dan aku hanya mampu tersenyum walaupun sebenarnya aku diburu gelisah yang teramat. Ahnaf hanya gelak bila melihatkan wajahku yang tak sudah-sudah bertukar warna. Semoga ukhwah ini sampai ke akhir hayat kami. Sungguh rasa cintaku pada dia takkan pernah surut selagi mana kasih kami terus membenih dan membunga.

Maafku tak bias memilih dirimu,
Keranaku terlalu menyintai dia,
Dia Aufa Zahra kekasih hatiku, Zawir Ahnaf.

MAAFKU TAK BISA MEMILIH

by: OwL

Tamat ~ 31/8/2012 12.30 AM

No comments:

Post a Comment