Saturday 10 November 2012

Cintaku yang Pertama



“Sayang, takpe biar abang..”

Tangisan baby di sisi katil membuatkan kami terjaga sama. Bukan mudah menguruskan si kecil. Tambahan lagi dengan keadaan kami yang baru mahu belajar menguruskan rumatangga. Saling bertolak ansur perkara paling utama sekarang.

Aku bahagia bersamanya. Sungguh untuk membina kepercayaan terhadap seseorang perlukan kekuatan yang tinggi. Dia yang masih mendodoikan si kecil Farish tersenyum memandangku. Aku tahu dia juga letih seharian bekerja. Tapi segalanya dia tolak ke tepi. Itu sudah cukup membuatkan aku terlalu menghargainya. Dia kembali ke katil bila buah hati kecilnya itu sudah lena kembali. Begitulah Farish, dia tidaklah sukar untuk dijaga.

“Thanks Abang..”

“Anything for you dear..”

Kucupan di dahi cukup untuk memekarkan lagi cinta ini. Dakapannya menambahkan bahagia di hati. Lengkap hidup ditemani dia dan juga permata hati kami. Muhammad Farish Adha.

“Sayang. Thanks..”

Aku pandang raut wajahnya dalam kelam cahaya. Bibir itu tersenyum padaku. Aku rapatkan lagi tubuh. Ingin dimanja seperti selalu.

“I love you..”

Wajahnya aku usap lembut. Tatapan mata  si suami nyata mengusik kalbu. Itulah dia buah hati pengarang jantungku. Dia putera utusan Allah buat diriku dan anak-anak kami. Aku pandang dia lama sebelum bibirku singgah ke dahinya.

“Cinta Umai tak dapat nak dibuktikan denga apa pun bang. Hanya Allah sebagai saksi yang tahu betapa hebatnya cinta buat abang.”

Spontan Zaid memelukku seeratnya. Aku tahu titisan yang mengalir di dahiku itu apa ertinya. Aku juga tahu apa makna kucupannya di ubun-ubunku. Dan aku turut memeluknya erat.

“Sayang..” Kedengaran esakkan kecil darinya.

“Meski berjuta kali abang minta maaf, namun abang akan terus meminta maaf atas kesilapan abang suatu masa dulu. Abang sangat cintakan sayang. Sentiasalah bersama abang dalam suka duka.. “

“Selamanya Umai tetap milik abang. Hanya DIA yang akan memisahkan kita. Yakinlah pada aturan Allah..”

****************
Jangankan mahu berbicara sekalipun untuk memandang, aku sudah tidak mampu.  Bukan kebencian yang menjadi punca tapi rasa kecewa itu masih menguasai. Hati wanita mana yang mampu berlagak seperti tiada apa yang berlaku sedangkan hakikatnya dialah insan yang ditinggalkan tanpa ada alasan yang munasabah. 
Aku mengongkong kehidupannya. Okeh, fine!

Itu alasan yang paling tidak mampu diterima akal sebenarnya. Tapi apakan daya jika kasih dia sudah lenyap terhadapku. Buat apa ditagih lagi perasaan yang sudah dibuang jauh? Hanya mengundang malu dan sakit yang kritikal. Lalu aku terima dengan penuh terluka. Tangisan mengiringi lena, bangun pagiku ditemani sendu.

Terlalu sukar memujuk hati yang nyata masih utuh menyintai dia. Dia insan pertama yang aku cintai. Sangkaku pengakhiran cinta ini bakal membahagiakan, namun tidak pernah aku duga begini takdirnya. Ya, kita hanya mampu merancang tapi Yang berkehendak telah mengatur segalanya. Inilah takdir hidupku. Walau apa pun kehidupan perlu diteruskan. Mungkin kehadirannya memberikan aku sedikit pengalaman menghadapi situasi seperti ini. Dan sungguh aku sudah tidak pernah mahu menghadapinya dimasa mendatang. Cukuplah untuk sekali ini sahaja. Aku serik!

“Hai!”

Hanya itu yang aku sempat ucapkan. Senyum dan angkat tangan. Serasa tidak terkeluar suaraku. Pertemuan di bahu jalan sungguh tidak pernah aku duga. Nampak sangat dia terkejut dengan sapaan ringkas itu. Aku tahu langkahnya terhenti namun untuk menoleh kali kedua bukanlah aku. Cukup sekadar begitu. Perkara dulu biarlah sampai disitu sahaja.

Mungkin sudah lama dia kembali ke tanah air. Dia masih seperti dulu. Kacak dan menawan hatiku macam dulu juga. Haila hati, masih berpaut sayang rupanya aku pada dia. Meski sudah 5 tahun rasanya hubungan antara kami terputus. Bukan terputus sebenarnya tapi dialah yang memutuskan.

“Saya minta maaf. Kasih sayang saya dah takde untuk awak..”

Sungguhpun kata-katanya masih dalam nada yang lembut namun butiran ayat itu meruntuhkan segala bahagiaku. Tidakkah ia terlalu kejam bunyinya? Patutlah dia sering mengelak sejak dua menjak ini. Jangankan mahu menghubungiku, malah setiap panggilan dan mesej yang aku hantar semuannya dibiarkan sepi. Hati mana yang tidak walang. Tup-tup suatu pagi dia menelefon hanya untuk menyatakan kata putus.

“Kenapa awak? Apa salah saya?”

“Awak tak salah. Saya cuma nak fokus pada study. Saya mohon awak faham.”

“Tapi takkanlah sampai kena putus?”

“Tolonglah faham. Saya taknak rasa terkongkong.”

“Saya mengongkong awak ke selama ni?”

“Ya. Lupakanlah saya.”

Dan KLIK! Berderai air mata gugur membasahi pipi. Saat aku menyulam bahagia, saat cintaku menggunung buat dia saat itulah juga dia menamatkannya. Bertahun aku menanggung deritanya.

~Satu jam saja ku telah bisa cintai kamu di hatiku..
~Namun bagi melupakanmu butuh waktuku seumur hidup..

Ya! Aku perlu bertahun untuk melupakan dia. Mungkin juga sepanjang hidupku! Dan terbukti kini, biar tahun berganti tahun namun hatiku masih untuk dia. Jauh di sudut hati aku mengharapkan dia kembali. Tapi bila difikirkan semula, layakkah lagi dia menghuni hati ini sedangkan dialah punya angkara yang membuatkan segalanya berantakan.

Sepanjang 5 tahun itu, walaupun kami tidak pernah berhubung namun aku tetap mengikuti perkembangannya dari jauh. Hancur luluh hati bila dapat tahu dia punya kekasih baru. Nampak bahagia sungguh mereka. Dalam aku merisik khabar dia, tiba-tiba aku dikejutkan oleh kehadiran kekasihnya. Apa yang membuatkan aku hampir mahu menangis bila perempuan itu menghubungiku hanya untuk bagi amaran agar tidak menganggu hubungan mereka. Aku terkedu dan sangat terkedu. Apa tidaknya, jangan kan mahu bersua pandang hendak berhubung pun aku tidak pernah semenjak Zaid memutuskan hubungan kami. Malah  Zaid sendiri juga semakin membenci aku.

Tapi sesungguhnya, benda yang paling aku sedihkan bila wanita itu berjaya menghasut teman baikku sendiri. Hingga aku turut di benci. Sahabat sendiri membuang aku! Hati mana yang masih teguh bertahan? Patutla selama ini mereka tidak sudi untuk membalas sebarang sms atau panggilan jauh sekali mahu menghubungi ku. Rasa mahu berdepan dengan perempuan seperti itu tapi untuk apa? Buat apa bertindak seperti keanak-anakan. Aku sudah cukup dewasa, dan syukur kini sahabat-sahabatku suda kembali bersamaku. Dari merekala aku tahu cerita yang sebenarnya.

Aku tidak tahu setakat mana kebenaran yang di khabarkan. Sampaikan segala saudara Zaid ikut masuk campur. Teganya hati perempuan itu memburuk-burukkan aku pada keluarga lelaki yang paling aku cintai. Aku di maki, aku di perkata perosak hubungan orang. Ya Allah jika benarlah aku perosak hubungan, memang tidak selayaknya aku berdiri di bumi Allah ini. Sungguh hati aku lebur oleh api dendam seorang  yang bernama wanita. Ternyata selama ini mereka silap menilai aku. Ya sangat silap! Punahlah hati, punahlah sampai berkecai. Biar aku membawa diri yang luka dan hancur ini.

Tidak mahu dikuasai emosi aku pantas mengatur langkah ke kereta. Cukuplah sekadar bertegur begitu daripada langsung tak menyapa sedangkan bertemu mata. Sangkaku 5 tahun ini telah cukup membina tembok kekuatan, namun nyata aku silap bila aku kalah pada perasaan.  Mengapa aku yang perlu teresak-esak di dalam kereta? Inikah petanda bahawa perasaanku mekar kembali, atau sebenarnya tidak pernah berlalu pergi?

“Tok Tok!!”

Dia mengekori aku? Bulat mataku yang masih basah memandang dia yang betul-betul berada di luar kereta. 
Apa nak buat ni? Air mata ni? Dan baru aku mahu mencapai tisu. pintu kereta dibuka dari luar.

“Awak?”

Wajah itu? Mata itu. Ya semuanya aku rindui! Tatkala suaranya menyapa,air mataku semakin mengalir laju. 
Janganlah begini wahai air mataku. Aku hanya akan kelihatan lemah di pandangannya. Bertahanla.

“Are you okeh?”

Sungguh semakin mendalam rasa ini. Aku tak mampu nak kata apa bila air mata terus-terusan mengalir. Dia nampak semakin risau. Apa semua ini? Buat apa mengambil berat lagi soal diriku setelah aku dibuang bagaikan sampah. Biakan aku sendirian! Namun mengapa berat mulut mahu bersuara. Bersua pandang selepas 5 tahun ini betul-betul merampas ketenanganku.

“I’m okeh.”

“But, you lo..”

 “Sorry, I nak balik!”

Tiada lagi suara lembut seperti dulu. Yang ada hanya suara yang jelas tiada perasaan. Sungguh aku berusaha setenang yang mungkin. Dia berundur sedikit dan aku segera merapatkan pintu kereta lantas menguncinya. Secepat yang mungkin mahu berlalu pergi. Sedikit pun tidak aku menoleh padanya lagi.

Mengapa dia nak kisah pasal aku? Buat apa dikejarnya sampai ke kereta? Mana kekasih intan payung keluarganya itu. Tidakkah dia tahu semua itu membuatkan parut lama kembali berdarah. Dan kini aku tahu di mana nilai perasaan aku padanya.  Sekuat mana aku menafikan, dia tetap insan yang punya tempat  istimewa di hatiku. Aku masih punya perasaan pada dia. Bukannya hilang malah sebenarnya tak pernah berkurangan! Aku memandu terus ke rumah. Sekalipun aku masuk office mesti satu apa pun takkan jalan. Ada baiknya pulang sahaja memandangkan jam sudah ke pukul 3 setengah petang.

Pertemuan di bahu jalan tempoh ini aku ingatkan sekadar di situ sahaja. Namun panggilan darinya pada malam itu buat aku semakin keliru dengan dirinya. Apa lagi dia mahu ni?

“Awak. Kenapa tadi?”

Saat suaranya memberi salam tadi aku sudah kelu bicara. Masih segar di telingaku akan suara itu. Ya aku sangat mengenalinya walau tanpa dia perkenalkan diri. Dan aku kenal sungguh gerangan si pemanggil meski dengan nombor telefon yang baru. Mungkin dia masih simpan nombor telefonku. Jadi mudah untuknya menghubungi. Tidak takut kah dia jika kekasihnya dapat tahu dia menghubungiku. Aku tak suka dilabel sebagai perampas apatah lagi sebagai penghancur kebahagiaan orang.

“You nak apa ni? Sorry I busy!”

KLIK! Hati mahu terus berbual dengannya tapi akal menolak keras. Dan lidahku jugak fasih membahasakan I you, I you yang jelas menampakkan jurang yang ada meski membawa maksud yang sama. Otakku masih berserabut. Mana nak fikir perasaan aku sendiri, mana lagi nak fikir perangai dia yang semakin mendekati aku. Janganlah diseksa aku lagi, cukuplah yang dulu-dulu tu. Tidakkah dia kasihan pada aku yang menanggung pedih.

Seminggu selepas kejadian, aku dikejutkan lagi dengan kemunculan mamat tu kat office aku. Bukan sebab dia datang nak ajak lunch ke, or what so everla tapi dia muncul sebagai bos baru aku. Mana aku tahu company tu family dia punya. Dan mana aku nak letak muka? Takkan nak resign pula. Sangatlah tidak professional. Nak-nak sekarang memang susah gila nak cari kerja.

“Umai,bos baru minta kau masuk bilik dia.”

Atika yang muncul di muka pintu pantry menyapa. Sesaat aku bagai hilang focus. Aduhai! Ni part aku paling tak suka. Sudah berusaha mengelak dari dia. Namun saat nak balik ni sempat pula dia panggil. Semoga tiada siapa pernah tahu sejarah kami berdua.

‘Be professional Umaiyyah Najwa!’

Yakin melangkah ke biliknya. Namun terkaku saat mahu mengetuk pintu. Aku tak kuat nak berdepan. Saat nak berpatah semula, pintu terkuak dari dalam.

“Kenapa tak masuk?”

Dia pandang aku lama. Aku tunduk saja!

“Come..”

Mahu atau tak aku kena juga masuk. Dia kembali duduk di kerusi. Sorotan matanya mengarah aku agar duduk. Berat helaan nafas bila aku hanya menyepi.

“Hem,saya tak sangka. Terkejut jumpa awak kat sini. Saya harap kita dapat bekerjasama. Dan saya harap sangat awak tak...”

“Don’t worry. I’m professional!..”

Professional apanya kalau bos tak habis cakap kau dah potong? Sudahnya mata mamat ni tajam merenungku. Tapi kemudian dia tersenyum. Aku yang tadinya hanya cuak bertambah lemah. Tolonglah jangan lagi senyum macamtu!

“Okeh. So, takde apa lagi nak risaukan. Saya harap awak tegurlah mana yang awak rasa saya salah..”

Kebendanya nak tegur bos? Aku dahla kuli-kuli saja. Yang dia ni nak merendah diri kenapa? Membuak-buak rasa mahu menatap wajah itu. Sekadar mahu menebus rindu! Aku terus-terusan menatap wajah yang sedang ralit membelek iphone itu.

Kening itu berkerut-kerut. Comel dipandangan mataku. Jika dulu dialah insan yang paling gemar mengusikku dengan kening lebat itu namun kini segalanya berubah. Dulu mata itula yang sentiasa membuat aku gelabah bila dia merenung lembut namun sekarang, mata itu SEDANG menatap aku sama!Erk! Aduh,mengeletar kepala lutut bila terkena panahan matanya. Tulah siapa suruh curi-curi pandang!

“I keluar dululah kalau dah takde apa lagi Encik..”

Pantas saja aku menolak kerusi dan tergesa-gesa bangun. Sebenarnya nak cover muka yang dah hangat! Tapi sungguh malang bila heels yang aku pakai terpeleot membuatkan aku jatuh terduduk di lantai.

“Astagfirullah..”

Lelaki itu sudah pantas mendapatkan aku. Dan tanpa isyarat dia sudah mengendong aku ke sofa. Nak menghalang pun memang tak sempat semuanya berlaku terlalu pantas.Kasut itu ditanggalkan dari kakiku. Ni bukan heels pun. Ni kasut tumit ketot aja. Kenapa pula boleh jadi macam ni? Tak pernah-pernah aku terjatuh gara-gara kasut. Macam nak baling aja kasut ni dari tingkat 10. Sakitnya kaki memang tak tahan. 
Terseliuh la agaknya.

“Awak terseliuh ni..”

Dush! Sekali lagi mata kami saling bertatapan. Kali ini aku cuba menyelami sedalamnya hati lelaki ini tapi aku takut. Takut pada kenyataan yang aku hanya bermimpi di siang hari. Bila aku mahu bangun dia menghalang. Macam mana nak balik ni. Pasti staff lain dah balik. Dengan kaki aku macam ni confirm tak boleh drive! Nadia dahla balik awal tadi. Nak balik naik teksi?

“Jom saya hantar awak balik..”

“Eh! Tak..Tak apa. I okeh!”

Saya okeh? Kaki bagai nak tercabut kau cakap okeh. Buatnya mamat ni tinggalkan kau kat sini, tidur officelah kau jawabnya!

“Kaki awak terseliuh ni. Macammana nak drive?”

“Its okeh.Saya boleh!”

Angkuh. Orang hulurkan pertolongan kau tolak mentah-mentah!Mata Zaid tajam menatapku. Pasti aku cukup menguji kesabarannya.

“Boleh tak jangan degil!..”

Dia sudah mencempung kembali tubuhku selepas mencapai kunci keretanya. Saat aku meronta minta dilepaskan dia semakin eratkan rangkulan. Dan akhirnya aku pasrah bila kaki semakin sakit menyucuk. Buah tangis yang sudah mulai kedengaran membuatkan dia mempercepatkan langkah ke kereta.

“Shh. Tahan ye sayang..”

Sayang?Aku terpana. Kenapa mahu bahasakan aku begitu? Aku bukan sayang kau lagi Zaid! Kau dah buang aku jauh. Sakit pada kaki seperti tak wujud. Awak! Kenapa harus kita bertemu semula? Kenapa harus nak menyeksa perasaan saya kembali. Aku sendiri tidak tahu sebab tangisan ini. Kerana sakit di kaki atau sakit di hati sebenarnya. Yang aku tahu lelaki di sebelah ini kelihatan gusar bila berkali-kali menoleh ke arahku sedangkan dia sedang memandu. Sesekali tangan itu mengengam erat tanganku. Apalah daya aku mahu menolaknya sedangkan aku sendiri keliru dengan perasaan yang bersisa ini. Dan semasa di bilik rawatan Zaid langsung tidak sedikit pun berdiri jauh apatah lagi melepaskan gengaman tanganku.

**********
“Mai! Kau ke mana pula ni?”

Nadia housemate merangkap officemate aku tu sudah berdiri tegak di depan aku yang sedang mencari kunci kereta.

“Ofis..”

“Kan kau masih cuti. Dah jangan nak mengarut!”

“Haiya amoi! I sudah cukup sihat untuk bekerja.”

Handbag yang sudah dirampas oleh Nadia aku tarik kembali. Dah dua hari aku terkurung dalam rumah. Makan minum aku semua Nadia yang uruskan. Aku dah banyak kali menghalang, tapi dia tetap tak bagi aku 
bergerak. Sudahnya aku jadi tuan puteri.

“Kaki aku dah okehlah. Aku bosan kat rumah. Please..”

Nadia buat tidak tahu. Ini semua bos punya pasallah. Ada bagi cuti sampai seminggu. Doktor sendiri pun tak bagi lama tu.

“Nad. Kau tak kesian kat aku? Duduk kat rumah macam orang cacat..”
Muka tarik simpati namun Nadia hanya tersengih sambil mengeleng.

“Please.Please..”

Gadis di sebelahku ini kelihatan serba salah. Berkali-kali garu kepala yang rasanya memang takde kutu. Mesti tengah dilemma melihat wajahku yang nyata mengundang simpatinya. Aku gelak jahat dalam hati. Kejap lagi mesti aku bebas! Oh Yeah!

“Er..Tapi Encik Zaid dah arahkan aku supaya jaga kau. Dia ta..”

“Heh! Kenapa nama dia pula yang naik?”

“Bukan bos ke yang tak bagi kau masuk ofis lagi? So kau ikut ajela. Gatal nak pergi jugak tu kenapa?

Ele minah ni! Tak sporting langsunglah!

“Aku tak sukalah duk rumah macam ni. Keja aku kat ofis tu dah bertimbun..”

“Kalau kau nak pergi pun, kau nak naik apa? Kunci kereta kau bos dah amik!”

“What?!!”

“Adei. Sakitlah Nad!” Bahu yang sengal kena libas Nadia hanya mampu ku gosok mengurangkan pedih.

“Yang kau memekik macam orang gila tu kenapa?”

“Kenapa kunci kereta aku ada pada dia? Apa kes ni?”

Apa semua ini. Zaid! Apa kau buat ni. Aku cuma staff dia macam yang lain, jadi kenapa ada salah percaturan di sini! 

“Semalam dia minta. Dia cakap kau mesti akan curi-curi datang ofis..”

Heh! Suka hati akulah. Takpe, biar dia amik kunci tu, tapi aku masih boleh tumpang Nadia tak pun public transport kan banyak!

“Aku musykillah dengan korang berdua ni. Macam ada yang tak kena..”

Sudah! Apa pula Si Nadia ni dah selidik.  Janganlah dia buat kerja gila.

“Sekarang kita dalam kes aku-nak-ke-ofis! Bukan pasal bos..”

 Aku pandang dia lama. Cuba lari dari persoalan itu.Dia pandang aku lama. Masih musykil!

“Nad..”

“No. no and no!”

Macam tahu je amoi ni yang aku nak tumpang dia. Bencilah. Kenapa dia yang harus jadi tali barut Zaid? Tahulah dia bos! Tapi boleh tak berpada-pada sedikit.

“Takpe. Public transport kan banyak!”

“Ihhh minah ni! Kau tak faham bahasa ke apa hah? Cuti tu buatlah macam orang yang bercuti.”

“Masalahnya di sini, aku dipaksa bercuti sedangkan kerja aku banyak!”

Dia diam tapi tangannya pantas di atas handphone. Dan..

“Bos..”Handphone dihulurkan padaku. Aku teragak-agak menyambutnya.

“Okeh. Hem..Tapi..Okeh.”

Itu saja yang mampu aku jawab bila suara di sebelah sana serius dan tegas. Perlahan aku kembalikan 
handphone pada Nadia yang tersenyum menang.

“Aku cakap tak nak dengar. Kan dah kena sound!”

“Dah! Kau cepat lah pergi kerja sebelum aku mengamuk!

“Okeh. Dengan senang hatinya beta berlalu pergi. Take care! Jangan kau buat jenayah pulak..”

“Iya-iya!!”

Sebaik saja Nadia mengunci pintu aku mula bersarapan. Baju kurung ungu cair yang tersarung di badan aku pandang sepi. Hem, bosannya!
Apalah aku nak buat dalam rumah ni. Dahlah sesorang, kalau masih sakit takpela jugak ni dah sihat walafiat.  Zaid, kenapalah kau buat aku macam ini. Tidak kah lelaki itu tahu kalau dia berterusan melayan aku seperti ini pasti aku sendiri yang bakal sakit lagi. Pastinya akulah wanita yang akan terus mengimpikannya meski aku tahu di mana letaknya aku di mata dia.

Bunyi handphone yang bergetar atas meja betul-betul boleh mengancam nyawa. Dia! Nak apa lagi ni?

“Waalaikumussalam..Ya.”

Kenapa aku sentiasa tunduk bila lelaki ini memberi arahan. Adakah kerana hatiku ada padanya? Mungkin juga kerana aku sendiri merelakan diri ditawan si dia.  Kini 5 tahun berlalu bersama sejarah itu. Saat hatiku sudah hampir sembuh dia kembali . Tapi untuk apa? Bukankah itu sudah terlambat?

Dan tengahari itu aku sudah ada disebelah Zaid dalam kereta. Dalam perjalanan ke suatu tempat. Aku terlalu mudah menurut kata-katanya. Agaknya mahu mengajak aku makan tengahari. Hanya itu yang bermain difikiran.

“Kenapa datang sini?”

Ya. Kenapa harus mengajak aku datang ke tempat ini. Tempat yang penuh memori ini. Mungkinkah dia sengaja mahu aku mengimbas kembali kenangan-kenangan lama? Aku keluar dari perut kereta mula menapak ke arah pantai yang indah menawan. Tidak ramai yang berkunjung. Hari bekerja tambah pulak tengahari macamni.

“Ingat lagi tak tempat ni?”

Soalan bodoh! Mana mungin aku mampu melupakan. Sedangkan ayat-ayat perit yang pernah dia luahkan dulu pun segar dalam ingatanku inikan pula benda yang indah untuk dikenang. Aku pandang wajahnya yang sudah disisi. Kenapalah kau tega melukakan aku suatu masa dulu Zaid. Tak kurang rasa cinta aku dulu, tapi kecewa juga jadi penemanku.

“Maafkan saya awak..”

Untuk apa? Aku dambakan kata maaf ini 5 tahun yang lepas bukannya sekarang. Aku tahu dia kini menatapku lama. Tapi biarlah dia begitu. Aku mahu dia rasa bagaimana sakitnya aku suatu masa itu. Biar kami sama-sama merasainya. Baru dikatakan adil.

“Semua salah saya. Saya mohon sangat kemaafan awak..”

“Kenapa?”

Kalih ini aku mahu berdepan dengannya. Aku mahu tahu jawapannya meski persoalanku nampak tidak jelas pokok pangkalnya. Dia meraup wajahnya. Nampak wajah itu kusut. Merana kah dia seperti aku?

“Kenapa nak minta maaf. Lagipun bukan salah awak. Kan saya yang mengongkong hidup awak dulu. Lagipun awak dah bahagia dengan Ain..”

Sekali lagi dia meraup wajahnya. Kali ini ada helaan nafas kasar kedengaran. Perlahan-lahan dia memandangku kembali. Bertentangan begini buat aku kembali lemah. Ya Allah andai dia jodohku,tautkanlah hati kami kembali. Dalam aku menatap matanya, doa itu aku panjatkan. Ya andai kami berjodohan pasti hatinya milikku kembali.

“Saya yang silap memilih awak. Maafkan saya. Saya sedar hidup saya kosong tanpa awak. Saya tak boleh..”

Bukankah selama ini dia hidup juga. Malah semakin berjaya dan berseri. Inikah dia yang dinamakan tak boleh tanpa aku? Memang tak masuk akal. Lagi satu, mana pulak dicampaknya si Ain tu. 

“Berhenti mainkan perasaan saya!”

Terasa diri dipersendakan. Soal hati memang sangat pedih. Maka tolonglah jangan sesekali menyakiti. Tidak belas kah dia padaku yang mengunung rasa cinta padanya. Pandanglah aku Zaid. Pandanglah cintaku meski hanya sesaat.

Aku pantas melangkah ke belakang mahu menamatkan perbualan ini. Cukuplah. Namun tangan kasar itu cukup pantas melelar pergelangan tanganku. Aku kini kembali menatapnya.

“Umai. Please, listen to me..”

“Zaid cukuplah mainkan perasaan saya. Awak tak kasihan tengok saya menderita?”

Luluh hatiku. Paling tak best bila air mata pun minta puji nak keluar sama. Isk. Aku lap kasar. Masa ni juga nak jatuh. Tunggu kat rumahlah.

“Awak pun tak kasihan pada saya?”

Aku tatap mata dia lama. Melimpah ruah kasih ini. Melimpah ruah sayang ini. Bagaimanalah akan aku padamkan semua itu.

“Saya pun menderita awak. Terseksa rindukan awak setiap hari..”

“Enough! Saya benci pada penipu macam awak!”

“Tak awak. Saya maksudkannya..”

Dia sudah menyapu air mata di pipiku. Lembut usapannya buat aku kembali diusik bahagia.

“Tolonglah jangan tipu saya Zaid..”

“Tak. Umai, kembali pada saya ye?”

"Awak punya Ain sekarang Zaid.."

"Kami dah lama putus. Hanya bertahan 2 bulan.."

"Kenapa cari saya?Kita pun dah lama putus.."

"Saya hanya nak awak Umaiyyah!"

"Ain kan ada.."

"Tapi saya perlukan awak bukan dia!" Suaranya sudah tinggi. Kenapa perlu marah-marah?Sakitkan bila kena tolak? Sekarang biar dia rasa sendiri.

"Saya perlukan awak dalam hidup saya Umaiyyah Najwa. Hanya awak, bukan Ain bukan juga orang lain. Hanya awak.."

Mudahnya bila lelaki berkata-kata. Semuanya terlalu mudah bagi mereka. Apa mereka tak tahukah perasaan seorang wanita. Janganlah jadi sekejam ini. Air mata memang dah tak tertahan. Mencurah-curah bagai hujan. Dia tatap aku dengan pandangan lembutnya. Ya, aku nampak keikhlasan pada wajahnya.

“Kenapa baru sekarang? Kenapa tidak dulu masa saya juga perlukan awak..”

“Sebab masa inilah yang telah Allah takdirkan untuk kita kembali bertaut sayang. Umai, maafkan saya. Meski berjuta maaf, saya tetap akan meminta maaf. Semua salah saya. Saya yang buat Umai sakit.”

Erat gengaman tangannya. Boleh kah aku meyikini dia. Bolehkah aku sandarkan kembali sayang ini pada dia? Bolehkan aku sulamkan rindu serta cinta ini hanya untuk dia? Dan aku hanya ada satu jawapan. YA!

“Umai, kita sambung balik apa yang pernah terlerai ye? Izinkanlah saya sinari hidup awak macam dulu. Dan saya mohon awak jadilah bunga di hati saya..”

Aku tunduk. Nyata doaku tadi terlalu pantas dimakbulkan olehNya. Dia pemegang hati, mudah untuknya membalikkan segala perasaan. Ya Tuhan, inilah insan yang terlalu aku cintai.

“Pandang saya..”

Wajahku didongakkan memandang tepat padanya. Manisnya senyuman itu. Senyuman yang menjadi igau-igauanku dulu kini dan selamanya. Mata kami bertatapan. Rasa indah saja.

“Masih sayang saya kan?”

Aku mengangguk.

“Masih cintakan saya?”

Mengangguk.

“Rindu?”

Dan aku mengangguk lagi bagai terpukai pada tatapannya. Ya, meski aku terpukau namun itulah kata hatiku. 
Dia tersenyum lagi. Kali ini bersama bisikan halus dekat pada telingaku. Romantis dan mengaksikan.

“Jadi ratu hati saya, dan saya janjikan sesuatu untuk awak..”

“Apa dia?”

“Cinta saya,hati saya selamanya hanya milik awak. Insya Allah..”

Dan aku tersenyum senang. Mungkin lagi tepat andai aku katakan itu senyuman bahagia. Bahagia yang muncul selepas hadirnya kesuraman yang terlalu menyeksakan.

“So?”

“Hemmm? So?”

“Kita nikah?

Malu-malu aku mengangguk. Senang mendengarkan Zaid yang ketawa riang. Hadirlah bahagia. Semoga hati yang telah kembali bertaut ini akan sentiasa dirahmati dan semoga jodoh ini telah termaktub dalam janji Dia.

“Apa barang mengangguk sayang? Cakapla? Kalau nak nangguk juga tinggal aje kat sini..”

Hah? Bulat mataku memandang wajahnya yang tiba tiba bertukar masam. Apa hal pulak ni.

“Umaiiii.....”

Kembali sudah suaranya yang suka merenggek itu. Kembali sudah dia yang selalu minta dipujuk itu. Aku tak kisah, kerana semua tentangnya aku suka.

“Nak kata apa lagi?Kan dah angguk tadi..”

“Saya Umaiyyah Najwa setuju untuk menjadi isteri Encik Ahmad Zaid. Semoga dia sentiasa menyintai saya sampai bila-bila..”

Hah?Sekali lagi aku ternganga dengar permintaan darinya. Aduhai. Nampak gayanya kenalah juga aku buat pengakuan dekat sini memandangkan pada Zaid yang sudah menarik muncung berdepa-depa. Namun wajah itu tetap comel dan kacak pada pandangan mataku. Dia tetap dia, cinta hatikku. Dan lambat-lambat aku ucapkan jua apa yang dia mahu.

“Insya Allah,saya cintakan awak selagi mana Allah izinkan awak..”

Itulah jawapan dari Zaid selepas aku tuturkan ayat nya itu. Semakin mekar rasa kasih itu buat dia. Siapa sangka dia kembali mewarnai hidupku. Dan inilah dia jalan kepada rasa hatiku yang tak pernah mahu surut padanya. Inilah dia tandanya. Inilah dia pengakhirannya pada cintaku yang pertama. Semoga keluarganya menerima aku sebagaimana ikhlasnya Zaid menyintaiku.

“Insya Allah sayang. Tiada keyakinan yang berbelah pada janjiNya. Dan abang sangat bersyukur dikurniakan Umai sebagai isteri. Dikurniakan cinta pertama pada sayang abang ni..”

Semoga kelahiran Farish Adha ini membukakan lagi pintu-pintu rezeki kami. Pada dia si cintaku yang pertama aku hadiahkan sebuah kucupan kasih agar dirinya sentiasa merasakan kasih ku yang melimpah ruah padanya.

T.A.M.A.T






No comments:

Post a Comment