Saturday 10 November 2012

Tajuk: 
Vitamin C, Cinta!



Sinopsis:

Adam Haikal: 
Aku kalau jumpa perempuan ini mesti keluar segala keturunan alergik! Tak pun mesti ada saja benda yang tak kena berlaku. Tapi kenapa jantung ini berdegup kuat bila mata terpaut pandang. Salah makan agaknya. Sah!


Khairun Syahidah: 
Tolonglah. Semoga mamat airport tu bukan Along Maziah. Kalaulah kita sebaya pasti aku tidak akan pernah rela dibuli oleh dia. Namun bila lafaz sakinah menyentuh halwa telinga, hatiku sudah terpaut sayang pada dia si suami di hadapan mata.

Suatu pertemuan di lapangan terbang memulakan segala perjalanan kasih mereka. Siapa sangka si jejaka yang dikata ‘jahat mulut’ itu bakal mengubah hidupnya seratus peratus. Pertemuan yang sering tidak dirancang melahirkan satu perasaan yang aneh. Ibarat setiap pertemuan itu adalah sebuah perkongsian rasa hati yang disalurkan dalam reaksi yang sebaliknya.

Namun ada mata yang menilai dengan cekap rasa di hati mereka. Lantas dia mengatur strategi yang tiada tara penangannya. Bertujuan baik. Cuma cara melaksanakannya bakal melunaskan segala rasa, bakalan ada yang lebam dijiwa. Akhirnya dengan izin yang  Maha Berkehendak, mereka bersatu dalam satu ikatan janji hidup sampai ke mati.

Perjalanan takdir yang indah sungguhlah menawan hati. Sehingga sekian lamanya mereka tidak tahu siapa punya angkara disebalik peyatuan itu. Hati yang bengkak sedikit demi sedikit terubat oleh madah lembut bersulam cinta.

Syahidah terlebih dahulu disapa rasa itu. Saat lafaz sakinah menyentuh halwa telinga, hatinya sudah terpaut sayang pada si dia. Lalu perasaan itu dipendam sekian lamanya kerana tahu si suami tidak mungkin melagukan irama cinta yang sama. Tapi hatinya mula berkata, ‘kenapa tidak dipikat si suami dengan kasih dan cinta?suburkan benih sayang dengan vitamin cinta.’ 

Dan akhirnya bermulalah misi menawan sekeping hati si dia yang sudah bertakhta di jiwa.

 “Kalau tak menempel tak boleh?..”

Pinggangnya sudah selamat dilingkari oleh si isteri. Rimas lah!

“Malam ni kau tidur jauh sikit. Aku rimas!” 

Dah kira bagus dia bagi tidur sekatil. Sekarang nak pulak peluk-peluk.
.......

“Oh! Sedap-sedap kau buat aku terjaga lepas tu sedap-sedap jugak kau nak tidur balik?”

“Maaf. Tak sengaja.”

 “Kau mari sini!” Kedengarannya seperti satu arahan. Seriously, memang arahan.

“Kenapa?” 

Badan dikalih menghadap si suami.  Malasnya nak berbual lewat-lewat macam ni. Esok lambat masuk keja, bukan ke mengundang padah namanya.

“Rapat lagi..” 

Pintanya. Sungguhlah di luar alam permintaan itu. Panik aku dibuatnya.

“Lepas ni tidur..”

Kepalaku sudah diletakkan dia atas lengannya. 

Erk! Tangan ni automatiK melingkar ke pinggangnya. 

Erk! Dan dia memelukku sama. Kejap. Selesa! 

Selamat membaca! :)

2 comments: