Monday 5 November 2012

Cop Mohor Isteriku


BUKK! 



Bukan kes berlanggar tapi kes kena tumbuk.  Si budak gangster inilah punya angkara. Aku dirembatnya macam aku ni ayam! Kalaulah tidak difikirkan dia seorang gadis sudah lama aku lempar dalam longkang. Paling kurang pun balas balik tumbukan padu di perutku. Arg! Mana mungkin aku sedayus itu. Takkan mahu aku libas sama si gadis manis bertudung pink ini.

“Kau buat lagi sekali,  aku cabut biji mata kau keluar! Faham?!”

Aii, perempuan apa macam ni. Tak sesuai langsung dengan wajah manis itu. Muka comel memang tahap mengundang maut. Tapi perangai, lagi cukup menempah maut. Nak selamat baik jangan di usik si bunga berduri. Tapi tidak bagi aku. Buatlah sekejam mana pun aku tetap suka mengusiknya. Tak lut pun meski berjuta kali kena belasah. Takpe bagi peluang. Suatu masa nanti, giliran aku pula menyerang.

“Hey! Gaduh lagi?”

Hah! Datang penyelamat. Farish mengusap bahu adiknya perlahan. Marah benar wajah si gangster itu. Merah padam dengan matanya yang masih tajam menjeling ke arahku. Namun tetap manis meski wajah itu  garangnya sudah ke level  99.9%!

“Nayyin nilah, bengang gila dengan aku. Pasal apa tah..”

“Kau memang nak makan backhand aku kan?!”

Dia sudah mara menghampiri. Pantas saja tubuhnya dipaut oleh si abang. Erk, sungguhlah dia ni, macam singa betina! Aku sengih dengan nama itu. Kalau dia tahu memang wasalam lah aku jawabnya.

“Hah, Sengih! Aku lipat juga mamat ni karang. Geram betul! ”

Amboi. Bibir comel itu terherot ke sana ke mari. Apa yang dia berang sangat dengan aku. Aku tak buat hal rasanya hari ni. Habis aje kelas terakhir tadi terus nak balik. Pagi tadi ajelah nampak dia dari jauh. Tup-tup Nayyin dah datang menyerang saat aku nak masuk kereta
.
“Izz apa sebenarnya kau dah buat?”

Melihat adiknya sudah berlalu pergi, dia menghampiri aku. Badan disandarkan pada kereta. Kalau beginilah selalu memang aku masak ranumlah jawabnya. Tapi ni bukan kes selalu lagi tapi hari-hari! Hah, sah aku sebenarnya sudah hangus terbakar bukan lagi sekadar masak.

“Aila..Aku tak buat apa pun bro. Kau macam tak tahu angin kus-kus Nayyin.”

“Pasal aku tahulah aku tanya ni. Dia tu bukan jenis yang suka marah-marah pun. Melenting macam tadi lagilah. Tapi..”

“Tapi depan aku bukan main lagi kan. Kau pun nampak  selama ni. Dia buat aku ni macam patung. Sesuka hati nak naik tangan.”

“Dahtu yang kau diam kenapa?”

Aku nak berlalu cepat dari sini. Otak dah tepu. Saturated! Lantas mengatur langkah ke arah ruang pemandu.

“Bosanlah cerita ni bro. Jom pekena teh tarik lagi bagus!”

Pintu kereta dikuak. Farish memandang aku dengan gelengan. Sebenarnya aku malas nak panjangkan cerita. Dah benda ni memang macam tu, sedangkan senyum dari jauh pun dia dah melenting apatah lagi nak menatap dari jarak dekat. Tak pernahlah aku jumpa perempuan macam ni. Tapi yang ni jugak aku nak usik.

“Rish..”

Farish pandang aku yang sedang memandu. Ada kerutan di dahi itu.

“Aku tanya boleh?”

“Boleh..”

Dia meneruskan aktivitinya membelek-belek telepon. Aku tarik nafas dalam, kelajuan kereta aku kurangkan. Cuba mencari kekuatan. Tercabar ego oleh satu-satunya gadis. Nur Layyin Hj. Ahmad Taufik.

“Ai..Diam kenapa? Kau nak tanya apa sebenarnya?..”

Farish pandang aku pelik. Aku juga pandang dia tapi dengan pandangan yang kurang yakin. Semua pasal Nayyin lah ni. Kalaulah dia tak buat perangai dengan aku takdelah aku macam orang bodoh.

“Nayyin.”

“Kenapa dengan adik aku?”

“Aku..Aku..”

“Eh, jap! Kau buat apa dengan dia? Jangan kata kau buat benda tak baik..”

“Heh! Mulut macam habuk! Aku tak seteruk tulah..”

Faham sangat dengan Si Farish ni. Muka itu tersengih sumbang. Lepas tu garu kepala.

“Habis tu, apa dia. Dengan Nayyin yang overdose marah, otak aku automatik jadi abnormal..”

“Seteruk-teruk aku bro, belum terniat nak rosakkan anak orang. Nayyin lagilah..”

“Sori-sori. Aku bukan nak menuduh tadi, tapi kau tahulah kan. Nayyin tulah satu-satunya adik aku. Siapa nak cuit, berdepan dengan aku dulu..”

Pandangan tetap ke hadapan. Dah sampai. Kereta aku parkir berdepan kedai mamak tempat kami selalu lepak. Selesai membuat pesanan, telefon Farish berbunyi mematikan niatku untuk menyambung bicara.

“Along kat luar..Kenapa?” Diam.

“Okeh..” Diam.

“Lambat lagi kot. Cakap kat Ummi Along dengan Izz kat luar..” Diam. Kali ni lebih lama lelaki itu diam.

“Okeh..Waalaikumusalam.”  Telefon diletakkan atas meja. Kemudian dia pandang aku kembali.

“Nayyin. Dia bawa kereta aku balik..”

Aku mengangguk. Entahlah asal jumpa Farish, mesti topik Nayyin ne jelah jadi isu. Dahlah Si Nayyin tu angin semacam dengan aku. Kalaulah dia dapat tahu yang abangnya ni suka sangat ceritakan hal-hal dia di rumah pada aku mesti ICU la tempatnya aku nanti.

Aku tak pernah pun nak mengedik datang jumpa dia ke apa. Setakat curi-curi pandang dari jauh ajela. Itupun kalau kantoi dengan dia memang kena. Macam kes tadilah. Aku terpandang je kot. Lepas tu aku senyumlah kat dia. Mana aku tahu dia nak mengamuk macam orang tak betul tadi. Senyum je kot! Bukan kenyit mata ke apa.

Memang tak masuk akal. Lagi satu, pernah bulan lepas dia mengamuk macam tadi. Tu gara-gara aku pakai baju sama warna dengan dia. Ke benda? Macamlah aku tahu dia nak pakai baju apa nak ke kelas. Hanya kerana baju itu berwarna ungu, warna kegemarannya aku terpaksa menadah telinga. Bukan setakat itu, lebam rasanya lengan aku yang digigit. Apalah punya geram macam tu.

Tapi peliknya, aku bila ingat balik kejadian tu boleh gelak terguling sama macam Farish. Selama ni pun, tak pernah balas apa dia buat. Malah aku semakin hari semakin ingin melihat wajah marah itu sahaja. Seringkali juga aku tertanya-tanya, Nayyin ni mental ke?Kalau betul, aku pun samalah jugak pasal aku sendiri  layan perangai dia. Tetap bertahan meski dia buat aku macam penjenayah. Kalau nak kira cop kat badan aku ni, memang dah banyak. Semua Nayyin lah yang buat.

Aku bukanlah lelaki yang lemah tak berdaya melawan, tapi aku sendiri rela dia buat macam-macam. Sekadar senyum pada dia saja pun aku sudah dapat habuan di perut, apatah lagi mahu mengintai hatinya. Bagaimanalah hendak aku tawan hati itu?

“Bro!”

Aik, bila masa makanan ni dah sampai? Aku pandang Farish di hadapan. Wajah itu kelihatan berkerut-kerut.

“Kau kenapa?”

“Bukan aku yang kenapa. Kau tu. Aku  panggil banyak kali tapi kau macam dah sampai Pluto..”

Sahabatku itu gelak. Wajahnya persis Nayyin. Cuma Nayyin dalam versi lelaki. Ah, sudah. Nama budak tu juga naik menganggu otak ni. Takkan tengah berserabut pun masih boleh ingat dia.

“Kau nak tanya apa tadi?”

“Oh, pasal tu. Aku dah lupalah bro..”

“Come on lah kawan. Pasal Nayyin kan? Tanyalah..”

Aku garu kepala. Teh tarik dihadapan aku pandang lama. Kemudian barulah aku angkat muka memandang Farish.

“Kenapa adik kau benci sangat kat aku?”

Farish tersenyum. Malah makin lebar bila aku tarik muka.

“Aku bukan suruh senyum, aku tanya suruh kau jawap!”

Geramlah bila rasa lelaki ini seperti tidak memahami perasaanku. Sesekali ada masanya aku menjadi sangat sensitive. Siapalah tak kecil hati dilayan macam tu. Sepertinya aku pernah buat salah besar pula pada Nayyin.Tapi kalau nak mengharapkan si brutal tu pujuk, alamat sampai ke tua lah aku bawa rajuk ini. Sudahnya aku pujuk diri sendiri kalau dah Si Farish ni pun sekaki dengan adiknya.

“Dia bukan macam tulah. Tapi dengan kau dia jadi pelik. Tu yang aku hairan. Tapi betul kan kau tak buat apa-apa?”

“Ada pula aku. Yang selalu sentuh tubuh aku ni, adik kau tu. Dahlah ganas gila, kalau sentuhan lembut  nikmatlah juga. Ni sentuhan maut.”

Sudahnya Farish ketawa kuat. Aii! Ni bukan sesi luahan perasaan tapi sesi mendera perasaan aku!

“Aku tak tahanlah bro kalau teringat insiden kau kena gigit Nayyin. Dah macam vampire pula adik aku tu..”

Tak lama aku pun sama tergelak. Memang patut pun kena gelak, gara-gara peristiwa tulah sampai sekarang aku taknak pakai baju warna ungu lagi. Bukan takut, tapi takkan nak biar Nayyin terus-terusan sentuh tubuh aku meski dia dalam keadaan marah. Bukan muhrim tetap berdosa bila bersentuhan kulit.

“Aku kena siasat ni. Nayyin tu bukan main manja kat rumah. Lemah lembut. Cuma depan kau ajela dia jadi ‘lelaki’..”

Si Abang dah pening. Aku lagilah pening. Mangsanya aku.  Yang sakitnya aku. Tapi yang terbuai-buai perasaannya juga aku. Cuma silapnya bila gadis itu Nayyin. Sekalipun aku mahu bersahabat, belum tentu dipandangnya. Sombong sungguh dia. Ada masa aku bagi pengajaran setimpal!

“Aku senyum kat dia pun jadi kes. Kau cuba bayangkan kalau masa tu aku tengah tersenyum kat orang lain tapi terpandang dia masa yang sama, takkan aku kena juga. Dahlah tangan Nayyin tu bisanya, aduhai, tak terkata aku..”

“Aku minta maaf pasal Nayyin. Pasti ada sesuatu sampai dia buat kau macamtu..”

“Kau masih syak aku?”

Dia jungkit kening. Namun keruh wajah itu jelas menunjukkan dia pandang serius masalah ini. Apa tak serius kalau dah makan berbulan Nayyin buat aku macamtu.

“Bukanlah macamtu. Kita tak tahu mungkin Nayyin yang ada masalah dengan kau. Takpe, nanti aku slow talk dengan dia..”

“Tak payah nak slow talk dengan dia tu. Karang aku juga yang kena. Kau tak ingat dulu..”

Ada dia cakap aku yang report kat Farish. Sudahnya aku jadi ‘sambal belacan’ dia hari tu. Huh! Belum masanya aku melawan balik.

“Ummi. Ya, biar Ummi yang selesaikan. Dia kalau Ummi yang cakap memang tak berkutik budak tu..Hah, tahulah aku nak buat macam mana..”

Patutlah kepala terangguk-angguk. Fikiran jauh melayang rupanya.

“Tapi, kau ada apa-apa perasaan ke dengan Nayyin?”

“Heh Mangkuk! Soalan maut kau bagi aku.”

Namun sebenarnya aku dilanda debar yang kuat. Mata Farish memandang aku tajam seolah-olah mengesyaki sesuatu. Aku kena berterus terang.

“Kalaulah boleh dah lama Nayyin aku tarik ke pejabat tok kadi. Sesuka hati dia usik aku. Aku memang dah tak suci!”

“Mulut memang habuk!” Tapi lama-lama dia gelak. Aku sama gelak.

“Kau tak cakap pun aku tahulah. Kau suka Nayyin kan?Cara kau layan dia aje aku dah boleh agak ..”

“Susahlah bro. Dalam hal ni, aku memang bersalah. Dalam Nayyin buat aku macamtu, aku tak sedar aku boleh tersuka pula kat dia.”

“Kau tahu sebab apa dia begitu?”

Lama mamat ni berdiam tadi. Kini dia bagi soalan lagi.

“Sebab?”

“Sebab Nayyin dah tahu kau suka kat dia kot. Jadi dia layan kau macamtu sebab taknak perasaan kau makin jauh kat dia. Aku rasalah..”

Eh, betulkah macamtu? Takkanlah kejam sangat.

“Tapi masalahnya makin dia buat macamtu, makinlah aku ni gila bayang. Kenapalah hati aku sangkut kat kepala batu macam Nayyin tu..”

“Angau overboard. Sebab tu bila Nayyin gigit, kau boleh gelak..”

“Tapikan benda tu lawak. Memang padanlah aku gelak..”

Gelak sudah semakin berbunga. Ada baiknya angkat kaki sebelum meledak kuat tawa kami.

“Kau hantar aku balik rumah. Dah masuk maghrib ni..”

Kami sama-sama menapak keluar menuju ke kereta. Sampai di rumah orang tua Farish, aku tidak dapat menolak bila mereka mengajak solat dan makan malam sama. Cumanya si gadis jelita itu yang herot san sini bibirnya. Mengutuk akulah tu.

Lagi buat budak tu geram bila dia tak mampu nak buat apa dihadapan keluarganya. Sampaikan taknak angkat muka sepanjang makan malam. Dan aku, bila Umminya beritahu Nayyin yang masak selera serta merta naik. Tambah nasi sama macam Farish.

Buat apa nak malu. Orang sudi je. Siap ajak datang lagi esok. Dan pastilah muncung budak tu makin bermeter-meter. Sepanjang aku di ruang tamu dengan Farish mungkin dia memerap ajelah kat atas tu. Sampai aku balik pun bayang dia tak nampak.

Tapi aku puas hati, masakkan dia memang tiptop. Kena sangatlah dengan selera aku.Tak sangkakan, ingatkan dia jenis yang allergik dapur. Rupanya, bukan setakat masak memasak dia terror, baking pun dia juara. Farish berjaya seludup keluar dua cupcake hasil tangan Nayyin dan bagi pada aku. Siap ada love-love lagi. Kembang kempis rasa hati. Tapi memang bakalan kempis bila dia tahu. Menginjak ke angka 10.30 malam baru Farish melepaskan aku balik ke Apartment. Pasti ada habuan untuk aku esok! Itu sangat pasti.

**********************************
Inilah hari terahir aku ada di university ni. Ayah mahu aku kendalikan syarikatnya. Siapa lagi bertanggungjawab mengalas amanah ini melainkan aku seorang. Aku anak tunggal jadi segalanya teralas di bahu aku sendirian. Ayah sudah tua, dia mahu berehat katanya.

Cukup setahun aku jadi pensyarah di Faculty of Architecture & Built Environment, mengajar budak-budak archi ilmu yang ada. Dan setahun inilah aku berdepan dengan Nayyin. Melayan karenahnya, amarahnya dan segala-galanya. Rasa berat hati pula. Kelak pasti susah untuk aku menatap apatah lagi menemuinya. Segalanya bagai mimpi bila aku sudah mula bertugas di sini suatu masa dulu. Ar, yang pasti semua gara-gaya budak tulah. Hanya sedikit barangan yang aku bawa pulang. Selepas meletakkan kotak kecil itu aku segera masuk ke kereta.

“Kau keluar!”

Hah! Sudah tiba masanya aku mula bertindak. Budak ni makin melampau pulak. Aku pandang sekeliling, nasib baik kawasan tu lenggang. Janganlah ada student-student aku yang nampak.

“Kenapa ni?”

Lembut bicara semoga dia lembut hati juga. Lambat-lambat aku keluar menghampiri dia. Sudah aku jangkakan perkara ini pasti berlaku. Dan kini masanya telah tiba.

“No. no. no! Tidak kali ni..”

Tangan yang sudah naik mahu melayangkan backhand pantas aku tangkap. Merah menyala wajahnya. Kenapalah perangai dia ni teruk sangat. Yang harunya, pada dia ni jugaklah aku terpaut sayang.

“Heh! Lepaslah!”

Kasar sekali rontaannya. Aku tak tunggu lama. Tubuh itu aku tarik masuk ke kereta dan segera berlalu pergi. Dia disebelah berulang kali cuba membuka pintu kereta.

“Kenapa?Nak lompat keluar?”

Wajah yang merah menyala itu semakin lawa dipandangan mataku. Bahu aku jadi mangsa Nayyin. Sekejap dipukul kuat, sekejap dicubit. Tapi aku terus bertahan. Cuma bila dia sudah mula mengigit akhirnya aku memberhentikan kereta di bahu jalan.

“Kau memang cari pasal kan?”

Bentaknya kuat. Budak ni kena ajar sikit bagaimana cara nak hormat orang. Tahulah aku bukan pensyarah dia, tapi tolonglah respect sedikit. Selama ini aku memang buat bodoh, tapi biarlah hari ini jadi sejarah.

“Heh! Kau buka pintu ni sebelum aku pecahkan!”

Makin kuat dia melengking bila aku pandang dia tenang. Agaklah kalau iyapun nak pecahkan pintu kereta. Aku tersenyum meleret melihatnya begitu.

“Aduh..”

Sakitnya dada ni kena tangan Nayyin. Dan bila sekali lagi dia mahu bertindak lagi aku pantas menangkap pergelangan tangannya. Aku lelar kuat tangan halus itu. Tak tahan melihat wajahnya yang sudah menyinga. Tapi hairan makin bergelodak pulak hati lelakiku.

“Boleh tak tolong respect aku sikit?”

“Kenapa aku nak hormatkan kau?!”

“Pasal aku ni lagi tua dari kau. Aku ni walau bukan lecturer kau, bukan bermakna kau boleh buat kurang ajar pada aku. Kalau kau tak boleh nak hormatkan aku, jangan pernah menyesal kalau aku sendiri tak boleh nak hormati kau!”

Hah! Aku jugak sudah dibelenggu amarah. Otak tidak mampu menapis lagi.

“Heh! Kau nak buat apa hah?”

Jerkahnya. Tercabar juga ego bila dia semakin hilang hormatnya padaku.

“Kau yang selalu sangat cabar ego aku kan!..”

Hilang sudah pertimbangan. Pantas saja aku melakukan benda luar kawalanku. Biar dia dapat pengajaran. Biar dia rasa!

“Kurang ajar!”

Bila tautan sudah terlepas tangannya melayang tepat ke mukaku. Apa-apa pun boleh jadi dengan kawasan yang cukup sunyi ini. Dengan keadaan aku yang sudah kurang stabil sekarang. Ada juga aku ngap Nayyin ni. Tahu nak cabar ego aku, sekarang tanggunglah!

Tidak cukup itu, pinggangnya aku rangkul lagi biar dia kuat menolak. Aku tak peduli lagi pada dia yang memberontak  mahu melepaskan diri. Apa yang aku mahu, aku rasa puas hati. Responsenya yang sudah agak lemah membuatkan aku hentikan perbuatan. Dia menangis. Bagai tak percaya. Aku telan liur yang kelat. Degup jantung bagai tak terkawal lagi. Naluri lelaki yang bergelodak bagai tak mahu surut. Dia sudah tidak meronta seperti tadi, yang ada cuma tangisan itu yang semakin menjadi-jadi.

“Sekarang baru kau tahu erti tewas?!”

Mana sudah hilang sifat dalam diriku. Tidak pernah aku melakukan perbuatan keji begini pada seorang wanita. Tapi aku lelaki yang telah tercabar egonya. Aku mahu dia tahu, diamku selama ini bukan bererti aku lemah. Sekarang biar dia rasa! Namun melihatkan dia yang menangis cukup untuk membuatkan kasihku kembali tersimpul. Sedar akan perbuatanku. Pantas tubuhnya aku dakap erat. Apa aku dah buat ni?!

“Maafkan aku. Aku tak sengaja..”

Erat. Aku tak mahu melepaskan dia. Biarlah hari ini dia tahu rahsia hatiku. Rahsia jiwaku yang tidak pernah tenteram sejak terpandang dia.

“Aku sayang kau Nayyin..Ak..Aku cinta..”

Tangisannya makin kuat.  Aku tak tahu nak buat apa lagi bila dia menjadi semakin dingin. Salah aku yang terlalu ikutkan hati. Sekarang tanggunglah kalau dia semakin membenci. Nampaknya aku bakal mati kerinduan lah selepas ini.

“Nak balik..”

Rasa bagai melayang tubuh bila pertama kali suaranya kedengaran lembut dipendengaranku. Bolehkah selamanya begini? Betul kata Farish dia memang anak manja.

“Okeh. Kita balik..”

Dan lepas itu sepatah pun tak keluar lagi dari bibir. Sesekali geram juga melihat tingkahnya. Tapi itu lebih baikkan dari dia mengamuk. Mengamuk tak ingat dunia, dengan aku yang jadi mangsa gigitan dia. Kalau dibuatnya kami terbabas lagi jadi kes besar. Aku nak nikah dengan siapa?

**********************
Sudah sebulan aku meninggalkan University, meninggalkan Nayyin. Rasa rindu sering bertandang. Nasib baiklah aku agak sibuk di pejabat, jadi tidaklah terlalu melemahkan jiwa dan raga bila rindu tidak terubat. Dah berapa kali Farish ajak datang rumah namun aku rasa tak mampu melangkah ke sana lagi. Nayyin, I’m sorry.

Farish macam tahu-tahu aje aku rindu kat adik dia. Asal jumpa, dia senang hati update kat aku pasal Nayyin. Okeh jugak, bolehlah mengurangkan sedikit rindu. Sungguhlah, sejak dua menjak ini aku jadi mat bunga. Tak lama lagi Nayyin dah tamat study. Apalah agaknya takdir hidup kami berdua. Akankah bahagia? Dan kepalaku mula merencana agenda terbesar dalam hidup. Ya, dia mesti menjadi milikku walau dengan apa cara sekalipun.

Apa yang Farish ceritakan padaku buat aku rasa di awangan. Iyalah siapa nak percaya kalau dikhabarkan keadaan Nayyin semenjak aku tiada dihadapannya seperti dulu. Aku sendiri tidak percaya. Iyalah tiada langsung tanda-tanda suka yang ditunjukkan oleh gadis itu terhadapku sejak dulu kala. Inikan pula mahu membenih rasa yang satu itu. Farish berulang kali menyakinkan yang adiknya itu punya rasa seperti mana yang aku rasakan. Dan aku semakin pasti bila ayah dan ummi gadis itu sama memberi keyakinan.

Dengan bantuan Farish, ayah dan umminya menerima lamarankku dengan senang hati. Siapa lagi kalau bukan Nayyin si bunga di taman larangan yang aku sunting menjadi ratu hatiku. Cumanya, ikhlaskah dia menerima aku nanti. Walaupun Nayyin bersetuju, walau tahu getar hatinya aku tetap diburu rasa tak menentu. Kerananya aku musykil, takkan semudah itu dia menerimanya dan semudah itukah rasa hatinya bertukar terhadapku. Lambat-lambat aku menapak ke arah bilik si ratu hati. Salam dihulurkan sambil kaki mula melangkah masuk.

“Kenapa kau buat aku macam ni?”

Belum pun sempat aku rapatkan pintu bilik Nayyin sudah menyoal. Suaranya agak tenang, namun aku tahu perihal hatinya. Lihat saja pada wajah sembab itu, sudah mampu aku tebak apa yang bergelodak dalam hatinya. Kalau dulu suara itu bak halilintar, namun sekarang bagai merayu minta penjelasan. Mana aku nak cari jawapan sedangkan aku juga sama macam dia. Dalam yakin aku jadi tak pasti. Bukankah Farish katakan dia punya rasa seperti aku? Tapi mengapa dipersoalkan lagi status kami kini?

“Saya cintakan awak..”

“ Bukan itu mak...” Aku mahu dia dengar penjelasan bukan membiarkan aku dengan persoalan.

“Hanya itu sebab saya berada di hadapan awak ni. Bukan untuk hari esok, lusa mahupun tulat. Tapi untuk selamanya selagi mana Allah berikan rezeki untuk saya disamping awak. Izinkanlah saya bertakhta di hati awak Nayyin, kalau bukan selamanya pun berilah saya sedikit peluang untuk merasai cinta awak..”

Ini kali kedua dalam hidupku sepanjang mengenali dia, aku melihat Nayyin menitiskan air mata. Teresak-esak tangisnya sampaikan aku sudah tak sanggup nak dengar. Sayu meruntun hati. Bagaimana caranya untuk buat dia kembali seperti dulu. Aku rela menghadap dia yang berangin berbanding dengan keadaannya sekarang. Terasa pedih turut menikam ke hulu hati melihatkan dia yang sudah terkulai di permaidani. Melihatkan Nayyin sudah lena, perlahan-lahan aku menghampiri dia. Tubuh kecil itu aku pindahkan ke katil. Bukan di sini tempat beradumu, sayang. Tapi di sisiku, walau di mana jua sekalipun kau menolak kehadiran ini.

Tubuh ini rela menjadi alas andai kau jatuh ke bawah. Malah aku juga rela kau berpaut  jika angin kuat melanda. Itu kasihku, serta sayang dan cintaku yang telah terserah padamu bukan untuk disakiti tapi untuk dikasihi kembali. Melihat wajahnya yang sembab aku semakin diburu rasa bersalah. Laju saja bibir ini singgah pada dahi itu. Nasiblah dia sedang tidur, kalau tak mahu makan penampar aku malam ini. Dan tanpa teragak-agak aku rebahkan badan di sebelahnya, lalu tubuh itu aku raih lembut dalam dakapan kasihku. Tidurlah permaisuri hatiku, hapuskanlah kesedihan itu. Aku menanti untuk menghulurkan kasih cinta buatmu. Dengan dia disisiku, aku lena berserta doa semoga hati kami bersatu. Kalaupun bukan sampai ke akhir hayat cukuplah untuk sesaat cuma.

“Awak..”

Eh, suara bidadari mana pulak ni? Lambat-lambat aku buka mata. Bagai nak tercabut kepala bila mata bertentangan dengan Nayyin. Janganlah dia mengamuk. Tapi suara dia lembut. Melembutkan hatiku yang mula disapa getar. Manis sungguh senyuman itu.

“Bangunlah. Kejap lagi subuh nak masuk..”

Lembutnya suara dia. Entah-entah aku bermimpi ni. Pantas aku rapatkan kembali kelopak mata. Kalau mimpi, aku taknak tersedar sampai bila-bila. Biarlah macam ini selamanya. Aku lebih bahagia.

“Muhammad Izz Hayyan, suami saya silalah bangun..”

Lagi sekali suara itu menyeru. Kali ini ada usapan lembut di pipiku. Spontan aku buka mata lagi. Tepat pada anak matanya yang cantik. Betul kah semua ini? Usapan di pipi semakin lembut buat aku rasa tak mampu nak bernafas dengan sempurna. Lantas tubuh itu aku dakap lagi erat. Nayyin tersenyum memandangku yang masih belum sedar sepenuhnya.

“Saya tak mimpi?”

Nayyin gelak halus. Bahagianya dengar pagi-pagi buta ni. Tiba-tiba dia picit hidungku kuat membuatkan aku menyeringai kesakitan. Dan sedarlah aku kini semuanya bukan mimpi. Tapi kenapa dia lain? Sungguh manja dan lemah lembut buat aku jatuh cinta berkali-kali.

“Dah. Jom bangun. Kita solat..”

Dia meleraikan pautanku. Dan paling tak disangka bila pertama kalinya Nayyin mengucup pipiku. Meski sekejap cuma, namun itu sudah cukup membuai rasa hati. Aku hanya memandang dia yang sudah masuk ke bilik air. Okeh, semoga dia tak berubah selepas keluar dari sana nanti. Terasa gementar pulak, manalah tahukan kalau Nayyin sebenarnya tengah mengigau ke apa tadi. Sangat berbeza perangai dia sebelum ni. Aii isteriku, kaulah satu-satunya yang boleh buat aku nanar macam ni.

****************************************************************

“Sayang..”

“Hem?..”

Dia kalih padaku sambil tersenyum manis. Tergolek juga aku di sini nanti. Pantas dia menghampiriku.

“Ngantuk. Jom tido..”

Aku tersengih saja melihatkan dia yang sudah mengangguk lalu mematikan suis lampu. Hanya lampu di sisi katil yang masih menyala. Dia menghampiri katil semula buat aku rasa tak keruan. Teringat peristiwa seusai solat subuh tadi. Selepas mengaminkan doa aku hulurkan tangan pada Nayyin. Dan dia menyambutnya lembut. Dahinya aku kucup penuh kasih. Tenang rasa di hati melihat senyuman itu. Langsung tak pernah terfikir akan kemesraan yang Nayyin ciptakan.

“Abang...”

Gulp! Rasa nak pecah jantung, bila degupannya terlalu kuat. Dia panggil aku abang? Ya Allah..Wajah yang terlalu hampir itu mendongak menatap wajahku. Aku senang begitu. Lambat-lambat senyumku terukir bahagia.

“Ye sayang?”

Bagai tak tersebut perkataan itu. Ya, untuk kali pertamanya kami berbahasa begitu. Indah kan? Kalau beginilah sejak dulu pasti kini kami sudah di ambang bahagia dengan adanya anak-anak yang comel-comel belaka. Sekali lagi aku rasa bagai nak pitam bila isteriku ini letakkan kepalanya di ribaku. Masih dalam keadaan bertelekung. Spontan tanganku naik mengusap kepalanya. Sekarang terbukti sudah sifat manja itu. Lama aku menanti kata-kata yang mahu di ucapkan Nayyin, tapi dia pulak sepi seribu bahasa.

“Laa...”

Bila aku tunduk memandangnya, dia ternyata sedang lena di pangkuanku. Aku garu kepala yang tidak gatal. Ngantuk sangat rupanya kekasih hatiku ini, sampaikan tak sempat nak buka telekung tu. Aku tersenyum lagi lantas tubuhnya aku angkat ke katil.

“Kata nak tido. Tu yang celik lagi kenapa?”

Erk! Jauhnya aku mengelamun. Aku pandang dia. Alahai!Tak faham ke sayang oi? Kalau dah suami ajak tido tu faham-faham ajelah. Ish dia ni. Erk, macam mana nak cakap ni. Kang dia jadi macam dulu, hah putih matalah aku.

“Erk, nak tidolah ni.”

Aku segera tutup kelopak mata walaupun tak rasa nak tido lagi. Fahamlah wahai isteriku akan niat ini. Baru nak mulakan langkah aku dah rasa pinggangku dipaut lembut. Dan siapa lagi kalau bukan Nayyin. Dia nak goda aku ke apa ni? Dahlah aku ni tengah tak boleh nak usik sikit. Tapi sentuhan Nayyin betul-betul buat aku sasau.

“I’m sorry..”

Bisiknya lembut. Aku balas pelukkannya. Tak perlu nak maafkan apa-apa sebab aku dah lama maafkan sejak akad nikah lagi.

“Its okeh sayang..”

Hah! Kejap lagi keluarlah aura mat bunga aku. Tunggu ajelah.

“And...I, er..I love you..”

Hah!! Rasa nak melompat dari atas katil. Erk, isteriku janganlah mengugat imanku sampai macam ni sekali. Namun sedikit demi sedikit rasa percaya itu mengalir sampaikan aku sendiri sama membalas rasa cintanya. Percaya ataupun tidak, dia sendiri mengaku menyintaiku sejak dari dulu lagi. Tapi dia menafikannya sekeras mungkin. Sebab tulah layanannya sangat teruk padaku suatu masa dulu.Siap boleh gigit segala. Dan katanya pada masa tu dia betul-betul marahkan dirinya yang tak pandai nak kawal perasaan sendiri. Terlalu mudah menyulam rasa. Dah tu pada lecturer pulak.

“Sampai nak senyum kat sayang pun tak boleh kan?”

Ya memang itulah hakikatnya.

“Sebab masa tu memang tak boleh nak tengok senyuman abang. Asal nampak mesti tak boleh lelap.Gelisah aje sampai ke pagi. Pasal tulah marah sangat bila abang senyum kat Nayyin..”

“Ye?”

“A’ah. Nayyin memang tak boleh nak tido. Dah tu esok-esok mesti tak focus kat kelas kalau dah ternampak abang..”

Aku tertawa halus. Rasa bahagia. Patutlah sampai macamtu dia buat aku. Macam tak logic. Tapi dasyat sungguh penangan aku pada dia rupanya. Ingatkan aku sorang ajelah yang sasau olehnya. Sekarang barulah dikatakan adil.

“Maafkan abang sebab pernah buat benda tak elok kat sayang dulu..”

“Tak baik taw abang. Masa tu Nayyin rasa macam nak terus terang aje kat abang perasaan Nayyin. Tapi selepas peristiwa tu abang dah taknak jumpa Nayyin lagi..”

“Ingat sayang marahkan abang..”

“Mestilah marah. Tapi Nayyin tak boleh tahan rindu kat abang. Jadi Nayyin senyap-senyap perhatikan abang dari jauh..”

“Kiranya abang ni memang dalam perhatian Nayyin lah selama ni?”

“Bukan..”

“Habis tu?”

“Abang sentiasa ada dalam hati Nayyin, sekalipun selalu marah-marah, pukul dan gig...erk..”

Mukanya yang sudah bertukar ke rona merah membuatkan moodku ingin mengusiknya.

“Gigit ek?”

Aku tertawa halus melihat dia yang menunduk. Oh, isteriku tingkahmu buat aku terpesona. Aku masih mahu mengusik. Kini aku rasa nikmat berbual dengannya.

“Waktu sayang gigit abang tu kiranya tengah geram lah ek? Tahulah Abang ni hot, tapi sabar-sabarlah..”

“Sayanggg!!!!!!!!!!”

Dia dah kembali jadi drakula! Memang cop mohor kali ni lagi teruk dari yang dulu. Dulu tak siapa nampak, tapi ni kat hidung memang sah semua gelak.

“Sebut lagi sekali, siap!”

Wah! Bini aku ni. Siap warning lagi. Janganlah kejam sangat Yang. Tadi bukan main lembut, bukan main romantic lagi. Tapi sekarang dah nak jadi gergasi. Segera pipi itu aku cubit manja. Kononnya nak balas dendam tapi lain pulak yang jadi bila Nayyin ‘naik angin’.  Tapi kali ni, dia nak ‘naik angin’ banyak kali pun tak apa. Aku suka!

“Patutlah suka sangat nak gigit abang. Se...arg, Yang sakitlah!”

Ni malam pengantin ke malam penderaan? Nayyin ni tak habis-habis.  Belum sempat aku habiskan ayat dia dah gigit balik hidung aku. Bukannya perlahan, tapi dia gigit penuh semangat. Hah! Takkan nak mengalah pulak. Masa dah tiba untuk balas dendam! Dan aku tergelak jahat dalam hati melihatkan Nayyin sudah berubah pucat bila aku membalas segala aksi ‘romantik’ nya tadi. Siaplah sayang!

*******************

“Hidung kau kenapa Izz?Takkan Nayyin buat pulak?”

Pertanyaan Farish buat aku dan Nayyin saling berpandangan. Takkan nak cakap Nayying yang buat gigitan cinta kat hidung kot? Sudahnya aku hanya tersengih bila mata bini kesayangan aku tu dah tunjuk aura siaplah-kalau-abang-ceritakan! ‘Abang tak cerita sayang’ mata hantar isyarat. Aku hanya mampu tersenyum bila penyatuan ini merubah kehidupan kami kepada yang lagi bahagia. Cumanya Nayyin tetap suka membuli aku dengan gigitan cop mohornya itu. Oh sayang, terima kasih kerana menyintaiku sama.

T.A.M.A.T :)







5 comments: