Saturday 10 November 2012

Kan Dah Kena Kahwin..


“Kenapa ni?”

Dia geleng. Lelaki ni peliklah. Muka bukan main lagi kusut, tapi boleh pula cakap takde apa. Lagi sekali aku pandang pada Aidi yang masih merenung nasi goreng pattaya yang belum luak.

“Kalau nak tenung sangat nasi tu, tinggal kat sini sesorang..”

Sesudu lagi nasi aku sumbatkan ke mulut. Aku dah nak habis nasi goreng kampung ni, dia ajelah. Mengalahkan siput! Aidi suap juga nasi ke mulut biar jelas sekali aku nampak dia masih dalam dunianya sendiri. Kemudian mamat tu pandang ke luar. Lama sampaikan aku boleh pasang niat jahat. Siaplah kau kejap lagi, dari tadi taknak senyum pun. Ayat pun sepatah-sepatah di jawab, takpun dia geleng ajelah. 

“Arhh..pedas!”

Jus tembikaiku dicapainya. Nasib baik tak terambik neslo panas yang di order tadi. Kalau tengah pedas nak terguling lepas tu kena pulak neslo panas, memang siaplah. Aku ketawa melihat dia yang dah habiskan minuman. Kena order lagilah jawabnya.

“Nur Ufairah!”

Aku hanya sengih memandang dia. Macam manalah dia boleh tak sedar aku yang tukar pinggan kami tadi. Takkan dia tak perasan nasinya kan masih banyak berbanding nasi yang aku dah tukar tu.

“Berangan lagi..”

“Kau asal wei? Dah tahu aku tak makan pedas. Saja!”

Aku gelak lagi sekali, sedikit kuat. Muka dia dah merah, pantas nasi patayyanya dia rampas semula. Nampak macam marah, tapi perlahan-lahan mamat tu mula mengukir senyum dan sama tertawa. Puas hati aku melihat senyuman itu.

“Kau kenapa bro? Cecita sikit..”

Muka dia kembali macam tadi. Hailaa dia ni. Mesti kes berat, kalau tak mesti dia okeh aje. Kebal.

“Ummi nak kita nikah..”

Perlahan namun cukup jelas di pendengaranku.Eh, boleh ulang lagi sekali tak. Semacam tak percayalah pula. 
Tiba-tiba macam ada batu hempap kepala aku ni.

“Kenapa tiba-tiba?”

Dia angkat bahu. Hati aku kini sudah diserang kegusaran yang maha hebat. Manalah Ummi dapat idea luar alam ni. Haila..

“Dia nak kau jadi family kami..”

“Kan selama ni pun family juga..”

“Tapi hanya family angkat. Ummi sayang kau sebab tu dia buat macam ni..” Aku spechless.

“Dah tu kau okeh tak ni?”

“Kau macam mana?”

Aku punya soalan jenis yang minta jawapan bukan minta disoal balik. Macam nak telan ajelah Aidi ni. Patutlah muka macam itik beranak. Aku pandang Aidi, dia pandang aku. Gaya macam kami boleh tembus hati masing masing pulak. Dan aku cukup kenal pada lelaki ini. Apapun keputusannya aku kena redha sebab aku sendiri yang mintak dia buat keputusan.

“Ufai. Boleh Ummi cakap sikit?”

Hilang sudah perbualan antara aku dan Aidi siang tadi. Aku yang duduk di gazebo kalih pandang pada wajah Ummi yang menghampiri. Tumpah rasa sayangku padi insan ini. Insan yang membela aku, yang menjaga aku selama ini. Meski dia bukan ibu kandungku, namun aku sangat bersyukur diberikan peluang untuk merasai kasih sayangnya sekeluarga.

Ummi yang ambil aku sebagai anak angkat bila parent aku terlibat dalam nahas jalan raya. Agaknya sebab Mama tu kawan baik Ummi, sebab tu dia rasa bertanggungjawab ke atas aku. Masa tu umur baru cecah 17 tahun. Dan Aidi menuntut di overseas pada masa yang sama. Jadi tiada masalah timbul bila aku menetap di sana. Cuma bila sesekali lelaki itu pulang bercuti membibitkan rasa kasih antara kami, dan sejak itu kami menjadi rapat meski sering bertekak.

“Ye Ummi?”

Dia duduk menghampiriku. Aku dapat agak topik kami malam ni. Pasti berkisar hal yang Aidi ceritakan tadi. Dan aku memang tiada pilihan lain melainkan berserah segalanya. Mereka kebahagiaanku kini. Mereka tempat aku menyambung kasih. Mana mungkin mahuku hampakan permintaan yang sekecil itu. Ya, kecil.

“Aidi ada cakap apa-apa dekat Ufai?”

“Pasal kahwin tu erk?”

Ummi angguk. Aku tarik nafas dalam kemudia hembuskan perlahan. Mengusir rasa berat yang seakan menghimpit jiwa. Ini caranya aku tebus pengorbanan mereka. Sedangkan Aidi sendiri boleh setuju, takkan aku nak menolak pula. Siapalah aku untuk membantah.

“Ufai tak kisah Mi. Mana yang baik, Ufai ikut aje..”

Rasa nak nangis bila Ummi sudah mendakapku mesra. Boleh ke aku nak mendirikan mahligai bersama dia. Sedangkan selama ini dia aku anggap tak lebih bagai seorang abang. Tapi, kata orang tak kenal maka tak cinta kan. Semoga keikhlasan ini dipandang oleh Dia.

“Ummi tak tahu nak cakap apa nak. Ufai faham kan. Macam ni lagi elok..”

“Ye.. Ufai faham mi..”

Ya aku sangat faham. Mana mungkin hati seorang ibu tega membiarkan anak-anaknya menjadi umpatan orang. Aku tahu batas kami, aku dan Aidi. Agak tidak manis dipandang bila kami sebumbung sedangkan yang mengikat kami hanyalah adik beradik angkat. Dah tu, aku ‘diangkat’ pun masa dah remaja. Lagilah tak manis bila Aidi juga sama dewasa.

Inilah jalan yang Ummi pilih untuk menyelamatkan keadaan. Nikahkan kami. Ummi dan Abah mahu aku benar-benar menjadi keluarga mereka dalam erti kata sebenar. Aku tak nafikan kasih sayangku pada Aidi memang ada, namun sekadar pada seorang abang. Namun yang aku khuatirkan adalah Aidi. Bagaimana kalau dia sudah ada kekasih? Bukankah itu kejam namanya.

“Tapi, Aidi takde makwe ke Mi? Kang kesian kat dia pulak..”

Ummi gelak. Namun gelak dari arah belakang mengamit aku kalih padanya. Aidi. Menyibuk ajela dia ni. Tak boleh nak sembang tenang dengan Ummi, pasti nak menyelit. Kalau tak bikin sakit hati okehlah juga, ni memang jenis yang nak kena sumpah jadi belalang!

“Kalau ada kenapa? Tak nak kahwin?Tapi aku tetap nak kahwin dengan kau. Jadi bini no.2 nak?”

“Apa cakap macamtu?..”

Rasakan cubitan pedas Ummi. Bini nombor dua konon. Belum apa-apa dah pasang niat nak kahwin dua. Aidi mengekek ketawa melihatkan wajahku yang sudah merah membara. Siaplah kau kejap lagi. Gatal sangat nak mengusik depan Ummi. Yang malunya aku bukan dia.

“Kalau macamtu, Ummi dan Ayah uruskan secepatnya ye. Kamu dua nikah dulu, majlis kita buat belakang. 
Boleh?”

“Orait bos..”

Aku hanya tersenyum. Aidi pandang aku lama sampaikan aku dah naik segan kat Ummi. Mamat ni kalau iyepun agak-agaklah nak merenung tu. Depan Ummi kot!

“Jangan pandang anak dara Ummi macam tu. Tak nikah lagi?!”

Dan sekali lagi ketam hinggap ditangan. Hah! Ummi thanks. Dia bangun meninggalkan kami berdua. Namun belum sempat Ummi masuk ke rumah, dia berpaling.

“Yang tak masuk lagi ni kenapa?..”

“Nak dating Mi..”

Kejadahnya Aidi ni. Tak malu betullah dia. Aku dah merah muka lebih-lebih lagi bila Ummi dah bulat mata memandang kami berdua. Macam nak telan aje gayanya.

“Nak dating tunggu dah sah nikah. Sekarang masuk cepat..”

“Alaa, Ummi ni tak sporting lah..”

“Aidi!”

Suaraku dan Ummi bergabung jadi satu. Tak malunya dia ni. Lantas aku berlari mendapatkan Ummi selepas berjaya meninggalkan cop mohor pada lengan Aidi yang sudah mula bangun. Wihu,lari!! Bagaimanalah kehidupanku selepas ini. Dengan mamat ni yang kaki menyakat dan membuli. Pasti aku sentiasa tewas nanti. Paling tidak pun pengsan. Tapi hanya satu harapanku moga mahligai kami kelak dilimpahi selautan rahmat. Tiada salahnya berkorban, malah berjuta kebaikan terselit disebalik keputusan orang tua. Bak kata pepatah, orang lama dah merasai dulu rasanya garam. Jadi setiap keputusan mereka pasti ada kisah dan pengalaman yang sudah menjadi pengajaran.

********************************************
“Ekeleh. Sengih depan cermin sesorang apa kes?”

Rambut yang aku ikat ekor kuda ditariknya. Bilalah pulak masanya mamat ni masuk menceroboh bilik aku. 
Langsung tak perasaan.

“Sakitlah bongok!”

“Tak baik panggil aku bongok..”

Aku gigit bibir. Kesal. Dari bias cermin aku nampak dia baringkan tubuh di atas katil. Mamat ni memang tak 
makan saman. Berjuta kali aku warning. Jangan melepak dalam bilik aku! Jangan mendarat atas katil aku! 
Tapi haram jadah nak masuk telinga dia.

“Hoi!” Sikat yang aku baling tepat mengena kepalanya. Dia menjeling aku yang sudah berdiri di sisi katil.

“Sakitnya..”Dia gosok kepala. Tapi tangan masih mengagau di atas skrin telefonku.

“Tulah. Lain kali tolonglah hormatkan privacy orang!”

Handphone aku tarik kasar. Suka suki nak spot-check handpone orang!Tahulah dia tu, er.. Aii, habislah mesej aku dibaca dia. Aku pandang mukanya yang dah lain dari selalu.

“Kau mesej dengan Khairul ek?”

Dari baring dia kini sudah duduk di sisiku di birai katil. Aku pandang pintu. Hem, tak apalah pintu pun bukannya tertutup.

“Apa kejadah nak mesej dengan dia..”

“Dah tu mesej kat handpone tu apa?”

Aku jeling dia. Dahinya aku ketuk perlahan dengan handpone. Habuan untuk dia yang suka sangat kacau aku.

“Aku tak reply. Biarlah berjuta dia bagi mesej pun. Aku tak selesalah dengan dia tu..”

Mamat sebelah aku ni garu kepala. Nampak comel pulak. Aku tergelak memandang wajahnya yang berkerut.

“Asal gelak?”

“Saja..”

“Aku kenal kau bukan sejam dua, asal gelak macamtu memang takde lain kan. Kau gelakkan aku! Kali ni pasal apa pulak?”

“Ekeleh, perasan gila dia ni. Ingat otak kepala aku ni hanya fikirkan kau aje? Huh!”

Ulil Aidi membulatkan mata. Agaknya geram dia sekali lagi tarik ekor kudaku. Aku apa lagi, memang dah naik angin,spontan saja jari telunjuknya aku gigit kuat. Dan menjeritlah mamat tu bagai nak rak membuatkan aku gelak puas hati.

“Lagi sekali kau sentuh rambut aku ni, memang nahaslah!”

Aku segera bangun mahu berlalu ke tingkat bawah. Tapi mamat tu gayanya memang tak serik. Kali ni lagi sakit rasanya rambut aku dikerjakan. Dia gelak besar membuatkan aku hilang pertimbangan lantas menerkamnya yang  mahu bangun.

“Astagfirullah...”

Mami!! Wajah Ummi yang ada depan pintu sudah nampak macam nak meletup. Aku garu kepala. Ulil Aidi pun sama. Aduhai, mesti jadi kes besar!

“Nak makan aiskrim tak?” Aku geleng.

“Coklat?” Geleng lagi. Aidi garu kepala.

“Okeh, macam tu kita makan nasi. Aku tak makan lagi..”

“Taknak..” Hanya mendatar bunyinya. Aidi mengeluh. Kali ini jelas nampak dia mengalah.

“Kalau macam tu, kau nak makan apa?” Masih dalam nada lembut meski suara garau itu agak kuat.

“Makan kau!”

Pantas bahunya aku pukul geram. Tersangatlah geram. Kalau tak pasal dia buat hal dalam bilik tadi takdenya kena dengan Ummi. Bukan Ummi aje, Abah pun sama. Tapi Aidi nampak tenang pula bila kena ceramah, cuma aku ajelah yang dah bernanah telinga. Mestilah nampak aku yang salah masa tu.

“Nur Ufairah! Sakit tahu tak..”

Aidi sudah menangkap pergelangan tanganku spontan menhentikan segala perbuatan tadi. Dia pandang aku dengan sorotan mata yang aku sendiri tidak faham. Marahkah lelaki ini padaku. Mesti badan dia rasa sakit. Bukannya tak tahu kalau tangan aku ni jenis yang gagah perkasa.

“Sorry. Kaulah. Kan aku dah warning tadi jangan usik rambut aku.”

“Iyela.. Iye! Aku salah, puas hati?” Aku tersengih bila melihatkan wajah monyok itu.

“Puas sangat-sangat...” Tapi tangan aku masih mahu menjadi ketam.

PAP!

“Mak! Sakit...Eii!” Tangan mamat ni memang boleh tahan sakitnya. Sekali naik memang tinggal bekas merah.

“Sakit kan?” Dia tersenyum puas.

“Sakitlah bongok! Kau ingat sedap?”

“Bongok?Kan dah cakap, jangan!” Bibir jadi mangsa cubitannya.

“Sakitt....” Aduku, saja nak mengedik. Dia tersenyum.

“Tahu pula sakit. Habis aku ni tak reti sakit ke? Sesuka hati nak mendera..”

Malas mahu melayannya, aku capai sebiji karipap. Baru setengah aku makan, mamat tu dah rampas. Dan bila aku kalih padanya dia tersenyum senang sambil mengunyah perlahan. Arg! Sekali lagi kau buat memang kau siap! Aku capai sebiji lagi, dan kali ini bila sampai ke gigitan terakhir mamat tu sekali lagi buat macam tadi. Naik darah!

“Kau ambik sendiri tak boleh?”

Dia tersenyum cuma. Siapalah tak geram. Bukannya karipap kat meja tu tinggal seketul dua, sampai nak 
berkongi segala. Ops, bukan berkongsi, tapi dicuri. Hah!

“Sharing is caring, kan?..”

“Kepala hotak! Sharing is murdering adalah!”

Mug berisi milo panas aku sua ke bibir. Mata walaupun tak memandang mamat kat sebelah ni, tapi tetap boleh mengagak pergerakkannya. Tangan sasa itu mencapai karipap. Dikunyah perlahan, dan bila hampir habis disuakannya pada aku.

“Say aaah..”

Aku nak menolak, tapi lain pula jadinya bila bibir aku sudah terbuka dan karipap itu sudah masuk ke mulut. 
Aku kunyah juga sambil otak mencerna perbuatan selamba lelaki itu. Dan sekali lagi dia menyuahkan karipap kedua yang hampir habis. Kali ini aku sudah tersengih. Ada agenda jahat!

“What the..ahhh..”

Terlompat-lompat mamat tu bila jarinya jadi ‘karipap ketiga’ aku. Aku pula selamba menyisip milo sambil memandangnya. Kejamkan?

“Kenapa kamu ni Aidi?”

Gulp! Serta merta wajah aku naik pucat. Mamat tu kalih padaku dan Ummi silih berganti. Naya aku!

“Erk, takde Mi. Jari ni tersepit..”

“Laa, sakit tak ni?”

Ummi sudah menghampiri. Nafas aku masih sesak. Tambah lagi bila Ummi sudah membelek jari itu.

“Ni macam kena gigit aje. Siapa punya keja pulak?”

Ummi dah pandang aku tajam. Wajah aku pun agaknya dah tak berdarah. Bukan aku tak tahu Ummi ni bila dah marah. Nak-nak lagi kalau yang kena buli tu Aidi, dan pembuli tu aku.

“Eh, takde sesiapalah Mi. It’s okeh. Ummi jangan risaulah.”

Bukan main lagi dia yakinkan Ummi. Syukur. syukur! Aku megeluh lega bila Ummi sudah berlalu keluar.

“Tahu pun takut!”

Diketuknya kepala aku. Nasiblah tak kuat. Perlahan saja. Dan wajah itu sudah mengukir senyum, bila aku menariknya kembali duduk di sisi.

“Sakit lagi tak?” Mata kami bertentangan. Erk, apasal semacam aje aku rasa ni. Dup-dap!

“Erk, aku nak ke toilet!”

Segera aku tinggalkan dia. Aku tahu matanya masih mengikuti gerak langkahku yang terasa sumbang. Dah 
kenapa pulak dengan aku ni? Aku bukan melangkah ke bilik air malah terus menyelinap ke bilik. Biar ajelah Aidi kat situ. Dah bosan nanti dia baliklah. Badan aku labuhkan di tilam. Minda mula pergi melancong.

“Adei..”

Mamat tu mengadu sakit lagi untuk kesekian kalinya. Bukan saja dia kena menampung badan aku yang berat gila ni, dengan dahi dia sekali bakal benjol aku tanduk. Serangan spontan bila dia mahu bangun tadi buat dia hilang imbangan badan. Aku kiranya nak tanduk aje tadi, tapi dah jadi kes lain. Sama-sama terbaring dengannya di atas katil. Gila ar, siap landing atas badan dia lagi.

Sejenak terasa degupan jantung kami. Masing-masing dengan paluan yang hebat. Mata terus melekap pada wajah Aidi. Aidi pun sama, kaku dan keluh. Serasa lemah melihatkan renungan matanya. Tangan  mamat tu dah naik mengusap wajahku. Lembut sekali. Aku keluh. Dup-dap. Kalau tak bangun lagi ni memang dua-dua jalan. Kalau dua-dua hilang pertimbangan kan naya. Terkial-kial mahu bangun, dan baru nak alihkan badan Ummi tetiba muncul di ambang pintu.

“Astagfirullah..”

Batang tubuh tua itu sudah masuk ke bilik. Suara Ummi yang tinggi sangat menakutkan. Tubuhku yang masih ada atas Aidi serasa tak mampu aku alihkan. Akhirnya Aidi juga yang tolong, bantu aku bangun. Kalau dia tak buat macamtu alamat sampai bila agaknya aku tak mampu nak bangkit. Malunya, pada Ummi, pada Aidi lagi.  Aku tahu salah aku. Tapi siapa yang suruh mamat tu kacau,kan aku dah bagi warning tadi. Sekarang padanlah muka kami berdua. Kejap lagi mengamuk sakanlah Ummi.

Hilang bias wajah Aidi dan Ummi. Aku kalih pandang pada handphone yang menjerit lantang. Melihatkan wajah yang tersenyum di dada skrin buat aku sama tersenyum. Mencari aku lah tu. Aku capai juga handpone tu tapi tiada niat nak jawab panggilan dia.  

‘W.A.U?’

Mamat ni memang suka sangat buat short form sendiri. Ada masanya aku sendiri pun tak faham. Mesej itu aku biarkan sepi. Malaslah nak layan dia. Baik aku tidur. Nanti-nanti dia tahulah aku kat bilik.

‘Nak balik. Let me see u firstlah b4 I go back..’

Mamat ni memang tak reti bahasa betullah. Balik ajelah. Eii! Aku tekup muka dengan bantal. Sudah! Ketukan di pintu sudah dapat aku teka siapa. Lupa pulak nak kunci pintu tadi. Aii..

“Aii. Ngantuk sangat ke sampai tak nak jumpa aku?”

Dia selamba menarik bantal yang menutupi wajahku. Dia pandang aku bersama senyuman nakal di bibir. Nak apa juga dia ni? Aku bingkas bangun menyandarkan tubuh di bingkai katil.

“Kenapa?” Malas nak layan. Aku ikutkan saja rentakknya yang sudah duduk di katil.

“Nak balik. Ada hal kejap lagi..”

“Okeh..”

“Marah ek?” Aku geleng. Bukannya marah mana pun. Aku tatap wajahnya yang nampak tak ceria.

“I’m sorry..”

Hangat kucupan yang ditinggalkan di dahiku. Lembut segala hati yang beku, cair segala perasaan bila mata 
menatap wajahnya lama.

“It’s okeh. Aku sepatutnya mintak maaf.” Sekali lagi dahiku dalam kucupannya. Kejap lagi kalau tergolek jatuh memang tak tahulah aku.

“Aku balik dulu..” Dia bangkit namun segera aku lelar pergelangan tangannya.

“Hurm?” Dia bertanya lembut. Ada kerutan di dahi itu. Alahai, ni part yang paling susah. Lambat-lambat aku hulurkan tangan.

“Nak salam..”

Aidi tersenyum senang dan bila aku kucup jemari itu, tangannya naik membelai lembut rambutku. Macam nak nangislah pula. Bukannya aku tak tahu sikapku padanya. Kasar sangat, meski aku tak memaksudkannya. Saja nak bergurau, tapi mungkin agak kasar.

“Please take care of yourself.”

Jemariku dilepaskan perlahan. Dia kembali melangkah, dan bila sampai dimuka pintu dia kembali berpaling. Flying kiss sebijik dan kenyitan mata sekali khas untukku sebelum pintu itu ditutup olehnya. Kalau begini selalu memanglah tak jauh jadinya. Masa datang bukan main lagi mengusik, tapi bila dah nak balik Aidi jadi seromantik tadi. Tak lama lagi masaklah aku kalau dah pandai rindu-rinduan pula.

******************************************
Ke mana pula dia ni menghilang. Dah seminggu tak datang jumpa aku pun. Tahulah dalam pantang, tapi contact hanphone boleh apa. Dapat dengar suara kejap pun jadilah. Semenjak hari tu dia tak muncul-muncul lagi. Bengang juga bila tiap-tiap hari tak keruan menunggu dia datang melawat, tapi sudahnya dia tak muncul-muncul. Dahlah hati ni bengkak semacam, rasa ada yang tak settle kat dalam. Serasa tak mampu simpan lama-lama. Badan yang mengiring ke kanan aku alihkan pulak sebelah kiri.

Begitulah sejak dua jam lalu. Nak lelap, tapi mata enggan. Tangan yang masih melekat dengan handphone aku usap perlahan. Jenuhnya nak pegang sejak tadi. Manalah tahu dia telefon senang jugalah hati aku ni. Ker sebenarnya dia merajuk? Tapi takde pulak dia bagi tanda-tanda. Nampak happy aje minggu lepas. Nak masuk dua minggu menanti aku dah dapat rasa perubahan dalam diri aku.

Badan makin susut, bila makan pun makin berkurangan. Hilang selera semenjak dia M.I.A. Nak tanya Ummi seganlah pulak. Tanya kat Abah lagilah aku tak berani. Agaknya sebab kurang tenaga aku pengsan depan bilik air. Nasiblah Ummi masuk ke bilik bila aku tak turun ke bawah pagi tu sarapan. Entah dah berapa lama agaknya aku terlena. Bila buka mata aja, terasa gengaman erat pada jemariku.

Aku kenal pautan erat itu milik siapa. Aidi! Perlahan aku kalih pandang pada susuk tubuh yang terbaring disebelahku. Cahaya yang samar-samar dalam bilik membuatkan aku boleh nampak jelas wajah itu. Tak sedar sebelah lagi tanganku sudah naik mengusap pipinya. Serasa tenang jiwa saat ini. Dengan dia yang ada depan mata setelah lama tak jumpa. Aku tahu aku rindu pada mamat ni. Semakin ringan tanganku mengelus wajahnya,sesekali usapan terhenti bila aku tatap dia lama.

Dari kening sampailah ke bibir merah miliknya. Aku memang suka sangat tengok bibir dia, nampak sangat seksi. Janganlah ada perempuan lain berperasaan macam aku. Kalau tak memang makan hatilah. Perlahan jari telunjukku sudah menari-nari di kelopak bibir sensual itu. Aku tatap lagi sepasang matanya yang tertutup. Aku memang tengah mood angin sepoi-sepoi sebab tulah ringan bibirku singgah pada birai mata Aidi.

Janganlah mamat ni sedar pulak. Free je kena balik. Bukannya aku tak kenal sikap dia ni. Tapi nyata sekali tidak memihak padaku bila wajah itu sudah tersenyum saat aku menamatkan kucupan. Matanya masih tertutup meski bibir itu sudah menguntum senyuman indah. Alamak! Sedar ke tak mamat ni? Sebelum dia betul -betul terjaga ada baiknya aku tutup mata kembali.

“Tak sedar lagi? Aku mimpilah kot..”

Aku dengar meski dia berbisiknya perlahan. Aku kakukan tubuh, rasa nak gelak tapi kena tahan. Berlakon biar sampai berjaya. Namun ketenangan wajahku mula bergolak bila tangan Aidi dah naik mengusap pipi. Ibarat di ulang kembali perlakuanku padanya tadi. Bila dia kucup mata aku masih boleh bertahan lagi, tapi bila desah nafanya benar-benar dekat di pipiku aku segera buka mata. Argg!

Tak sempat nak buat apa bila dia dah teruskan misinya. Tulah, kan dah kena sebijik. Aku keluh, tapi nasib baiklah bila dia nak ulang balik aku sempat tutup mulut. Dia tergelak meski nampak wajah kecewanya. Aii Ummi, kenapalah bagi mamat ni masuk bilik aku. Tak takut jadi apa-apa sebelum majlis kami ke?
Sekali lagi dia mahu menciumku. Kali ini aku biarkan saja sebab kat dahi. Aku sendiri tak terkata apa bila tangannya sudah melingkari tubuhku. Selesa dan bahagia.

“I’m sorry..”

Dan aku faham apa maksudnya. Air mata gugur tak reti nak stop. Ah, lecehnya! Ni yang tak suka bila dah pandai rindu-rinduan. Dah ada depan mata pun bukannya hilang rasa rindu tu, malah makin kuat dan berbunga-bunga pula. Tak mampu aku kawal reaksi tubuhku bila tanganku juga sama melingkari pinggangnya. Dalam senduku dia mula bercerita. Patut tak muncul seminggu lebih ni. Dia ada emergency case kat site. Dah tu kena pulak kawasan pedalaman. Takde coverage segala. Tapi kenapalah dia tak kasik tahu sebelum bertolak.

“Tak sempat Yang. Masa tu tengah kalut sangat..”  Yang?Sayang ek?

“Iyelah tu..”

“Betul Yang. Dah masuk kawasan tu baru nak call beritahu tup-tup dah takde coverage. Nak buat macam mana lagi. Pendam ajelah rindu..”

Bahagianya aku rasakan. Terasa ringan aje kepala yang berat sejak kebelakangan ini. Lantas aku rapatkan wajah ke dada bidang itu. Tenang dan selesa begitu, lebih-lebih lagi bila Aidi eratkan lagi rangkulannya.

“I miss you..”  

Mulut memang dah lancar habis. Agaknya kalau nak keluarkan ayat romeo pun dah boleh kut.

“I tahu sayang, and of course I miss you too..”

Air mata dah rasa gugur. Memang tak tahan nak nangis. Terusik sungguh hati wanitaku lebih-lebih lagi mengenangkan sikapku padanya. Layan dia gila-gila macam dulu-dulu.

“Shh..Janganlah nangis.”

Aku mendongak memandang dia. Wajah yang dah lembab berair mata dia sapu lembut. Dia tersenyum menatap aku.

“Maaf. Selama ni aku kasar sangat..”

Aidi tersenyum manis. Kepalaku diusapnya lagi sambil mengeratkan pelukan.

“It’s okeh. Aku tak ambik hati..”

Aidi tarik nafas berat. Rasa dah lain macam bunyi hembusan nafasnya. Degupan jantung yang aku boleh dengar pun memang dah tak normal. Dalam keadaan macam ni anything boleh jadi. Dengan keadaan kami yang halal ni tak tahulah apa akan berlaku.  Aku okeh aje lagi ni, tapi kalau Aidi err..

“I love you, aku cinta kau Nur Ufairah..”

Kejap lagi siaplah aku oleh Aidi bila bertalu-talu kucupan mendarat di wajahku. Belaiannya memang mengasyikkan. Hah, nampaknya terlucutlah status kahwin gantung kami ni. Ummi, sorry! Ah, jauhnya aku melayan otak kuning berkarat. Padahal setakat kissing tu ajelah Aidi buat. Lepas tu kami tidur lena kembali sampai ke pagi. Itu ajelah!

Otak aku ajelah yang merewang dah sampai overseas. Rasa nak gelak bila dah dengar dengkuran halus suami aku ini. Ah, jauh benar aku berangan. Sudahnya aku tersenyum sambil sembunyikan wajah pada dadanya. Kalaulah dia tahu...

Aku juga cintakan kau Ulil Aidi. Selagi mana Allah mengizinkannya. Semoga hati kita bertaut selamanya, sebagaimana bertautnya hati-hati yang berbahagia atas cinta yang berlandaskan kasihNya.

T.A.M.A.T ~

8.03 pm 9/10/2012

Owl :)

No comments:

Post a Comment