Wednesday 14 October 2015

Akulah si buta..buta cinta




“Ya Allah kurniakanlah bagiku seorang hamba yang Kau kasihi untuk menjadi pembimbingku di dunia juga akhirat kelak.Yang hanya memandang ku dalam keadaan yang halal,yang akan sentiasa mengingatkan aku bilamana aku alfa. Tiada ku pinta selain dia yang hebat di mataMu Tuhanku, yang indah akhlaknya,yang baik budi bahasanya serta yang menyayangi, mengasihi dan mencintai aku dan keluarga ku apa adanya.Amin..”

Owl~
Telekung aku buka.Lipat ala kadar. Mata mengerling Alain delon di tangan. Cepatnya masa berlalu. Rasanya baru sekejap tadi masuk office, sekarang dah menginjak tengahari. Zohor, alhamdulillah da selesai. Tudung warna coklat aku segera sarung. No mekap, no need lipstic, no even mascara like others. Aku! Yang sukakan natural beauty.

Bila agaknya masa yang sesuai jodoh aku nak menjenguk ni. Aku macam dah kesunyian. Aku..er..perlukan teman hidup kot. Sekejap lagi lunch time. Pintu surau aku tolak perlahan.Tak manislah buka tutup pintu surau gedebuk kuat. Kita ni hidup penuh beradab okeh.

‘Eh, asal kasut aku ni? Semacam je..’

Aku pandang kaki yang masih melangkah.Tunduk gitu kang lama-lama terhantuk dinding padan muka. Aku angkat muka lambat-lambat, kang betul  aku terhantuk. Tak ke ternganga nanti kena gelak. Kasut ni buat hal la pulak. Dahla tengah bulan tua ni!


‘Ala kena beli baru juga..’

Emergency break! Fuh nasib baik, kalau tak sah bercium! Aku angkat muka.Dup! Dada ni kencang pulak degupannya. Kenapa ni? Aku pegang dada, mata masih bertaut pandang dengan orang di hadapan. Terkaku, terpaku, terpegun! Subhan Allah.Kacak!

Sekejap bertaut pandang, lelaki tu dah menunduk. Tapi aku? Hah!Masih terkaku versi mengusha anak teruna orang. Pandangan pertama itu rezeki!

‘Pandang lelaki macam tu, mata nak kena bakar?!’

Eh, suara umi? Serta merta aku larikan pandangan dan segera menekan punat lif ke tingkat atas. Pandang sekeliling takde orang lain selain kami. So, umi memang tak ada kat sini.‘Dia’ tu muka beku je, senyum tak marah tak.Takde perasaan kot.Berjalan je macam robot.

Tapi, aku tetap nampak dia segak macamtu! Baju kemeja hitam yang lengannya di lipat ke paras siku. Slack hitam yang kemas di sarung. Rambut, er…pokoknya everything about him…er aku sukalah. Seriously!

TING!
Pintu lift dah terbuka, tapi aku sempat menoleh ke arah lelaki yang masih melangkah ke pintu department er dia er..Engineer ke? Siapa dia tu?Jangankan nak menoleh, senyum? Huh!Haram jadah!Hai. Muka aku ni garang giler ke? Takde ker orang usha nak buat bini. Aku nak kawen wei! Tapi..er.taknaklah kawen sensorang! Aku masih waras lagi kot. Huh!

Hari ni nampaknya kenalah aku lunch sengsorang. Tak best sungguh! Dah sudah makan aku tak tunggu lama.Aku blah jela.Bosan kot sensorang.Looks like orang gilak la me.Masih awal lagi nak masuk ofis.

 Lantakla!

Dari jauh aku dah nampak seorang insan yang sejak dua menjak ni aku asyik terserempak sahaja. Semuanya kebetulan. Dan hari ni pun kebetulan aku sedang berdiri dengan dia. Malah sedang menatap muka yang tak pernah nak senyum tu. Tapi tetap lembut di pandang. Manis dengan pakej janggut dia tu.

“Janganla usha saya macamtu sekali. Tolong jaga pandangan tu..”

Apakah? Malunya aku! Nampak aje dia ni.

“Er…”

TING! Pintu lift da terbuka. Dia masuk cuma aku yang masih termangu.Tolonglah, malu gile kena tembak.

“Cik adik, nak usha saya tunggu dah halal dulu ye.Sekarang nak masuk ke tak?”

“Er..Nak!..kejap..”

Dengan baju kurung dengan wedges lagi. Ah! Berlari macam tak cukup tanah.Kejap lagi terbongkang memang aku paksa juga dia kawen dengan aku. Semput! Suara dengar lembut aje, tapi sarkastik melangit!
Malu wei, kena sejak tadi.

“Nah!..”

Aku mendongak sikit nak pandang muka dia. Gila tinggi. Aku paras bahu jelah! Ketot vs galah!
Dia awang-awangkan tangan tepat ke muka aku.Amende lelaki ni bagi? Handphone dia buat apa. Aku pun ada kot. Lebih kurang sama jelah Samsung ni. Penat tak habis lagi dia dah buat benda pelik bin ajaib ni.

“Eh? Saya nak buat apa handphone awak?”

Dahlah tiba-tiba.Terserempak dalam lift. Tersadai berdua pulak tu. Aku tak tahu nak cakap apa, dia pulak cakap melalut tah apa-apa.

“Tolong bagi alamat keluarga awak..”

Apakah? Buat apa wei…?Tak kenal kot.

“Er..Awak nak buat apa?”Takkan nak lapor kat abah aku skodeng dia?

“Saya hantar rombongan.Dah halal, awak nak usha lebih-lebih pun takpe..”

Rahang dah jatuh.Apakah? Lelaki ni yang sejak tadi tunduk aje pandang aku sekilas.Tak semena-mena dia senyum. Manis! Seriously, tersangat manis!

TING!

Dah sampai.Dia mula melangkah ke pintu lift.

“Saya minta izin cek details awak kat HR. Boleh kan Syahidah?”

Hah? OMG! Dia siap tahu nama aku!

“Lepas ni, jangan nak usha lelaki lain pulak. Saya sorang cukup!..”

Perlahan namun kedengaran serius.Aku pandang dia, namun dia masih begitu. Senyum yang mengundang debar. Senyuman yang mahal tu! Sungguh aku terkesima, bila mana kepala aku sudah menganguk perlahan. OMG!Tapi bukan senang nak cek dengan HR tu.

‘Eh, jantung! Boleh tak stop berdegup kuat? ‘ Tapi jantung aku cukup engkar!
*****************************************************************************

Rindu…

Macam nak sepak diri sendiri jela. Cakap kuat macamtu bajet staff lain pakai headphone dengan maximum sound. Tapi seriously, I miss him like orang gilak!

Hari-hari kot aku tercari-cari dia. Asal masuk lif, terasa macama aura dia ada. Tapi hakikatnya itu hanya khayalan semata! Semata-mata okeh!Dah nak masuk sebulan,lama itu juga aku tak pernah nampak hatta bayang sekalipun. Mana agaknya menghilangkan diri. Tipu aku lah tu, kata nak jumpa abah. Kata nak hantar rombongan. Sedikit kesal bila hati terlalu mengharapkan lelaki itu mengotakan janji dia.

Kenapa agaknya aku terlalu mempercayai kata-kata dia. Nak kata dah kenal lama tak adela lama mana pun. Tapi jauh di sudut hati aku yakin lelaki itu bersungguh, walaupun dasarnya akulah pembuat angkara, akulah perigi mencari timba!

Tapi nak di ikutkan logiknya, memanglah agak pelik bila lelaki tu tetiba je nak meminang.Yelah, takkan sebab aku selalu usha je dia buat keputusan nak kahwin. Kahwin kot, bukan main-main!

Aku tertipu! Arg! Lelaki semua sama.Sesuka hati sentuh hati wanita, sesuka hati tinggalkan macamtu saja.Tak pernah nak menepati janji.Aku ni pun satu, gedik tak sedar diri, padanla muka kena tipu hidup-hidup macam tu.Aku ketuk kepala di luar sedar.

“Ketuk kepala macam tu, jadi tak betul nanti saya cancel majlis kita..”

Suka sangat aku buat scene berpaling rakus macam tu. Patah leher, cacatlah jawabnya!

“Eh?”

Laa! Muncul dari celah mana dia ni? Aku pandang sekeliling. Ada beberapa staff akaun ni masih tak kuar makan. Tapi peliknya, dia ni. Ada kat department aku ni, satu hal. Lepas tu boleh terconggak depan partition aku ni pulak lagi satu hal. Lagi bikin hal, aku tengah dalam mood rindu-rinduan kat dia!

“Macamana awak tahu?”

“I rasa dah dapat permission to check your details, right? So, here we go..”

Ekeleh! Lepas sebulan baru datang cari aku. Aku dah rindu-rinduan pulak! Pandai jelah dia ni buat aku macam dunia dah terbalik. Dengan dada ni yang tak malu-malu dok berdondang sayang! Aku penat la wei nak tahan dada ni. Pecah kang! Esok aku buang kau!

“Buat apa kat kawasan ni?”

Yelah. Tak pernah-pernah aku nampak pun dia sebelum ni. Kalau tak mesti dah lama dulu aku usha dia. Aku sengih jahat.

“Saje..Nak buat spotcheck..”

Saje dia cakap? Suka hati je kan. Sekarang nak senyum sinis jelah dia ni.

“Check apanya?”

“Awakla. Nak cek rindu ke tak..”

Rahang jatuh lagi. Mata da macam nak terkuar. Sejak bila lelaki ni pandai bermain kata. Rasanya aku je kot yang keja mengusha dia. Dia android tujuh petala! No feelings, no sense! Hah.

“So?”


“Well, kesimpulannya? Rindu berbalas. Noktah!.”

Dan dia terus blah! Macam tu je. Rindu berbalas.Eh? Maksud? Adakah dia rin..du aku juga? Kami tengah rindu merindui ke?

OMG!

Gelisah di jiwa..aduh sayang resah merindu…berdodoi lara aduh lara abanglah erk..lupa lirik!

Lelaki itu mengotakan janjinya! Itu yang pasti.Dan dalam masa seminggu lagi halal lah kami untuk bersama.Nak tengok sampai buta pun taka pa.Itu kata dia, petang kemarin. Rasanya ni rancangan nikah yang paling tidak pernah aku impikan dalam hidup.

Nak kawen, bagilah masa 6 bulan ke 7 bulan ke, aku pun kena siapkan diri juga.Bukan majlis tu je kena siapkan.Nasib kursus kahwin lama dulu dah buat. Nasib badanlah kawen express! Kira dah cukup baik my-husband-to-be tu tak mengadu aku ni yang usha dia lebih-lebih dulu. Bercinta takde, bersayang-sayang lagi takde! Tup-tup lelaki ni sudi menikahi aku. Sebabnya?Dia taknak aku usha dia dalam keadaan yang tidak halal.

Aku tahu dia tak selesa bila pandangan ni selalu kat dia.Tapi aku nak buat macammana? Hati dah jatuh berkenan.

“Rimasla awak pandang macam tu. Boleh tak jaga pandangan sikit?”

Depan pintu lif yang sama. Dengan situasi yang hampir sama. Tapi ayat sikit punya bikin wa malu tak hengat! Agakla sikit sayang oi.Aku kecil hati!Aku malu!

“Sorry. Next time awak ambik garfu, cucuk kat mata saya ni.Biar saya buta, jadi awak akan selesa!”

Air mata aku pun gatal nak kuar. Dah orang rimas kena pandang macamtu. Aku pun macam pompuan tak tahu malu je. Pandang lelaki macam takde benda lain nak pandang. Tapi aku takdela pandang lama mana. Kejap! Sekadar mengubat kerinduan.

“Saya lagi rela awak buta,dari pandang saya macam tu sekarang ni..”

Pedas! Dan aku tak pandang lagi.Sampai bila-bila aku tak pandang da pun.

Bongok lah lif ni.

Lambat!

Dan tak nak aku berdua dengan dia lagi. Aku naik tangga! Tak kisah tingkat berapa!

Dan dia haram jadah nak kejar apatah lagi pujuk! Aku cancel nak kawen!

Sakitnya hati petang tu Allah jelah tahu. Tak sangka lelaki ni makin menyengat bisa bicara dia.
Ingatkan hari tu dah kira okeh, rupanya titik permulaan sengatan makin berbisa. Lama-lama aku masuk ICU sebab bisa tu cepat sungguh menular sampai ke saraf otak ni.

Hoi! Bangkitla.Kau kot yang terhegeh-hegeh sangat kat dia.

Ya aku yang pipi tersorong kat dia. Aku yang perigi cari timba tu. Aku yang usha dia bagai lelaki dah pupus dalam dunia ni! Huh! Aku menyesal, aku menyesal jadi wanita tak malu macam ni!

Hari ni semua keja tak jalan. Padanlah! Mood dah ke laut. Berani nak usik. Siaplah. Memang menempah maut. Dan yang lain faham-faham angin kus-kus aku dah menyerang, jadi dorang buat aku tak wujud jelah. Itu yang aku mahu.

“Syahid?”

Dah mai dah pengacau.Ingatkan takde siapa berani nak tegur.Aku angkat muka.Mata masih jelas marah. Siti yang tercegat di hadapan aku ni tersengih. Aku raub muka perlahan.Lambat-lambat aku tarik senyum walau hambar.

“Envelope tuk kau..”Dia letakkan atas tray aku dan terus berlalu. Aku buka perlahan bila memang betul ada nama aku kat sampul bercop logo syarikat tu.Tinta tangan yang tak berapa nak kemas.

Sorry! Lepas minggu depan nak pandang saya sampai buta pun takpe.Dah halal untuk bersama…-A.Y-

Next week??????......
*****************************************************************************

Lelaki ni tak lepas pulak pandang aku. Naik segan kena tatap macam tu. Dulu takde pulak berani macam ni. Sekarang aku pulak yang tak keruan, yang tak suka yang rimas kena pandang macam tu. Padan muka!
Aku dulu pandang dia, tatap dia tapi takdelah macam nak telan. Ni mata dia.Ya Allah…gerun!

“Ke..er..kenapa pandang saya macam tu?”

“Tak boleh ker?”

“Er..bukan..”

“Habis tu?”

“Tak selesa…”

Aku menunduk bila sesekali mata terpana anak mata hitam pekat tu. Adus macam kena tusuk sembilu dada ni. Bukan sakit ke pedih ke, tapi macam tersayat oleh pandangan yang terlalu mengugat iman.Apakah? Old school punya bahasa!

“Tak selesa eh?”

Dia mendekat!

OMG! jantung dah berdegup laju ni. Allah!Dia dah mula pegang bahu aku.Meminta aku memandang tepat pada wajahnya.Aku menurut dalam tak sedar. Gila seh! Mahu tak cair macam ni. Berdekatan macam ni.

“Dulu berani tenung anak teruna orang eh, sekarang dah halal tak berani pulak.Rugi..”

Sinis! Dan aku menyesali sikap itu dulu. But it’s too late darling!

“Saya..er..”

Dia..er..cium aku? Nafas dah tersekat di kerongkong. Lelaki ni makin merapatkan tubuh kami. Macam rasa berada di atas layang-layang! Gayat!

“Dulu saya tak boleh nak buat apa, masa awak usha. Sekarang biar saya yang usha pulak.Boleh?.”

“Tak boleh!”

Laa! Aku cakap apa ni. Nervous punya pasal. Tapi lelaki tu tak terkesan apa pun. Sengih je.Tak tahu ikhlas ke peril.

“Pulak?Dulu awak usha saya sampai saya pun tak boleh nak kawal perasaan.Awak buat hidup saya libang libu.Tak selesa sepanjang hari sebab kena tahan perasaan yang membuak-buak sebab tu saya menikah dengan awak.Halalkan segalanya! Tapi sekarang awak pulak yang macam nak mengelak..”

Sedikit membentak.Ya, memang dulu aku yang terhegeh-hegeh usha dia. Tapi betul aku ikhlas.Betul sungguh hati aku sudah pun terpaut. Tapi sekarang,aku bukan mengelak, tapi aku takut. Berdua macam ni.

Aku tahulah dulu aku budak rock sikit, jiwa kental konon, tapi kalau nak berdua-dua dengan lelaki tu memang bukan akulah jawabnya.

“Please don’t get me wrong. Saya sebenarnya masih nervous. Sorry…”

Apa tak nervous. Selamba badak cium aku.Siapa tak terkujat?

“Hemm….” Itu je dia nak cakap? Sah merajuk suami aku ni.

Alalala. Ini bab yang susah. Dulu muka serius memanjang. Sekarang tahu nak merajuk bagai. Kalau setakat kekasih dah lama aku blah.

Cupp!

“Gi mandi dulu. Saya nak ke bawah sekejap..”

Idea gilak muncul. Rasa nak gelak tengok muka yang macam tertelan sebijik durian tu.Ah! Padan muka. Sekarang baru tahu rasanya terkejut kena cium kan. Dan aku tak tunggu lama.Blah cepat! Aku kot yang cium dia tadi! Dengan dia lagi yang tadi macam kebal gila sekarang tahu pulak mengelabah.

15 minit lepas tu aku naik balik ke bilik.Takde apa pun nak buat kat bawah tu. Bosan gila layan tv yang tak menarik minat. Semua orang pun rasanya dah amsuk bilik masig-masing.

Pintu aku tolak perlahan. Tubuh tu tengah berdiri depan wardrobe dengan hanya bertuala. Bernanah tak lama mata kalau selalu tengok dia macam ni. Aku melangkah perlahan.Namun lelaki tu sepantas kilat berpaling lalu menutup badannya dengan tangan. Gila seksi!

Aku gelak jahat melihat dia macam tu. Patutnya akulah yang jerit bagai nak rak. Ni dia pulak yang buat aksi macam aku ni perogol bersiri. Hah! Sakit perut gelakkan dia.

“Oh, gelak eh…”

Dia datang dekat.Aku masih gelak.

“Teruskan gelak..mmm..”

Dia makin dekat. Kali ni betul betul depan aku. Hilang terus rasa nak gelak.Kecut pulak.Dengan dia yang masih bertuala bagai. Seksi kot!

“Er..tak. Ampun awak..Saya tak gelak lagi..”

Aku hanya mampu angkat tangan bila dia semakin mendekatkan jarak.Dia tersenyum sinis.Semakin aku undur semakin dia mendekat. Masak! Belakang dah sangkut kat dinding.

“Er…Awak! Datang dekat lagi, saya tarik tuala tu..”

“Takpe.Biar awak nampak.Saya tak kisah.”

“Akhil Yunus!”

“Hemm?”

Tak terkesan apa pun aku panggil nama penuh dia tu. Semakin hampir buat aku lagi tak keruan.Wajah itu tersenyum tak tahu versi perli ker versi ikhlas. Tapi apa yang aku tahu, lutut ni rasa longgar semacam tengok senyuman dia!

Wajahnya makin mendekat. Arg! Rasa nak menjerit.Dada pun rasa nak pecah. Aku takde pilihan melainkan duduk diam dan balas pandangan dia. Aku tahu aku tak kuat tapi hati ni bengong jelah nak sangat pandang dia.

“Sorry..”Lembut.Suara dia lembut. Tapi sorry untuk apa?

“Buat awak rasa macam bertepuk sebelah tangan dulu..” Okay..

“Saya tak boleh nak biar kita dua-dua hanyut dengan perasaan dalam keadaan tak halal..”

Erk!

“Dengan keadaan awak dulu macam tu, pandang tak lepas..”

Muka rasa dah tebal semacam.  Allergik kot dengan kata-kata tu.Dia pandang lama pada aku. Mendekatkan lagi wajah yang dah sememangnya semakin hampir.

“Tapi sekarang, saya nak awak tahu cinta, sayang dan rindu saya ada, dan semuanya hanya untuk awak sejak mula-mula kita jumpa..”

Aku dah jatuh rahang. Insan di hadapan ni pulak senyum bagai tak pernah tersenyum sebelum ini. Tapi yang aku lebih tertarik pada memori yang dia maksudkan.

Mula-mula jumpa?

“Bila?..”

“Mmm.. Ingat lagi tak ada sorang ni tersedak teruk masa lunch?”

Aku masih cuba mengingati.

“Habis tersembur kuar semua nasik sebab terpandang mamat yang sangat lah hensem…kot..”

Oh, pertemuan yang sungguh memalukan itu. Al kisah.....

Suatu hari yang tersangatlah banyak kerja, dengan surrounding yang agak meng’stresskan sungguh membuatkan aku hilang mood nak control ayu bagai macam wanita lain. Bukannya maksudnya di sini aku adalah wanita yang control ayu tapi ini kisahnya aku yang terlepas laku!

Pergh...al kisah, masa tu tengah makan, tengah lapar giler kot. Aku suap nasi penuh penuh kat mulut, aku kumpul kat pipi. Mengembung macam bola. Kalau selalu takdenya nak buat cengini. Malu kot orang label buruk laku. Tapi aku dah macam hilang laku masa tu. Nasi penuh kat mulut, tapi aku sumbat juga suapan seterusnya.

Laila kat depan dah banyak kali ingatkan.Nanti tersedak! Aku sengih saja buat dia geleng kepala. Nak di jadikan cerita aku angkat muka lalu terpandanglah seorang jejaka yang terpana melihat aku begitu sebelum tersenyum manis.

Dan aku memang bengong sungguhlah, terkedu sampai tersedak lalu tersembur kuar segala macam yang ada dalam mulut.Malu kot, sampai tak berani dah nak angkat muka! Spoiled! Mood lagilah bertambah-tambah ke laut!

“Tahan hati jelah, awak usha saya macamtu..Tak kuat mana pun iman ni..”

Dia tersenyum. Muka da ada aura nak gelak terguling tu.

Dia tersenyum manis. Aku pulak yang terkedu. Tak sangka lelaki yang aku usha kaw-kaw ni memang dah ada hati kat aku. No wonderlah dia cepat je nak menikah. Alhamdulillah.Takdela aku perigi yang mencari timba sebenarnya, cuma timba tu yang agak lambat respons sikit. Tapi sekarang, aku bahagia! So la di da di…


The End!

Owl~
23.11.2013

Saturday 10 November 2012

Cintaku yang Pertama



“Sayang, takpe biar abang..”

Tangisan baby di sisi katil membuatkan kami terjaga sama. Bukan mudah menguruskan si kecil. Tambahan lagi dengan keadaan kami yang baru mahu belajar menguruskan rumatangga. Saling bertolak ansur perkara paling utama sekarang.

Aku bahagia bersamanya. Sungguh untuk membina kepercayaan terhadap seseorang perlukan kekuatan yang tinggi. Dia yang masih mendodoikan si kecil Farish tersenyum memandangku. Aku tahu dia juga letih seharian bekerja. Tapi segalanya dia tolak ke tepi. Itu sudah cukup membuatkan aku terlalu menghargainya. Dia kembali ke katil bila buah hati kecilnya itu sudah lena kembali. Begitulah Farish, dia tidaklah sukar untuk dijaga.

“Thanks Abang..”

“Anything for you dear..”

Kucupan di dahi cukup untuk memekarkan lagi cinta ini. Dakapannya menambahkan bahagia di hati. Lengkap hidup ditemani dia dan juga permata hati kami. Muhammad Farish Adha.

“Sayang. Thanks..”

Aku pandang raut wajahnya dalam kelam cahaya. Bibir itu tersenyum padaku. Aku rapatkan lagi tubuh. Ingin dimanja seperti selalu.

“I love you..”

Wajahnya aku usap lembut. Tatapan mata  si suami nyata mengusik kalbu. Itulah dia buah hati pengarang jantungku. Dia putera utusan Allah buat diriku dan anak-anak kami. Aku pandang dia lama sebelum bibirku singgah ke dahinya.

“Cinta Umai tak dapat nak dibuktikan denga apa pun bang. Hanya Allah sebagai saksi yang tahu betapa hebatnya cinta buat abang.”

Spontan Zaid memelukku seeratnya. Aku tahu titisan yang mengalir di dahiku itu apa ertinya. Aku juga tahu apa makna kucupannya di ubun-ubunku. Dan aku turut memeluknya erat.

“Sayang..” Kedengaran esakkan kecil darinya.

“Meski berjuta kali abang minta maaf, namun abang akan terus meminta maaf atas kesilapan abang suatu masa dulu. Abang sangat cintakan sayang. Sentiasalah bersama abang dalam suka duka.. “

“Selamanya Umai tetap milik abang. Hanya DIA yang akan memisahkan kita. Yakinlah pada aturan Allah..”

****************
Jangankan mahu berbicara sekalipun untuk memandang, aku sudah tidak mampu.  Bukan kebencian yang menjadi punca tapi rasa kecewa itu masih menguasai. Hati wanita mana yang mampu berlagak seperti tiada apa yang berlaku sedangkan hakikatnya dialah insan yang ditinggalkan tanpa ada alasan yang munasabah. 
Aku mengongkong kehidupannya. Okeh, fine!

Itu alasan yang paling tidak mampu diterima akal sebenarnya. Tapi apakan daya jika kasih dia sudah lenyap terhadapku. Buat apa ditagih lagi perasaan yang sudah dibuang jauh? Hanya mengundang malu dan sakit yang kritikal. Lalu aku terima dengan penuh terluka. Tangisan mengiringi lena, bangun pagiku ditemani sendu.

Terlalu sukar memujuk hati yang nyata masih utuh menyintai dia. Dia insan pertama yang aku cintai. Sangkaku pengakhiran cinta ini bakal membahagiakan, namun tidak pernah aku duga begini takdirnya. Ya, kita hanya mampu merancang tapi Yang berkehendak telah mengatur segalanya. Inilah takdir hidupku. Walau apa pun kehidupan perlu diteruskan. Mungkin kehadirannya memberikan aku sedikit pengalaman menghadapi situasi seperti ini. Dan sungguh aku sudah tidak pernah mahu menghadapinya dimasa mendatang. Cukuplah untuk sekali ini sahaja. Aku serik!

“Hai!”

Hanya itu yang aku sempat ucapkan. Senyum dan angkat tangan. Serasa tidak terkeluar suaraku. Pertemuan di bahu jalan sungguh tidak pernah aku duga. Nampak sangat dia terkejut dengan sapaan ringkas itu. Aku tahu langkahnya terhenti namun untuk menoleh kali kedua bukanlah aku. Cukup sekadar begitu. Perkara dulu biarlah sampai disitu sahaja.

Mungkin sudah lama dia kembali ke tanah air. Dia masih seperti dulu. Kacak dan menawan hatiku macam dulu juga. Haila hati, masih berpaut sayang rupanya aku pada dia. Meski sudah 5 tahun rasanya hubungan antara kami terputus. Bukan terputus sebenarnya tapi dialah yang memutuskan.

“Saya minta maaf. Kasih sayang saya dah takde untuk awak..”

Sungguhpun kata-katanya masih dalam nada yang lembut namun butiran ayat itu meruntuhkan segala bahagiaku. Tidakkah ia terlalu kejam bunyinya? Patutlah dia sering mengelak sejak dua menjak ini. Jangankan mahu menghubungiku, malah setiap panggilan dan mesej yang aku hantar semuannya dibiarkan sepi. Hati mana yang tidak walang. Tup-tup suatu pagi dia menelefon hanya untuk menyatakan kata putus.

“Kenapa awak? Apa salah saya?”

“Awak tak salah. Saya cuma nak fokus pada study. Saya mohon awak faham.”

“Tapi takkanlah sampai kena putus?”

“Tolonglah faham. Saya taknak rasa terkongkong.”

“Saya mengongkong awak ke selama ni?”

“Ya. Lupakanlah saya.”

Dan KLIK! Berderai air mata gugur membasahi pipi. Saat aku menyulam bahagia, saat cintaku menggunung buat dia saat itulah juga dia menamatkannya. Bertahun aku menanggung deritanya.

~Satu jam saja ku telah bisa cintai kamu di hatiku..
~Namun bagi melupakanmu butuh waktuku seumur hidup..

Ya! Aku perlu bertahun untuk melupakan dia. Mungkin juga sepanjang hidupku! Dan terbukti kini, biar tahun berganti tahun namun hatiku masih untuk dia. Jauh di sudut hati aku mengharapkan dia kembali. Tapi bila difikirkan semula, layakkah lagi dia menghuni hati ini sedangkan dialah punya angkara yang membuatkan segalanya berantakan.

Sepanjang 5 tahun itu, walaupun kami tidak pernah berhubung namun aku tetap mengikuti perkembangannya dari jauh. Hancur luluh hati bila dapat tahu dia punya kekasih baru. Nampak bahagia sungguh mereka. Dalam aku merisik khabar dia, tiba-tiba aku dikejutkan oleh kehadiran kekasihnya. Apa yang membuatkan aku hampir mahu menangis bila perempuan itu menghubungiku hanya untuk bagi amaran agar tidak menganggu hubungan mereka. Aku terkedu dan sangat terkedu. Apa tidaknya, jangan kan mahu bersua pandang hendak berhubung pun aku tidak pernah semenjak Zaid memutuskan hubungan kami. Malah  Zaid sendiri juga semakin membenci aku.

Tapi sesungguhnya, benda yang paling aku sedihkan bila wanita itu berjaya menghasut teman baikku sendiri. Hingga aku turut di benci. Sahabat sendiri membuang aku! Hati mana yang masih teguh bertahan? Patutla selama ini mereka tidak sudi untuk membalas sebarang sms atau panggilan jauh sekali mahu menghubungi ku. Rasa mahu berdepan dengan perempuan seperti itu tapi untuk apa? Buat apa bertindak seperti keanak-anakan. Aku sudah cukup dewasa, dan syukur kini sahabat-sahabatku suda kembali bersamaku. Dari merekala aku tahu cerita yang sebenarnya.

Aku tidak tahu setakat mana kebenaran yang di khabarkan. Sampaikan segala saudara Zaid ikut masuk campur. Teganya hati perempuan itu memburuk-burukkan aku pada keluarga lelaki yang paling aku cintai. Aku di maki, aku di perkata perosak hubungan orang. Ya Allah jika benarlah aku perosak hubungan, memang tidak selayaknya aku berdiri di bumi Allah ini. Sungguh hati aku lebur oleh api dendam seorang  yang bernama wanita. Ternyata selama ini mereka silap menilai aku. Ya sangat silap! Punahlah hati, punahlah sampai berkecai. Biar aku membawa diri yang luka dan hancur ini.

Tidak mahu dikuasai emosi aku pantas mengatur langkah ke kereta. Cukuplah sekadar bertegur begitu daripada langsung tak menyapa sedangkan bertemu mata. Sangkaku 5 tahun ini telah cukup membina tembok kekuatan, namun nyata aku silap bila aku kalah pada perasaan.  Mengapa aku yang perlu teresak-esak di dalam kereta? Inikah petanda bahawa perasaanku mekar kembali, atau sebenarnya tidak pernah berlalu pergi?

“Tok Tok!!”

Dia mengekori aku? Bulat mataku yang masih basah memandang dia yang betul-betul berada di luar kereta. 
Apa nak buat ni? Air mata ni? Dan baru aku mahu mencapai tisu. pintu kereta dibuka dari luar.

“Awak?”

Wajah itu? Mata itu. Ya semuanya aku rindui! Tatkala suaranya menyapa,air mataku semakin mengalir laju. 
Janganlah begini wahai air mataku. Aku hanya akan kelihatan lemah di pandangannya. Bertahanla.

“Are you okeh?”

Sungguh semakin mendalam rasa ini. Aku tak mampu nak kata apa bila air mata terus-terusan mengalir. Dia nampak semakin risau. Apa semua ini? Buat apa mengambil berat lagi soal diriku setelah aku dibuang bagaikan sampah. Biakan aku sendirian! Namun mengapa berat mulut mahu bersuara. Bersua pandang selepas 5 tahun ini betul-betul merampas ketenanganku.

“I’m okeh.”

“But, you lo..”

 “Sorry, I nak balik!”

Tiada lagi suara lembut seperti dulu. Yang ada hanya suara yang jelas tiada perasaan. Sungguh aku berusaha setenang yang mungkin. Dia berundur sedikit dan aku segera merapatkan pintu kereta lantas menguncinya. Secepat yang mungkin mahu berlalu pergi. Sedikit pun tidak aku menoleh padanya lagi.

Mengapa dia nak kisah pasal aku? Buat apa dikejarnya sampai ke kereta? Mana kekasih intan payung keluarganya itu. Tidakkah dia tahu semua itu membuatkan parut lama kembali berdarah. Dan kini aku tahu di mana nilai perasaan aku padanya.  Sekuat mana aku menafikan, dia tetap insan yang punya tempat  istimewa di hatiku. Aku masih punya perasaan pada dia. Bukannya hilang malah sebenarnya tak pernah berkurangan! Aku memandu terus ke rumah. Sekalipun aku masuk office mesti satu apa pun takkan jalan. Ada baiknya pulang sahaja memandangkan jam sudah ke pukul 3 setengah petang.

Pertemuan di bahu jalan tempoh ini aku ingatkan sekadar di situ sahaja. Namun panggilan darinya pada malam itu buat aku semakin keliru dengan dirinya. Apa lagi dia mahu ni?

“Awak. Kenapa tadi?”

Saat suaranya memberi salam tadi aku sudah kelu bicara. Masih segar di telingaku akan suara itu. Ya aku sangat mengenalinya walau tanpa dia perkenalkan diri. Dan aku kenal sungguh gerangan si pemanggil meski dengan nombor telefon yang baru. Mungkin dia masih simpan nombor telefonku. Jadi mudah untuknya menghubungi. Tidak takut kah dia jika kekasihnya dapat tahu dia menghubungiku. Aku tak suka dilabel sebagai perampas apatah lagi sebagai penghancur kebahagiaan orang.

“You nak apa ni? Sorry I busy!”

KLIK! Hati mahu terus berbual dengannya tapi akal menolak keras. Dan lidahku jugak fasih membahasakan I you, I you yang jelas menampakkan jurang yang ada meski membawa maksud yang sama. Otakku masih berserabut. Mana nak fikir perasaan aku sendiri, mana lagi nak fikir perangai dia yang semakin mendekati aku. Janganlah diseksa aku lagi, cukuplah yang dulu-dulu tu. Tidakkah dia kasihan pada aku yang menanggung pedih.

Seminggu selepas kejadian, aku dikejutkan lagi dengan kemunculan mamat tu kat office aku. Bukan sebab dia datang nak ajak lunch ke, or what so everla tapi dia muncul sebagai bos baru aku. Mana aku tahu company tu family dia punya. Dan mana aku nak letak muka? Takkan nak resign pula. Sangatlah tidak professional. Nak-nak sekarang memang susah gila nak cari kerja.

“Umai,bos baru minta kau masuk bilik dia.”

Atika yang muncul di muka pintu pantry menyapa. Sesaat aku bagai hilang focus. Aduhai! Ni part aku paling tak suka. Sudah berusaha mengelak dari dia. Namun saat nak balik ni sempat pula dia panggil. Semoga tiada siapa pernah tahu sejarah kami berdua.

‘Be professional Umaiyyah Najwa!’

Yakin melangkah ke biliknya. Namun terkaku saat mahu mengetuk pintu. Aku tak kuat nak berdepan. Saat nak berpatah semula, pintu terkuak dari dalam.

“Kenapa tak masuk?”

Dia pandang aku lama. Aku tunduk saja!

“Come..”

Mahu atau tak aku kena juga masuk. Dia kembali duduk di kerusi. Sorotan matanya mengarah aku agar duduk. Berat helaan nafas bila aku hanya menyepi.

“Hem,saya tak sangka. Terkejut jumpa awak kat sini. Saya harap kita dapat bekerjasama. Dan saya harap sangat awak tak...”

“Don’t worry. I’m professional!..”

Professional apanya kalau bos tak habis cakap kau dah potong? Sudahnya mata mamat ni tajam merenungku. Tapi kemudian dia tersenyum. Aku yang tadinya hanya cuak bertambah lemah. Tolonglah jangan lagi senyum macamtu!

“Okeh. So, takde apa lagi nak risaukan. Saya harap awak tegurlah mana yang awak rasa saya salah..”

Kebendanya nak tegur bos? Aku dahla kuli-kuli saja. Yang dia ni nak merendah diri kenapa? Membuak-buak rasa mahu menatap wajah itu. Sekadar mahu menebus rindu! Aku terus-terusan menatap wajah yang sedang ralit membelek iphone itu.

Kening itu berkerut-kerut. Comel dipandangan mataku. Jika dulu dialah insan yang paling gemar mengusikku dengan kening lebat itu namun kini segalanya berubah. Dulu mata itula yang sentiasa membuat aku gelabah bila dia merenung lembut namun sekarang, mata itu SEDANG menatap aku sama!Erk! Aduh,mengeletar kepala lutut bila terkena panahan matanya. Tulah siapa suruh curi-curi pandang!

“I keluar dululah kalau dah takde apa lagi Encik..”

Pantas saja aku menolak kerusi dan tergesa-gesa bangun. Sebenarnya nak cover muka yang dah hangat! Tapi sungguh malang bila heels yang aku pakai terpeleot membuatkan aku jatuh terduduk di lantai.

“Astagfirullah..”

Lelaki itu sudah pantas mendapatkan aku. Dan tanpa isyarat dia sudah mengendong aku ke sofa. Nak menghalang pun memang tak sempat semuanya berlaku terlalu pantas.Kasut itu ditanggalkan dari kakiku. Ni bukan heels pun. Ni kasut tumit ketot aja. Kenapa pula boleh jadi macam ni? Tak pernah-pernah aku terjatuh gara-gara kasut. Macam nak baling aja kasut ni dari tingkat 10. Sakitnya kaki memang tak tahan. 
Terseliuh la agaknya.

“Awak terseliuh ni..”

Dush! Sekali lagi mata kami saling bertatapan. Kali ini aku cuba menyelami sedalamnya hati lelaki ini tapi aku takut. Takut pada kenyataan yang aku hanya bermimpi di siang hari. Bila aku mahu bangun dia menghalang. Macam mana nak balik ni. Pasti staff lain dah balik. Dengan kaki aku macam ni confirm tak boleh drive! Nadia dahla balik awal tadi. Nak balik naik teksi?

“Jom saya hantar awak balik..”

“Eh! Tak..Tak apa. I okeh!”

Saya okeh? Kaki bagai nak tercabut kau cakap okeh. Buatnya mamat ni tinggalkan kau kat sini, tidur officelah kau jawabnya!

“Kaki awak terseliuh ni. Macammana nak drive?”

“Its okeh.Saya boleh!”

Angkuh. Orang hulurkan pertolongan kau tolak mentah-mentah!Mata Zaid tajam menatapku. Pasti aku cukup menguji kesabarannya.

“Boleh tak jangan degil!..”

Dia sudah mencempung kembali tubuhku selepas mencapai kunci keretanya. Saat aku meronta minta dilepaskan dia semakin eratkan rangkulan. Dan akhirnya aku pasrah bila kaki semakin sakit menyucuk. Buah tangis yang sudah mulai kedengaran membuatkan dia mempercepatkan langkah ke kereta.

“Shh. Tahan ye sayang..”

Sayang?Aku terpana. Kenapa mahu bahasakan aku begitu? Aku bukan sayang kau lagi Zaid! Kau dah buang aku jauh. Sakit pada kaki seperti tak wujud. Awak! Kenapa harus kita bertemu semula? Kenapa harus nak menyeksa perasaan saya kembali. Aku sendiri tidak tahu sebab tangisan ini. Kerana sakit di kaki atau sakit di hati sebenarnya. Yang aku tahu lelaki di sebelah ini kelihatan gusar bila berkali-kali menoleh ke arahku sedangkan dia sedang memandu. Sesekali tangan itu mengengam erat tanganku. Apalah daya aku mahu menolaknya sedangkan aku sendiri keliru dengan perasaan yang bersisa ini. Dan semasa di bilik rawatan Zaid langsung tidak sedikit pun berdiri jauh apatah lagi melepaskan gengaman tanganku.

**********
“Mai! Kau ke mana pula ni?”

Nadia housemate merangkap officemate aku tu sudah berdiri tegak di depan aku yang sedang mencari kunci kereta.

“Ofis..”

“Kan kau masih cuti. Dah jangan nak mengarut!”

“Haiya amoi! I sudah cukup sihat untuk bekerja.”

Handbag yang sudah dirampas oleh Nadia aku tarik kembali. Dah dua hari aku terkurung dalam rumah. Makan minum aku semua Nadia yang uruskan. Aku dah banyak kali menghalang, tapi dia tetap tak bagi aku 
bergerak. Sudahnya aku jadi tuan puteri.

“Kaki aku dah okehlah. Aku bosan kat rumah. Please..”

Nadia buat tidak tahu. Ini semua bos punya pasallah. Ada bagi cuti sampai seminggu. Doktor sendiri pun tak bagi lama tu.

“Nad. Kau tak kesian kat aku? Duduk kat rumah macam orang cacat..”
Muka tarik simpati namun Nadia hanya tersengih sambil mengeleng.

“Please.Please..”

Gadis di sebelahku ini kelihatan serba salah. Berkali-kali garu kepala yang rasanya memang takde kutu. Mesti tengah dilemma melihat wajahku yang nyata mengundang simpatinya. Aku gelak jahat dalam hati. Kejap lagi mesti aku bebas! Oh Yeah!

“Er..Tapi Encik Zaid dah arahkan aku supaya jaga kau. Dia ta..”

“Heh! Kenapa nama dia pula yang naik?”

“Bukan bos ke yang tak bagi kau masuk ofis lagi? So kau ikut ajela. Gatal nak pergi jugak tu kenapa?

Ele minah ni! Tak sporting langsunglah!

“Aku tak sukalah duk rumah macam ni. Keja aku kat ofis tu dah bertimbun..”

“Kalau kau nak pergi pun, kau nak naik apa? Kunci kereta kau bos dah amik!”

“What?!!”

“Adei. Sakitlah Nad!” Bahu yang sengal kena libas Nadia hanya mampu ku gosok mengurangkan pedih.

“Yang kau memekik macam orang gila tu kenapa?”

“Kenapa kunci kereta aku ada pada dia? Apa kes ni?”

Apa semua ini. Zaid! Apa kau buat ni. Aku cuma staff dia macam yang lain, jadi kenapa ada salah percaturan di sini! 

“Semalam dia minta. Dia cakap kau mesti akan curi-curi datang ofis..”

Heh! Suka hati akulah. Takpe, biar dia amik kunci tu, tapi aku masih boleh tumpang Nadia tak pun public transport kan banyak!

“Aku musykillah dengan korang berdua ni. Macam ada yang tak kena..”

Sudah! Apa pula Si Nadia ni dah selidik.  Janganlah dia buat kerja gila.

“Sekarang kita dalam kes aku-nak-ke-ofis! Bukan pasal bos..”

 Aku pandang dia lama. Cuba lari dari persoalan itu.Dia pandang aku lama. Masih musykil!

“Nad..”

“No. no and no!”

Macam tahu je amoi ni yang aku nak tumpang dia. Bencilah. Kenapa dia yang harus jadi tali barut Zaid? Tahulah dia bos! Tapi boleh tak berpada-pada sedikit.

“Takpe. Public transport kan banyak!”

“Ihhh minah ni! Kau tak faham bahasa ke apa hah? Cuti tu buatlah macam orang yang bercuti.”

“Masalahnya di sini, aku dipaksa bercuti sedangkan kerja aku banyak!”

Dia diam tapi tangannya pantas di atas handphone. Dan..

“Bos..”Handphone dihulurkan padaku. Aku teragak-agak menyambutnya.

“Okeh. Hem..Tapi..Okeh.”

Itu saja yang mampu aku jawab bila suara di sebelah sana serius dan tegas. Perlahan aku kembalikan 
handphone pada Nadia yang tersenyum menang.

“Aku cakap tak nak dengar. Kan dah kena sound!”

“Dah! Kau cepat lah pergi kerja sebelum aku mengamuk!

“Okeh. Dengan senang hatinya beta berlalu pergi. Take care! Jangan kau buat jenayah pulak..”

“Iya-iya!!”

Sebaik saja Nadia mengunci pintu aku mula bersarapan. Baju kurung ungu cair yang tersarung di badan aku pandang sepi. Hem, bosannya!
Apalah aku nak buat dalam rumah ni. Dahlah sesorang, kalau masih sakit takpela jugak ni dah sihat walafiat.  Zaid, kenapalah kau buat aku macam ini. Tidak kah lelaki itu tahu kalau dia berterusan melayan aku seperti ini pasti aku sendiri yang bakal sakit lagi. Pastinya akulah wanita yang akan terus mengimpikannya meski aku tahu di mana letaknya aku di mata dia.

Bunyi handphone yang bergetar atas meja betul-betul boleh mengancam nyawa. Dia! Nak apa lagi ni?

“Waalaikumussalam..Ya.”

Kenapa aku sentiasa tunduk bila lelaki ini memberi arahan. Adakah kerana hatiku ada padanya? Mungkin juga kerana aku sendiri merelakan diri ditawan si dia.  Kini 5 tahun berlalu bersama sejarah itu. Saat hatiku sudah hampir sembuh dia kembali . Tapi untuk apa? Bukankah itu sudah terlambat?

Dan tengahari itu aku sudah ada disebelah Zaid dalam kereta. Dalam perjalanan ke suatu tempat. Aku terlalu mudah menurut kata-katanya. Agaknya mahu mengajak aku makan tengahari. Hanya itu yang bermain difikiran.

“Kenapa datang sini?”

Ya. Kenapa harus mengajak aku datang ke tempat ini. Tempat yang penuh memori ini. Mungkinkah dia sengaja mahu aku mengimbas kembali kenangan-kenangan lama? Aku keluar dari perut kereta mula menapak ke arah pantai yang indah menawan. Tidak ramai yang berkunjung. Hari bekerja tambah pulak tengahari macamni.

“Ingat lagi tak tempat ni?”

Soalan bodoh! Mana mungin aku mampu melupakan. Sedangkan ayat-ayat perit yang pernah dia luahkan dulu pun segar dalam ingatanku inikan pula benda yang indah untuk dikenang. Aku pandang wajahnya yang sudah disisi. Kenapalah kau tega melukakan aku suatu masa dulu Zaid. Tak kurang rasa cinta aku dulu, tapi kecewa juga jadi penemanku.

“Maafkan saya awak..”

Untuk apa? Aku dambakan kata maaf ini 5 tahun yang lepas bukannya sekarang. Aku tahu dia kini menatapku lama. Tapi biarlah dia begitu. Aku mahu dia rasa bagaimana sakitnya aku suatu masa itu. Biar kami sama-sama merasainya. Baru dikatakan adil.

“Semua salah saya. Saya mohon sangat kemaafan awak..”

“Kenapa?”

Kalih ini aku mahu berdepan dengannya. Aku mahu tahu jawapannya meski persoalanku nampak tidak jelas pokok pangkalnya. Dia meraup wajahnya. Nampak wajah itu kusut. Merana kah dia seperti aku?

“Kenapa nak minta maaf. Lagipun bukan salah awak. Kan saya yang mengongkong hidup awak dulu. Lagipun awak dah bahagia dengan Ain..”

Sekali lagi dia meraup wajahnya. Kali ini ada helaan nafas kasar kedengaran. Perlahan-lahan dia memandangku kembali. Bertentangan begini buat aku kembali lemah. Ya Allah andai dia jodohku,tautkanlah hati kami kembali. Dalam aku menatap matanya, doa itu aku panjatkan. Ya andai kami berjodohan pasti hatinya milikku kembali.

“Saya yang silap memilih awak. Maafkan saya. Saya sedar hidup saya kosong tanpa awak. Saya tak boleh..”

Bukankah selama ini dia hidup juga. Malah semakin berjaya dan berseri. Inikah dia yang dinamakan tak boleh tanpa aku? Memang tak masuk akal. Lagi satu, mana pulak dicampaknya si Ain tu. 

“Berhenti mainkan perasaan saya!”

Terasa diri dipersendakan. Soal hati memang sangat pedih. Maka tolonglah jangan sesekali menyakiti. Tidak belas kah dia padaku yang mengunung rasa cinta padanya. Pandanglah aku Zaid. Pandanglah cintaku meski hanya sesaat.

Aku pantas melangkah ke belakang mahu menamatkan perbualan ini. Cukuplah. Namun tangan kasar itu cukup pantas melelar pergelangan tanganku. Aku kini kembali menatapnya.

“Umai. Please, listen to me..”

“Zaid cukuplah mainkan perasaan saya. Awak tak kasihan tengok saya menderita?”

Luluh hatiku. Paling tak best bila air mata pun minta puji nak keluar sama. Isk. Aku lap kasar. Masa ni juga nak jatuh. Tunggu kat rumahlah.

“Awak pun tak kasihan pada saya?”

Aku tatap mata dia lama. Melimpah ruah kasih ini. Melimpah ruah sayang ini. Bagaimanalah akan aku padamkan semua itu.

“Saya pun menderita awak. Terseksa rindukan awak setiap hari..”

“Enough! Saya benci pada penipu macam awak!”

“Tak awak. Saya maksudkannya..”

Dia sudah menyapu air mata di pipiku. Lembut usapannya buat aku kembali diusik bahagia.

“Tolonglah jangan tipu saya Zaid..”

“Tak. Umai, kembali pada saya ye?”

"Awak punya Ain sekarang Zaid.."

"Kami dah lama putus. Hanya bertahan 2 bulan.."

"Kenapa cari saya?Kita pun dah lama putus.."

"Saya hanya nak awak Umaiyyah!"

"Ain kan ada.."

"Tapi saya perlukan awak bukan dia!" Suaranya sudah tinggi. Kenapa perlu marah-marah?Sakitkan bila kena tolak? Sekarang biar dia rasa sendiri.

"Saya perlukan awak dalam hidup saya Umaiyyah Najwa. Hanya awak, bukan Ain bukan juga orang lain. Hanya awak.."

Mudahnya bila lelaki berkata-kata. Semuanya terlalu mudah bagi mereka. Apa mereka tak tahukah perasaan seorang wanita. Janganlah jadi sekejam ini. Air mata memang dah tak tertahan. Mencurah-curah bagai hujan. Dia tatap aku dengan pandangan lembutnya. Ya, aku nampak keikhlasan pada wajahnya.

“Kenapa baru sekarang? Kenapa tidak dulu masa saya juga perlukan awak..”

“Sebab masa inilah yang telah Allah takdirkan untuk kita kembali bertaut sayang. Umai, maafkan saya. Meski berjuta maaf, saya tetap akan meminta maaf. Semua salah saya. Saya yang buat Umai sakit.”

Erat gengaman tangannya. Boleh kah aku meyikini dia. Bolehkah aku sandarkan kembali sayang ini pada dia? Bolehkan aku sulamkan rindu serta cinta ini hanya untuk dia? Dan aku hanya ada satu jawapan. YA!

“Umai, kita sambung balik apa yang pernah terlerai ye? Izinkanlah saya sinari hidup awak macam dulu. Dan saya mohon awak jadilah bunga di hati saya..”

Aku tunduk. Nyata doaku tadi terlalu pantas dimakbulkan olehNya. Dia pemegang hati, mudah untuknya membalikkan segala perasaan. Ya Tuhan, inilah insan yang terlalu aku cintai.

“Pandang saya..”

Wajahku didongakkan memandang tepat padanya. Manisnya senyuman itu. Senyuman yang menjadi igau-igauanku dulu kini dan selamanya. Mata kami bertatapan. Rasa indah saja.

“Masih sayang saya kan?”

Aku mengangguk.

“Masih cintakan saya?”

Mengangguk.

“Rindu?”

Dan aku mengangguk lagi bagai terpukai pada tatapannya. Ya, meski aku terpukau namun itulah kata hatiku. 
Dia tersenyum lagi. Kali ini bersama bisikan halus dekat pada telingaku. Romantis dan mengaksikan.

“Jadi ratu hati saya, dan saya janjikan sesuatu untuk awak..”

“Apa dia?”

“Cinta saya,hati saya selamanya hanya milik awak. Insya Allah..”

Dan aku tersenyum senang. Mungkin lagi tepat andai aku katakan itu senyuman bahagia. Bahagia yang muncul selepas hadirnya kesuraman yang terlalu menyeksakan.

“So?”

“Hemmm? So?”

“Kita nikah?

Malu-malu aku mengangguk. Senang mendengarkan Zaid yang ketawa riang. Hadirlah bahagia. Semoga hati yang telah kembali bertaut ini akan sentiasa dirahmati dan semoga jodoh ini telah termaktub dalam janji Dia.

“Apa barang mengangguk sayang? Cakapla? Kalau nak nangguk juga tinggal aje kat sini..”

Hah? Bulat mataku memandang wajahnya yang tiba tiba bertukar masam. Apa hal pulak ni.

“Umaiiii.....”

Kembali sudah suaranya yang suka merenggek itu. Kembali sudah dia yang selalu minta dipujuk itu. Aku tak kisah, kerana semua tentangnya aku suka.

“Nak kata apa lagi?Kan dah angguk tadi..”

“Saya Umaiyyah Najwa setuju untuk menjadi isteri Encik Ahmad Zaid. Semoga dia sentiasa menyintai saya sampai bila-bila..”

Hah?Sekali lagi aku ternganga dengar permintaan darinya. Aduhai. Nampak gayanya kenalah juga aku buat pengakuan dekat sini memandangkan pada Zaid yang sudah menarik muncung berdepa-depa. Namun wajah itu tetap comel dan kacak pada pandangan mataku. Dia tetap dia, cinta hatikku. Dan lambat-lambat aku ucapkan jua apa yang dia mahu.

“Insya Allah,saya cintakan awak selagi mana Allah izinkan awak..”

Itulah jawapan dari Zaid selepas aku tuturkan ayat nya itu. Semakin mekar rasa kasih itu buat dia. Siapa sangka dia kembali mewarnai hidupku. Dan inilah dia jalan kepada rasa hatiku yang tak pernah mahu surut padanya. Inilah dia tandanya. Inilah dia pengakhirannya pada cintaku yang pertama. Semoga keluarganya menerima aku sebagaimana ikhlasnya Zaid menyintaiku.

“Insya Allah sayang. Tiada keyakinan yang berbelah pada janjiNya. Dan abang sangat bersyukur dikurniakan Umai sebagai isteri. Dikurniakan cinta pertama pada sayang abang ni..”

Semoga kelahiran Farish Adha ini membukakan lagi pintu-pintu rezeki kami. Pada dia si cintaku yang pertama aku hadiahkan sebuah kucupan kasih agar dirinya sentiasa merasakan kasih ku yang melimpah ruah padanya.

T.A.M.A.T






Tajuk: 
Vitamin C, Cinta!



Sinopsis:

Adam Haikal: 
Aku kalau jumpa perempuan ini mesti keluar segala keturunan alergik! Tak pun mesti ada saja benda yang tak kena berlaku. Tapi kenapa jantung ini berdegup kuat bila mata terpaut pandang. Salah makan agaknya. Sah!


Khairun Syahidah: 
Tolonglah. Semoga mamat airport tu bukan Along Maziah. Kalaulah kita sebaya pasti aku tidak akan pernah rela dibuli oleh dia. Namun bila lafaz sakinah menyentuh halwa telinga, hatiku sudah terpaut sayang pada dia si suami di hadapan mata.

Suatu pertemuan di lapangan terbang memulakan segala perjalanan kasih mereka. Siapa sangka si jejaka yang dikata ‘jahat mulut’ itu bakal mengubah hidupnya seratus peratus. Pertemuan yang sering tidak dirancang melahirkan satu perasaan yang aneh. Ibarat setiap pertemuan itu adalah sebuah perkongsian rasa hati yang disalurkan dalam reaksi yang sebaliknya.

Namun ada mata yang menilai dengan cekap rasa di hati mereka. Lantas dia mengatur strategi yang tiada tara penangannya. Bertujuan baik. Cuma cara melaksanakannya bakal melunaskan segala rasa, bakalan ada yang lebam dijiwa. Akhirnya dengan izin yang  Maha Berkehendak, mereka bersatu dalam satu ikatan janji hidup sampai ke mati.

Perjalanan takdir yang indah sungguhlah menawan hati. Sehingga sekian lamanya mereka tidak tahu siapa punya angkara disebalik peyatuan itu. Hati yang bengkak sedikit demi sedikit terubat oleh madah lembut bersulam cinta.

Syahidah terlebih dahulu disapa rasa itu. Saat lafaz sakinah menyentuh halwa telinga, hatinya sudah terpaut sayang pada si dia. Lalu perasaan itu dipendam sekian lamanya kerana tahu si suami tidak mungkin melagukan irama cinta yang sama. Tapi hatinya mula berkata, ‘kenapa tidak dipikat si suami dengan kasih dan cinta?suburkan benih sayang dengan vitamin cinta.’ 

Dan akhirnya bermulalah misi menawan sekeping hati si dia yang sudah bertakhta di jiwa.

 “Kalau tak menempel tak boleh?..”

Pinggangnya sudah selamat dilingkari oleh si isteri. Rimas lah!

“Malam ni kau tidur jauh sikit. Aku rimas!” 

Dah kira bagus dia bagi tidur sekatil. Sekarang nak pulak peluk-peluk.
.......

“Oh! Sedap-sedap kau buat aku terjaga lepas tu sedap-sedap jugak kau nak tidur balik?”

“Maaf. Tak sengaja.”

 “Kau mari sini!” Kedengarannya seperti satu arahan. Seriously, memang arahan.

“Kenapa?” 

Badan dikalih menghadap si suami.  Malasnya nak berbual lewat-lewat macam ni. Esok lambat masuk keja, bukan ke mengundang padah namanya.

“Rapat lagi..” 

Pintanya. Sungguhlah di luar alam permintaan itu. Panik aku dibuatnya.

“Lepas ni tidur..”

Kepalaku sudah diletakkan dia atas lengannya. 

Erk! Tangan ni automatiK melingkar ke pinggangnya. 

Erk! Dan dia memelukku sama. Kejap. Selesa! 

Selamat membaca! :)

Kan Dah Kena Kahwin..


“Kenapa ni?”

Dia geleng. Lelaki ni peliklah. Muka bukan main lagi kusut, tapi boleh pula cakap takde apa. Lagi sekali aku pandang pada Aidi yang masih merenung nasi goreng pattaya yang belum luak.

“Kalau nak tenung sangat nasi tu, tinggal kat sini sesorang..”

Sesudu lagi nasi aku sumbatkan ke mulut. Aku dah nak habis nasi goreng kampung ni, dia ajelah. Mengalahkan siput! Aidi suap juga nasi ke mulut biar jelas sekali aku nampak dia masih dalam dunianya sendiri. Kemudian mamat tu pandang ke luar. Lama sampaikan aku boleh pasang niat jahat. Siaplah kau kejap lagi, dari tadi taknak senyum pun. Ayat pun sepatah-sepatah di jawab, takpun dia geleng ajelah. 

“Arhh..pedas!”

Jus tembikaiku dicapainya. Nasib baik tak terambik neslo panas yang di order tadi. Kalau tengah pedas nak terguling lepas tu kena pulak neslo panas, memang siaplah. Aku ketawa melihat dia yang dah habiskan minuman. Kena order lagilah jawabnya.

“Nur Ufairah!”

Aku hanya sengih memandang dia. Macam manalah dia boleh tak sedar aku yang tukar pinggan kami tadi. Takkan dia tak perasan nasinya kan masih banyak berbanding nasi yang aku dah tukar tu.

“Berangan lagi..”

“Kau asal wei? Dah tahu aku tak makan pedas. Saja!”

Aku gelak lagi sekali, sedikit kuat. Muka dia dah merah, pantas nasi patayyanya dia rampas semula. Nampak macam marah, tapi perlahan-lahan mamat tu mula mengukir senyum dan sama tertawa. Puas hati aku melihat senyuman itu.

“Kau kenapa bro? Cecita sikit..”

Muka dia kembali macam tadi. Hailaa dia ni. Mesti kes berat, kalau tak mesti dia okeh aje. Kebal.

“Ummi nak kita nikah..”

Perlahan namun cukup jelas di pendengaranku.Eh, boleh ulang lagi sekali tak. Semacam tak percayalah pula. 
Tiba-tiba macam ada batu hempap kepala aku ni.

“Kenapa tiba-tiba?”

Dia angkat bahu. Hati aku kini sudah diserang kegusaran yang maha hebat. Manalah Ummi dapat idea luar alam ni. Haila..

“Dia nak kau jadi family kami..”

“Kan selama ni pun family juga..”

“Tapi hanya family angkat. Ummi sayang kau sebab tu dia buat macam ni..” Aku spechless.

“Dah tu kau okeh tak ni?”

“Kau macam mana?”

Aku punya soalan jenis yang minta jawapan bukan minta disoal balik. Macam nak telan ajelah Aidi ni. Patutlah muka macam itik beranak. Aku pandang Aidi, dia pandang aku. Gaya macam kami boleh tembus hati masing masing pulak. Dan aku cukup kenal pada lelaki ini. Apapun keputusannya aku kena redha sebab aku sendiri yang mintak dia buat keputusan.

“Ufai. Boleh Ummi cakap sikit?”

Hilang sudah perbualan antara aku dan Aidi siang tadi. Aku yang duduk di gazebo kalih pandang pada wajah Ummi yang menghampiri. Tumpah rasa sayangku padi insan ini. Insan yang membela aku, yang menjaga aku selama ini. Meski dia bukan ibu kandungku, namun aku sangat bersyukur diberikan peluang untuk merasai kasih sayangnya sekeluarga.

Ummi yang ambil aku sebagai anak angkat bila parent aku terlibat dalam nahas jalan raya. Agaknya sebab Mama tu kawan baik Ummi, sebab tu dia rasa bertanggungjawab ke atas aku. Masa tu umur baru cecah 17 tahun. Dan Aidi menuntut di overseas pada masa yang sama. Jadi tiada masalah timbul bila aku menetap di sana. Cuma bila sesekali lelaki itu pulang bercuti membibitkan rasa kasih antara kami, dan sejak itu kami menjadi rapat meski sering bertekak.

“Ye Ummi?”

Dia duduk menghampiriku. Aku dapat agak topik kami malam ni. Pasti berkisar hal yang Aidi ceritakan tadi. Dan aku memang tiada pilihan lain melainkan berserah segalanya. Mereka kebahagiaanku kini. Mereka tempat aku menyambung kasih. Mana mungkin mahuku hampakan permintaan yang sekecil itu. Ya, kecil.

“Aidi ada cakap apa-apa dekat Ufai?”

“Pasal kahwin tu erk?”

Ummi angguk. Aku tarik nafas dalam kemudia hembuskan perlahan. Mengusir rasa berat yang seakan menghimpit jiwa. Ini caranya aku tebus pengorbanan mereka. Sedangkan Aidi sendiri boleh setuju, takkan aku nak menolak pula. Siapalah aku untuk membantah.

“Ufai tak kisah Mi. Mana yang baik, Ufai ikut aje..”

Rasa nak nangis bila Ummi sudah mendakapku mesra. Boleh ke aku nak mendirikan mahligai bersama dia. Sedangkan selama ini dia aku anggap tak lebih bagai seorang abang. Tapi, kata orang tak kenal maka tak cinta kan. Semoga keikhlasan ini dipandang oleh Dia.

“Ummi tak tahu nak cakap apa nak. Ufai faham kan. Macam ni lagi elok..”

“Ye.. Ufai faham mi..”

Ya aku sangat faham. Mana mungkin hati seorang ibu tega membiarkan anak-anaknya menjadi umpatan orang. Aku tahu batas kami, aku dan Aidi. Agak tidak manis dipandang bila kami sebumbung sedangkan yang mengikat kami hanyalah adik beradik angkat. Dah tu, aku ‘diangkat’ pun masa dah remaja. Lagilah tak manis bila Aidi juga sama dewasa.

Inilah jalan yang Ummi pilih untuk menyelamatkan keadaan. Nikahkan kami. Ummi dan Abah mahu aku benar-benar menjadi keluarga mereka dalam erti kata sebenar. Aku tak nafikan kasih sayangku pada Aidi memang ada, namun sekadar pada seorang abang. Namun yang aku khuatirkan adalah Aidi. Bagaimana kalau dia sudah ada kekasih? Bukankah itu kejam namanya.

“Tapi, Aidi takde makwe ke Mi? Kang kesian kat dia pulak..”

Ummi gelak. Namun gelak dari arah belakang mengamit aku kalih padanya. Aidi. Menyibuk ajela dia ni. Tak boleh nak sembang tenang dengan Ummi, pasti nak menyelit. Kalau tak bikin sakit hati okehlah juga, ni memang jenis yang nak kena sumpah jadi belalang!

“Kalau ada kenapa? Tak nak kahwin?Tapi aku tetap nak kahwin dengan kau. Jadi bini no.2 nak?”

“Apa cakap macamtu?..”

Rasakan cubitan pedas Ummi. Bini nombor dua konon. Belum apa-apa dah pasang niat nak kahwin dua. Aidi mengekek ketawa melihatkan wajahku yang sudah merah membara. Siaplah kau kejap lagi. Gatal sangat nak mengusik depan Ummi. Yang malunya aku bukan dia.

“Kalau macamtu, Ummi dan Ayah uruskan secepatnya ye. Kamu dua nikah dulu, majlis kita buat belakang. 
Boleh?”

“Orait bos..”

Aku hanya tersenyum. Aidi pandang aku lama sampaikan aku dah naik segan kat Ummi. Mamat ni kalau iyepun agak-agaklah nak merenung tu. Depan Ummi kot!

“Jangan pandang anak dara Ummi macam tu. Tak nikah lagi?!”

Dan sekali lagi ketam hinggap ditangan. Hah! Ummi thanks. Dia bangun meninggalkan kami berdua. Namun belum sempat Ummi masuk ke rumah, dia berpaling.

“Yang tak masuk lagi ni kenapa?..”

“Nak dating Mi..”

Kejadahnya Aidi ni. Tak malu betullah dia. Aku dah merah muka lebih-lebih lagi bila Ummi dah bulat mata memandang kami berdua. Macam nak telan aje gayanya.

“Nak dating tunggu dah sah nikah. Sekarang masuk cepat..”

“Alaa, Ummi ni tak sporting lah..”

“Aidi!”

Suaraku dan Ummi bergabung jadi satu. Tak malunya dia ni. Lantas aku berlari mendapatkan Ummi selepas berjaya meninggalkan cop mohor pada lengan Aidi yang sudah mula bangun. Wihu,lari!! Bagaimanalah kehidupanku selepas ini. Dengan mamat ni yang kaki menyakat dan membuli. Pasti aku sentiasa tewas nanti. Paling tidak pun pengsan. Tapi hanya satu harapanku moga mahligai kami kelak dilimpahi selautan rahmat. Tiada salahnya berkorban, malah berjuta kebaikan terselit disebalik keputusan orang tua. Bak kata pepatah, orang lama dah merasai dulu rasanya garam. Jadi setiap keputusan mereka pasti ada kisah dan pengalaman yang sudah menjadi pengajaran.

********************************************
“Ekeleh. Sengih depan cermin sesorang apa kes?”

Rambut yang aku ikat ekor kuda ditariknya. Bilalah pulak masanya mamat ni masuk menceroboh bilik aku. 
Langsung tak perasaan.

“Sakitlah bongok!”

“Tak baik panggil aku bongok..”

Aku gigit bibir. Kesal. Dari bias cermin aku nampak dia baringkan tubuh di atas katil. Mamat ni memang tak 
makan saman. Berjuta kali aku warning. Jangan melepak dalam bilik aku! Jangan mendarat atas katil aku! 
Tapi haram jadah nak masuk telinga dia.

“Hoi!” Sikat yang aku baling tepat mengena kepalanya. Dia menjeling aku yang sudah berdiri di sisi katil.

“Sakitnya..”Dia gosok kepala. Tapi tangan masih mengagau di atas skrin telefonku.

“Tulah. Lain kali tolonglah hormatkan privacy orang!”

Handphone aku tarik kasar. Suka suki nak spot-check handpone orang!Tahulah dia tu, er.. Aii, habislah mesej aku dibaca dia. Aku pandang mukanya yang dah lain dari selalu.

“Kau mesej dengan Khairul ek?”

Dari baring dia kini sudah duduk di sisiku di birai katil. Aku pandang pintu. Hem, tak apalah pintu pun bukannya tertutup.

“Apa kejadah nak mesej dengan dia..”

“Dah tu mesej kat handpone tu apa?”

Aku jeling dia. Dahinya aku ketuk perlahan dengan handpone. Habuan untuk dia yang suka sangat kacau aku.

“Aku tak reply. Biarlah berjuta dia bagi mesej pun. Aku tak selesalah dengan dia tu..”

Mamat sebelah aku ni garu kepala. Nampak comel pulak. Aku tergelak memandang wajahnya yang berkerut.

“Asal gelak?”

“Saja..”

“Aku kenal kau bukan sejam dua, asal gelak macamtu memang takde lain kan. Kau gelakkan aku! Kali ni pasal apa pulak?”

“Ekeleh, perasan gila dia ni. Ingat otak kepala aku ni hanya fikirkan kau aje? Huh!”

Ulil Aidi membulatkan mata. Agaknya geram dia sekali lagi tarik ekor kudaku. Aku apa lagi, memang dah naik angin,spontan saja jari telunjuknya aku gigit kuat. Dan menjeritlah mamat tu bagai nak rak membuatkan aku gelak puas hati.

“Lagi sekali kau sentuh rambut aku ni, memang nahaslah!”

Aku segera bangun mahu berlalu ke tingkat bawah. Tapi mamat tu gayanya memang tak serik. Kali ni lagi sakit rasanya rambut aku dikerjakan. Dia gelak besar membuatkan aku hilang pertimbangan lantas menerkamnya yang  mahu bangun.

“Astagfirullah...”

Mami!! Wajah Ummi yang ada depan pintu sudah nampak macam nak meletup. Aku garu kepala. Ulil Aidi pun sama. Aduhai, mesti jadi kes besar!

“Nak makan aiskrim tak?” Aku geleng.

“Coklat?” Geleng lagi. Aidi garu kepala.

“Okeh, macam tu kita makan nasi. Aku tak makan lagi..”

“Taknak..” Hanya mendatar bunyinya. Aidi mengeluh. Kali ini jelas nampak dia mengalah.

“Kalau macam tu, kau nak makan apa?” Masih dalam nada lembut meski suara garau itu agak kuat.

“Makan kau!”

Pantas bahunya aku pukul geram. Tersangatlah geram. Kalau tak pasal dia buat hal dalam bilik tadi takdenya kena dengan Ummi. Bukan Ummi aje, Abah pun sama. Tapi Aidi nampak tenang pula bila kena ceramah, cuma aku ajelah yang dah bernanah telinga. Mestilah nampak aku yang salah masa tu.

“Nur Ufairah! Sakit tahu tak..”

Aidi sudah menangkap pergelangan tanganku spontan menhentikan segala perbuatan tadi. Dia pandang aku dengan sorotan mata yang aku sendiri tidak faham. Marahkah lelaki ini padaku. Mesti badan dia rasa sakit. Bukannya tak tahu kalau tangan aku ni jenis yang gagah perkasa.

“Sorry. Kaulah. Kan aku dah warning tadi jangan usik rambut aku.”

“Iyela.. Iye! Aku salah, puas hati?” Aku tersengih bila melihatkan wajah monyok itu.

“Puas sangat-sangat...” Tapi tangan aku masih mahu menjadi ketam.

PAP!

“Mak! Sakit...Eii!” Tangan mamat ni memang boleh tahan sakitnya. Sekali naik memang tinggal bekas merah.

“Sakit kan?” Dia tersenyum puas.

“Sakitlah bongok! Kau ingat sedap?”

“Bongok?Kan dah cakap, jangan!” Bibir jadi mangsa cubitannya.

“Sakitt....” Aduku, saja nak mengedik. Dia tersenyum.

“Tahu pula sakit. Habis aku ni tak reti sakit ke? Sesuka hati nak mendera..”

Malas mahu melayannya, aku capai sebiji karipap. Baru setengah aku makan, mamat tu dah rampas. Dan bila aku kalih padanya dia tersenyum senang sambil mengunyah perlahan. Arg! Sekali lagi kau buat memang kau siap! Aku capai sebiji lagi, dan kali ini bila sampai ke gigitan terakhir mamat tu sekali lagi buat macam tadi. Naik darah!

“Kau ambik sendiri tak boleh?”

Dia tersenyum cuma. Siapalah tak geram. Bukannya karipap kat meja tu tinggal seketul dua, sampai nak 
berkongi segala. Ops, bukan berkongsi, tapi dicuri. Hah!

“Sharing is caring, kan?..”

“Kepala hotak! Sharing is murdering adalah!”

Mug berisi milo panas aku sua ke bibir. Mata walaupun tak memandang mamat kat sebelah ni, tapi tetap boleh mengagak pergerakkannya. Tangan sasa itu mencapai karipap. Dikunyah perlahan, dan bila hampir habis disuakannya pada aku.

“Say aaah..”

Aku nak menolak, tapi lain pula jadinya bila bibir aku sudah terbuka dan karipap itu sudah masuk ke mulut. 
Aku kunyah juga sambil otak mencerna perbuatan selamba lelaki itu. Dan sekali lagi dia menyuahkan karipap kedua yang hampir habis. Kali ini aku sudah tersengih. Ada agenda jahat!

“What the..ahhh..”

Terlompat-lompat mamat tu bila jarinya jadi ‘karipap ketiga’ aku. Aku pula selamba menyisip milo sambil memandangnya. Kejamkan?

“Kenapa kamu ni Aidi?”

Gulp! Serta merta wajah aku naik pucat. Mamat tu kalih padaku dan Ummi silih berganti. Naya aku!

“Erk, takde Mi. Jari ni tersepit..”

“Laa, sakit tak ni?”

Ummi sudah menghampiri. Nafas aku masih sesak. Tambah lagi bila Ummi sudah membelek jari itu.

“Ni macam kena gigit aje. Siapa punya keja pulak?”

Ummi dah pandang aku tajam. Wajah aku pun agaknya dah tak berdarah. Bukan aku tak tahu Ummi ni bila dah marah. Nak-nak lagi kalau yang kena buli tu Aidi, dan pembuli tu aku.

“Eh, takde sesiapalah Mi. It’s okeh. Ummi jangan risaulah.”

Bukan main lagi dia yakinkan Ummi. Syukur. syukur! Aku megeluh lega bila Ummi sudah berlalu keluar.

“Tahu pun takut!”

Diketuknya kepala aku. Nasiblah tak kuat. Perlahan saja. Dan wajah itu sudah mengukir senyum, bila aku menariknya kembali duduk di sisi.

“Sakit lagi tak?” Mata kami bertentangan. Erk, apasal semacam aje aku rasa ni. Dup-dap!

“Erk, aku nak ke toilet!”

Segera aku tinggalkan dia. Aku tahu matanya masih mengikuti gerak langkahku yang terasa sumbang. Dah 
kenapa pulak dengan aku ni? Aku bukan melangkah ke bilik air malah terus menyelinap ke bilik. Biar ajelah Aidi kat situ. Dah bosan nanti dia baliklah. Badan aku labuhkan di tilam. Minda mula pergi melancong.

“Adei..”

Mamat tu mengadu sakit lagi untuk kesekian kalinya. Bukan saja dia kena menampung badan aku yang berat gila ni, dengan dahi dia sekali bakal benjol aku tanduk. Serangan spontan bila dia mahu bangun tadi buat dia hilang imbangan badan. Aku kiranya nak tanduk aje tadi, tapi dah jadi kes lain. Sama-sama terbaring dengannya di atas katil. Gila ar, siap landing atas badan dia lagi.

Sejenak terasa degupan jantung kami. Masing-masing dengan paluan yang hebat. Mata terus melekap pada wajah Aidi. Aidi pun sama, kaku dan keluh. Serasa lemah melihatkan renungan matanya. Tangan  mamat tu dah naik mengusap wajahku. Lembut sekali. Aku keluh. Dup-dap. Kalau tak bangun lagi ni memang dua-dua jalan. Kalau dua-dua hilang pertimbangan kan naya. Terkial-kial mahu bangun, dan baru nak alihkan badan Ummi tetiba muncul di ambang pintu.

“Astagfirullah..”

Batang tubuh tua itu sudah masuk ke bilik. Suara Ummi yang tinggi sangat menakutkan. Tubuhku yang masih ada atas Aidi serasa tak mampu aku alihkan. Akhirnya Aidi juga yang tolong, bantu aku bangun. Kalau dia tak buat macamtu alamat sampai bila agaknya aku tak mampu nak bangkit. Malunya, pada Ummi, pada Aidi lagi.  Aku tahu salah aku. Tapi siapa yang suruh mamat tu kacau,kan aku dah bagi warning tadi. Sekarang padanlah muka kami berdua. Kejap lagi mengamuk sakanlah Ummi.

Hilang bias wajah Aidi dan Ummi. Aku kalih pandang pada handphone yang menjerit lantang. Melihatkan wajah yang tersenyum di dada skrin buat aku sama tersenyum. Mencari aku lah tu. Aku capai juga handpone tu tapi tiada niat nak jawab panggilan dia.  

‘W.A.U?’

Mamat ni memang suka sangat buat short form sendiri. Ada masanya aku sendiri pun tak faham. Mesej itu aku biarkan sepi. Malaslah nak layan dia. Baik aku tidur. Nanti-nanti dia tahulah aku kat bilik.

‘Nak balik. Let me see u firstlah b4 I go back..’

Mamat ni memang tak reti bahasa betullah. Balik ajelah. Eii! Aku tekup muka dengan bantal. Sudah! Ketukan di pintu sudah dapat aku teka siapa. Lupa pulak nak kunci pintu tadi. Aii..

“Aii. Ngantuk sangat ke sampai tak nak jumpa aku?”

Dia selamba menarik bantal yang menutupi wajahku. Dia pandang aku bersama senyuman nakal di bibir. Nak apa juga dia ni? Aku bingkas bangun menyandarkan tubuh di bingkai katil.

“Kenapa?” Malas nak layan. Aku ikutkan saja rentakknya yang sudah duduk di katil.

“Nak balik. Ada hal kejap lagi..”

“Okeh..”

“Marah ek?” Aku geleng. Bukannya marah mana pun. Aku tatap wajahnya yang nampak tak ceria.

“I’m sorry..”

Hangat kucupan yang ditinggalkan di dahiku. Lembut segala hati yang beku, cair segala perasaan bila mata 
menatap wajahnya lama.

“It’s okeh. Aku sepatutnya mintak maaf.” Sekali lagi dahiku dalam kucupannya. Kejap lagi kalau tergolek jatuh memang tak tahulah aku.

“Aku balik dulu..” Dia bangkit namun segera aku lelar pergelangan tangannya.

“Hurm?” Dia bertanya lembut. Ada kerutan di dahi itu. Alahai, ni part yang paling susah. Lambat-lambat aku hulurkan tangan.

“Nak salam..”

Aidi tersenyum senang dan bila aku kucup jemari itu, tangannya naik membelai lembut rambutku. Macam nak nangislah pula. Bukannya aku tak tahu sikapku padanya. Kasar sangat, meski aku tak memaksudkannya. Saja nak bergurau, tapi mungkin agak kasar.

“Please take care of yourself.”

Jemariku dilepaskan perlahan. Dia kembali melangkah, dan bila sampai dimuka pintu dia kembali berpaling. Flying kiss sebijik dan kenyitan mata sekali khas untukku sebelum pintu itu ditutup olehnya. Kalau begini selalu memanglah tak jauh jadinya. Masa datang bukan main lagi mengusik, tapi bila dah nak balik Aidi jadi seromantik tadi. Tak lama lagi masaklah aku kalau dah pandai rindu-rinduan pula.

******************************************
Ke mana pula dia ni menghilang. Dah seminggu tak datang jumpa aku pun. Tahulah dalam pantang, tapi contact hanphone boleh apa. Dapat dengar suara kejap pun jadilah. Semenjak hari tu dia tak muncul-muncul lagi. Bengang juga bila tiap-tiap hari tak keruan menunggu dia datang melawat, tapi sudahnya dia tak muncul-muncul. Dahlah hati ni bengkak semacam, rasa ada yang tak settle kat dalam. Serasa tak mampu simpan lama-lama. Badan yang mengiring ke kanan aku alihkan pulak sebelah kiri.

Begitulah sejak dua jam lalu. Nak lelap, tapi mata enggan. Tangan yang masih melekat dengan handphone aku usap perlahan. Jenuhnya nak pegang sejak tadi. Manalah tahu dia telefon senang jugalah hati aku ni. Ker sebenarnya dia merajuk? Tapi takde pulak dia bagi tanda-tanda. Nampak happy aje minggu lepas. Nak masuk dua minggu menanti aku dah dapat rasa perubahan dalam diri aku.

Badan makin susut, bila makan pun makin berkurangan. Hilang selera semenjak dia M.I.A. Nak tanya Ummi seganlah pulak. Tanya kat Abah lagilah aku tak berani. Agaknya sebab kurang tenaga aku pengsan depan bilik air. Nasiblah Ummi masuk ke bilik bila aku tak turun ke bawah pagi tu sarapan. Entah dah berapa lama agaknya aku terlena. Bila buka mata aja, terasa gengaman erat pada jemariku.

Aku kenal pautan erat itu milik siapa. Aidi! Perlahan aku kalih pandang pada susuk tubuh yang terbaring disebelahku. Cahaya yang samar-samar dalam bilik membuatkan aku boleh nampak jelas wajah itu. Tak sedar sebelah lagi tanganku sudah naik mengusap pipinya. Serasa tenang jiwa saat ini. Dengan dia yang ada depan mata setelah lama tak jumpa. Aku tahu aku rindu pada mamat ni. Semakin ringan tanganku mengelus wajahnya,sesekali usapan terhenti bila aku tatap dia lama.

Dari kening sampailah ke bibir merah miliknya. Aku memang suka sangat tengok bibir dia, nampak sangat seksi. Janganlah ada perempuan lain berperasaan macam aku. Kalau tak memang makan hatilah. Perlahan jari telunjukku sudah menari-nari di kelopak bibir sensual itu. Aku tatap lagi sepasang matanya yang tertutup. Aku memang tengah mood angin sepoi-sepoi sebab tulah ringan bibirku singgah pada birai mata Aidi.

Janganlah mamat ni sedar pulak. Free je kena balik. Bukannya aku tak kenal sikap dia ni. Tapi nyata sekali tidak memihak padaku bila wajah itu sudah tersenyum saat aku menamatkan kucupan. Matanya masih tertutup meski bibir itu sudah menguntum senyuman indah. Alamak! Sedar ke tak mamat ni? Sebelum dia betul -betul terjaga ada baiknya aku tutup mata kembali.

“Tak sedar lagi? Aku mimpilah kot..”

Aku dengar meski dia berbisiknya perlahan. Aku kakukan tubuh, rasa nak gelak tapi kena tahan. Berlakon biar sampai berjaya. Namun ketenangan wajahku mula bergolak bila tangan Aidi dah naik mengusap pipi. Ibarat di ulang kembali perlakuanku padanya tadi. Bila dia kucup mata aku masih boleh bertahan lagi, tapi bila desah nafanya benar-benar dekat di pipiku aku segera buka mata. Argg!

Tak sempat nak buat apa bila dia dah teruskan misinya. Tulah, kan dah kena sebijik. Aku keluh, tapi nasib baiklah bila dia nak ulang balik aku sempat tutup mulut. Dia tergelak meski nampak wajah kecewanya. Aii Ummi, kenapalah bagi mamat ni masuk bilik aku. Tak takut jadi apa-apa sebelum majlis kami ke?
Sekali lagi dia mahu menciumku. Kali ini aku biarkan saja sebab kat dahi. Aku sendiri tak terkata apa bila tangannya sudah melingkari tubuhku. Selesa dan bahagia.

“I’m sorry..”

Dan aku faham apa maksudnya. Air mata gugur tak reti nak stop. Ah, lecehnya! Ni yang tak suka bila dah pandai rindu-rinduan. Dah ada depan mata pun bukannya hilang rasa rindu tu, malah makin kuat dan berbunga-bunga pula. Tak mampu aku kawal reaksi tubuhku bila tanganku juga sama melingkari pinggangnya. Dalam senduku dia mula bercerita. Patut tak muncul seminggu lebih ni. Dia ada emergency case kat site. Dah tu kena pulak kawasan pedalaman. Takde coverage segala. Tapi kenapalah dia tak kasik tahu sebelum bertolak.

“Tak sempat Yang. Masa tu tengah kalut sangat..”  Yang?Sayang ek?

“Iyelah tu..”

“Betul Yang. Dah masuk kawasan tu baru nak call beritahu tup-tup dah takde coverage. Nak buat macam mana lagi. Pendam ajelah rindu..”

Bahagianya aku rasakan. Terasa ringan aje kepala yang berat sejak kebelakangan ini. Lantas aku rapatkan wajah ke dada bidang itu. Tenang dan selesa begitu, lebih-lebih lagi bila Aidi eratkan lagi rangkulannya.

“I miss you..”  

Mulut memang dah lancar habis. Agaknya kalau nak keluarkan ayat romeo pun dah boleh kut.

“I tahu sayang, and of course I miss you too..”

Air mata dah rasa gugur. Memang tak tahan nak nangis. Terusik sungguh hati wanitaku lebih-lebih lagi mengenangkan sikapku padanya. Layan dia gila-gila macam dulu-dulu.

“Shh..Janganlah nangis.”

Aku mendongak memandang dia. Wajah yang dah lembab berair mata dia sapu lembut. Dia tersenyum menatap aku.

“Maaf. Selama ni aku kasar sangat..”

Aidi tersenyum manis. Kepalaku diusapnya lagi sambil mengeratkan pelukan.

“It’s okeh. Aku tak ambik hati..”

Aidi tarik nafas berat. Rasa dah lain macam bunyi hembusan nafasnya. Degupan jantung yang aku boleh dengar pun memang dah tak normal. Dalam keadaan macam ni anything boleh jadi. Dengan keadaan kami yang halal ni tak tahulah apa akan berlaku.  Aku okeh aje lagi ni, tapi kalau Aidi err..

“I love you, aku cinta kau Nur Ufairah..”

Kejap lagi siaplah aku oleh Aidi bila bertalu-talu kucupan mendarat di wajahku. Belaiannya memang mengasyikkan. Hah, nampaknya terlucutlah status kahwin gantung kami ni. Ummi, sorry! Ah, jauhnya aku melayan otak kuning berkarat. Padahal setakat kissing tu ajelah Aidi buat. Lepas tu kami tidur lena kembali sampai ke pagi. Itu ajelah!

Otak aku ajelah yang merewang dah sampai overseas. Rasa nak gelak bila dah dengar dengkuran halus suami aku ini. Ah, jauh benar aku berangan. Sudahnya aku tersenyum sambil sembunyikan wajah pada dadanya. Kalaulah dia tahu...

Aku juga cintakan kau Ulil Aidi. Selagi mana Allah mengizinkannya. Semoga hati kita bertaut selamanya, sebagaimana bertautnya hati-hati yang berbahagia atas cinta yang berlandaskan kasihNya.

T.A.M.A.T ~

8.03 pm 9/10/2012

Owl :)