Wednesday 3 October 2012

1st L.O.V.E



Dari jauh lagi dah dengar bunyi gitar Eyad. Tahu sangatlah aku dengan mamat tu. Asal balik cuti, mesti melepak pagi ke malam di rumah Opah ni. Aku segera menghampiri tangga.

"Kau suka aku kan? Dah besar kita kahwin ek?" 

Aku yang tengah mencedok air dari tempayan untuk membasuh kaki pantas berpaling padanya. Kepala dia terhantuk kat dinding kut tadi?  Apa kejadahnya tanya soalan macamtu. Tapi tiba-tiba hati rasa berbunga-bunga. Gaya macam dalam hati ada rama-rama tengah bercinta. 

OMG!  Aku budak bawah umur, mana boleh cakap benda mengarut. Lama mataku tertancap pada batang tubuh itu. Sentiasa menarik penampilannya meski sekadar dalam seluar pendek separas lutut dan t-shirt putih.

"Ar?" 

Bukan tak dengar cuma aku pelik. Sudahlah tu berkau aku pulak. Aku baru sampai terus diserang dengan soalannya yang tak cukup matang. Dah tahu aku budak hingusan, boleh cakap hal orang dewasa tu kenapa? Dia yang sedang melepak di beranda rumah Opah bersama geng-gengnya merenungku lembut. Gitar ditangan serta merta diletak ke tepi.

"Yoo! Bahagianya aku kau setuju!"

OMG! Apakah aku tersebut 'a-ah' tadi? Rasanya T.I.D.A.K!  Mamat ni memang bengong. Sah,dah pekak! Muka aku ni dah merah menahan malu. Kalau iya pun nak melamar buat lah cara elok sikit. Tapi nak melamar apanya, aku masih budak. Baru masuk 15 tahun. Dia lainlah, dah 21 tahun padanlah gatal tak ingat!

"Erkk! Bila masa aku cak...." 

"Hah! Dah sampai pun. Meh cepat tolong Ayong.." 

Ayong, Kakak Eyad sudah menarik tanganku yang terpacak di tangga. Aku kerling pada mamat tu kiranya nak tanya ‘apa kes?’ namun apa yang aku dapat hanyalah kenyitan gatal lengkap sengihan miang keladinya!

“Dhiyah, nak ke mana?” Eleh mood baik hati dia dah datanglah tu. Semalam mengusik tak ingat dunia. Kau-aku lagi. Macamlah sebaya.

“Pekan..” Aku malas nak pandang dia lama-lama. Nanti datang pula mood membuli, aku juga yang kena.

“Pergi dengan siapa?” Pandangan matanya bersinar-sinar. Memukau!

“Sorang. Nak cari buku..” Janganlah kau cakap nak ikut pulak.Masaklah aku nanti.

“Jom Abang teman. Kejap Abang pinjam kereta Ayah..”

Sudah!Memang aku masak dengan ranum kejap lagi. Bukan boleh kira sangat dia ni, kalau dia cakap nak ikut itulah maksudnya. Layanannya padaku terkadang berlebihan membuatkan hati gadisku ini seakan ingin terus begitu.

“Eh, tak payahlah. Dhiyah boleh naik bas. Bukannya jauh pun.”

“Abang pun nak cari buku juga..Jom!”

Pandangan matanya lembut. Bicaranya juga lembut. Akhirnya aku mengangguk. Semalaman saja mamat ni bertukar mood. Tak pernah pula selama ini dia mengusik dengan mood begitu. Usikkannya itu berjaya membuatkan aku tak keruan. Sekejapan saja dada ini sudah pandai berdegup pantas. Terselit sesuatu yang indah, meski tak terjangkau dek akal apakah namanya. Yang aku tahu rasa itu indah dan membuai rasa. Betulkah dia nak kahwin dengan aku ni?

OMG! PMR..
...................................................................................

Imbauan kenangan lalu aku bersamanya mengamit rindu yang paling dalam. Rindu sangat! Tambahan pula kerja di tempat yang jauh berasingan menjarakkan lagi hubungan kami. Satu di kutub selatan satu lagi di kutub utara. Manalah nak bersua. Kalau balik kampung pun belum tentu terserempak. Entah mengapa sering kali tiada kesempatan mahu bertemu apatah lagi untuk berborak atau saling usik mengusik. 

Biasanya masa raya sahajalah, itupun bagai orang yang bisu. Masing-masing keluh. Bukan tidak pernah aku cuba untuk menghubunginya, tapi rasa segan yang teramat membataskan segala. Sikapnya yang turut tidak mengirim berita sama sekali mematahkan semangatku. Pedih rasa di hati bila fikirkan balik sikapku yang bagai perigi mencari timba.

Tapi bukankah dia pencetus rasa asing ini. Dia yang mengajar aku rasa ini. Ah, bencinya! Saat aku sudah layak menyulam rasa dia pulak menghilang tanpa berita.  Kenapa dulu sibuk nak tunjuk dia suka tapi bila aku dah besar dah matang dia pula buat-buat lupa? Hah! orang tak sudi, janganlah dipaksa-paksa.

Namun hatiku mahukan pertemuan sebagai pengubat rindu!  Semoga majlis pernikahan Kak Ngahnya ini akan menemukan kami semula walau hanya sekejap cuma. Mama lelaki itulah yang rajin sungguh mengkhabarkan kepulangan Eyad ke kampung pada hari jumaat pernikahan Kak Wani nanti. Semoga ada pertemuan antara kami. Itu doaku. Rasa bagai tak sabar menanti. Bagaimanalah keadaan dia sekarang.

Dan hari yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Aku yang sampai agak lewat dari jadual asal mengundang kerisauan Ibu. Majlis pernikahan yang telah lama tamat seusai sembahyang jumaat tadi bakal berganti dengan majlis khatam Al-Quran pagi esok. Kedengaran bunyi karaoke yang berkumandang pastinya dari rumah jiran sebelah yang terang benderang dan dipenuhi tetamu itu. 

Selesai mandi dan bersiap aku segera mendapatkan Ibu yang setia menanti. Kejap lagi mahu ke rumah sebelah membantu apa yang patut. Mesti banyak yang perlu dilakukan malam ini memandangkan semua kerja-kerja sepanjang majlis kami sekampung yang buat. ‘Apa yang penting kerjasama!’. Itu kata Pak Daud ketua tukang masak di kampung ini.

Aku membantu menyiapkan bunga telur untuk majlis berkhatam dan malam berinai. Agak banyak juga yang perlu disiapkan. Nasib baiklah ada karaoke yang sudi menghiburkan. Yang sudi menyumbangkan lagu, bermacam-macam ragam nyanyiannya. Semua sekadar menghiburkan sambil-sambil membuat kerja dan menghilangkan kantuk yang bertamu memandangkan malam sudah menginjak ke 10.23 malam. Aku sendiri terhibur dengan lagu-lagu yang didendangkan.

Namun saat sebuah lagu berkumandang aku segera mengalihkan pandangan ke arah khemah. Tertarik dengan lagu tersebut. Rasanya aku tak pernah dengar. Walaupun terlindung dibalik rimbunan manusia namun aku berusaha juga mahu tahu empunya suara dengan lirik yang sungguh mendayu itu meski dalam irama rock. Aku tenggelam menghayati liriknya.

Aku di alam resah rindu
Tanpa suaramu aku sayu
Riang tawa mu menghibur
Mempersona..

Kini aku terus menanti
Dipenghujung warna pelangi
Hadirlah engkau di hatiku
Kekasihku..

Sinar intan permata ingin ku damba
Belaian mesra manja agar terbina
Tidak siapa ingin kecewa
Semoga impian terlaksana..

Pergh!! Gila best punya suara. Siapa agaknya yang nyanyi sampai terusik kalbu ini. Rasa jantungku bergetar semacam! Orang kata kalau hati berdebar-debar itu tandanya dot dot dot. Mungkinkah aku jatuh cinta pada melodinya? Atau mungkin saja pada empunya suara? OMG!

Ungkapan sayang kuikhlas mewangi
Kuteduhkanmu dari panas cahaya
Termaktub ikatan yang suci 
Yang lahir dari zahirku ini..

Ulanglah banyak manapun aku rasa aku takkan bosan mendengar. Sungguh sudah terbuai-buai mendengarnya.

Akan ku tangkis segala gelora
Sebagai bukti tanda aku setia
Ku harap kau turut rasakan
Seperti mana aku...

Entah mengapa aku rasakan seolah-olah lagu ini dituju khas untukku. 'Akan ku tangkis segala gelora, sebagai bukti tanda aku setia..' aduhh mengusik rindu sungguh! Eyad..Sebaris nama itu terlucut dari bibir. Semoga tiada yang perasan. 

Ku renung jauh di jendela
Menanti bilakah masanya
Untuk kita hidup bersama
Selamanya…….

Ya. Bilakah agaknya?Eyad...

"Akak!!! Sudah-sudahlah berangan. Lagu dah habislah..Hehe.." 

"Oo mak kau!! " 

Tepukkan di paha kiri mengamitku ke alam realiti kembali. Erk, dah habis? Iyala, lagu lain sedang berdendang pulak. First, muka nampak bengang tapi tak lama bila gelak tawa mereka sudah meleret-leret. Merah jambu jadinya. Malunya dengan remaja-remaja ni. Namun aku hanya tersengih menutup malu. Siapalah yang nyanyi tadi tu sampai aku jadi tak betul begini? Berani sungguh mengusik ketenangan jiwa beta!

"Ila, tadi tu tajuk lagu apa ea?" 

Sebenarnya nak tanya 'Ila yang tadi tu siapa yang nyanyi?' tapi segan!

"Amboi,patutlah khusyuk semacam."

Farah kawan Ila masih dalam mood mengusik. Aku hanya menjelirkan lidah padanya yang mengekek ketawa semula.

"Lagu yang Abang Eyad nyanyi tadi tu ke? Ila tak tahu tajuk apa kak, tapi nanti Ila tanya kat abang ea.."

Eh, tadi tu Encik Ziyaad Lutfi ke yang nyanyi?  Patutlah hatiku disapa rindu. Sejak tadi aku belum lagi nampak batang hidungnya. Kenapalah aku tidak cam suara dia? Tapi kenapa tidak, kalau dah berkurun kot tak dengar suara tu. Mana nak cam? Masa ni jugaklah hati nak berkocak-kocak. Perut serasa ada rama-rama. Kalau macam ini semua kerja pasti tak jalan jawabnya.

‘Nak jumpa dia, aku rindu..'

Namun pengakuan berani mati itu hanya berlegar-legar di kotak hatiku. Mahu pengsan agaknya semua orang kat sini bila aku tiba-tiba menjerit macam tu. Takpun dikata meroyan tengah-tengah malam ni.

"Eh, tak payahlah tanya Ila. Nanti akak cek dengan Mr.google.." 

Aku mula menyambung kerja bersama lirik lagu tadi berlegar-legar di benak hati. Kononnya tengah tekun membuat kerja. Hah! Siapa tahu gejolak hatiku saat itu. Hanya Dia empunya hati yang tahu. Aku resah menanti saat untuk menatap wajahnya. Sabarlah duhai rindu. Pasti akan aku ubati resahmu itu walau dengan apa cara sekalipun.

Usai kerja di ruang tamu kami ke khemah memasak. Masih ada jiran-jiran yang duduk melepak sambil berbual kosong. Nampaknya tiada kerja yang mahu dibuat lagi. Akhirnya aku dan Ila hanya duduk di bawah khemah sambil mendengar mereka menyumbang dan men'sumbangkan' lagu. 

"Assalamualaikum. Boleh join?" 

Waalaikumussalam. Bila mata menangkap wajah yang member salam terasa tubuh longlai. Dia! Aku sendiri tidak mampu mengalihkan pandanganku dari memandangnya penuh kerinduan.  Eisss! Tidak keruan aku dibuatnya. Jantung rasa dup dap dengan laju.

"Abang! Duduk jelah.." 

"Ehem.." 

Ila ni kacau daunlah. Eyad mengalihkan pandangan pada adik bongsunya itu. Tersengih malu bila tertangkap menatap anak dara orang berlebih-lebih. Dan aku? Masih memandangnya yang sudah tersenyum manis. Qada' rindu!

"Bila sampai?"

Ar?? Dhiyah jangan ulangi kesilapan lalu. 

"Er. Maghrib tadi.." 

Asyik senyum dari tadi. Apakah aku bakal terkena sawan?  Dia pun sama tersenyum. Boleh gila aku macam ni. Apa tidaknya, makin aku menatap wajahnya makin aku diburu rindu. Macamtu memang sah angau.

"Abang, Kak, nak air tak? Ila nak pergi ambil ni?" 

Eyad memandangku yang hanya mengangguk. Pandangan kami sama menyoroti langkah Ila ke arah khemah memasak.

"Dhiyah apa khabar? Lama tak dengar berita?"

"Alhamdulillah sihat. Er, Ab..Eyad pun sama,ke mana lama menghilang ?" 

Serasa bibirku sudah tidak pandai memanggilnya abang. Dia tersenyum tanpa menjawab persoalan itu. Jawablah. jawablah. Please..

"Tak ke mana. Saja nak bagi Dhiyah rindu saya.."  Saya? See? Dia pun dah tak nak guna!

"Memang dah rindu pun.." 

Gumamku. Mana mungkin dia mendengar suaraku yang nyata tidak jelas itu. 

"Dhiyah cakap apa tadi?" Hah!! Kan dah cakap!

"Takde. Hem, Eyad lama ke cuti?" 

Pandanganku bertaut dengannya mengundang debar yang berirama rindu. Mana mungkin aku dapat menyembunyikan rasa kasih bila mata tidak mahu bekerjasama menyimpan lipatan rahsia hatiku. Dia sendiri yang mengajar aku menyulam rindu cinta ini dan seharusnya dialah yang akan bertanggungjawab ke atasnya. Entah dia dapat membaca atau tidak bisikan cinta dibalik pandangan itu.

"2 weeks. Dah lama tak bercuti rasanya. Dhiyah?." 

"Isnin ni balik.."  Sedihnya. Kalau aku tahu dia cuti lama kat kampung aku dah apply cuti lama sikit. Mungkin bukan jodoh. Pasti ada pertemuan yang lebih indah sekiranya Allah perkenankan.

"Awalnya balik. Mesti saya rindu lagi.." 

Apakah maksud disebalik kata-katanya itu? Hatiku seakan mahu menyulam bahagia. 

"Eleh! Selama ni takde pun rindu-rinduan.." 

Bergetaran hatiku saat melafazkan ayat itu. Jantung berdegup! Mesti boleh sakit jantung kalau macam ni selalu.

"Siapa cakap tak rindu?" 

Hanya mata kami bertaut lama cuba menyelami perasaan masing-masing. 

"Ehem! Main lawan mata?" 

"Sibuk!.." 

Dia segera mengambil air milo yang Ila bawa tadi. Minum sambil memandang ke arah jam tangannya. Aku pun turut mengikut perbuatannya tanpa aku sedari. Tepat 11.30 malam! Patutlah sudah tidak kedengaran lagi bunyi-bunyian dari khemah karaoke tadi. Jiran-jiran dan sedara-mara yang melepak di bawah khemah tadi pun sudah tinggal beberapa orang lagi. Hanya Ila yang banyak bercakap kali ini. Aku dan Eyad cuma berkomunikasi melalui lirikan mata. 

"Akak tidurlah kat sini malam ni..."

"Tak boleh Ila. Esok jelah ok?" 

Ila mengangguk dan tersenyum. Bagus Ila ni. Memahami. Bukannya tidak mahu bermalam di sini, tapi barang-barang aku belum berkemas. Lagipun jauh manalah jarak rumah kami.

"Kalau macam tu Ila masuk dulu lah. Ngantuk dah ni. Good Night.." 

Padanlah menguap tak ingat tadi. Aku mengangguk cuma.

"Ok. Good Night.." 

Ziyaad tersenyum memandangku lagi dan lagi. Aku lemas dalam lirikan matanya. Segan tapi nak!

"Saya balik dululah, Eyad.." 

Aku bangkit dari dudu. Bukan tidak mahu berlama-lama bersamanya tapi mataku mula diburu kantuk.

"Meh.Saya teman balik.."

"Eh takpelah. Rumah saya kan kat sebelah je." 

Tolakku lembut tidak mahu dia berkecil hati.

"Dah malam ni..Jom!" 

Aku malas mahu tawar menawar lagi bila suaranya sudah kedengaran tegas. Kami melangkah seiringan ke arah rumahku yang hanya terletak beberapa meter sahaja.

"Thanks..." 

Dia tersenyum. Manisnya senyuman itu. Boleh kena diabetis lah aku kalau macam ni. 

"Masuklah. Good night Dhiyah. Assalamualaikum." 

"Waalaikumussalam. Good night.." 

Aku pandang dia dan dia merenungku lembut. Bahagianya. Pasti malam ni aku tidur nyenyak bertemankan senyumannya. Aku melangkah masuk kerumah yang sudah lama gelap. Mesti Ibu dengan Abah dah tidur.

*************************

Mata yang tadi mahu terkatup ngantuk kini segar. Mana tidaknya kalau sejak tadi memikirkan hatiku yang ada kat rumah sebelah. Terlupa nak bawa balik. Pusing ke kanan, guling ke kiri. Aduhailah mata, tolonglah lelap. Namun bila aku cuba menutup kelopaknya wajah Eyad tersenyum menghiasi ruangan mata.

"Eyad." 

Angau ke apa aku ni? Namanya kusebut lembut seolah-olah menyerunya dengan harapan dia akan hadir dalam dunia realitiku saat ini. Dan seperti mengerti akan rasa hatiku, telefon bergetar ada mesej yang masuk. Ya, dari lelaki itu. Inilah mesej pertama darinya sejak berapa tahun kami tidak pernah berhubung. Masih guna nombor telefon yang sama.

‘Dah tido?’

‘Belum..’ Seminit kemudian.

‘Saya tak boleh nak tidur. Macam dengar suara Dhiyah panggil saya..’ 

Gulpssss! Dia dengar ke? Lajunya tangan aku reply mesej. Dan 10 saat berlalu aku dapat panggilan dari Eyad.  Aku segera menjawabnya. Senyap orang kat sebelah sana yang kedengaran hanya helaan nafas yang agak berat.

"Dhiyahhh..." 

Mak!! Sekali suara muncul, memang buat aku makin tak boleh tidur. Sah! Terguling sampai ke pagi.

"Hemm?" 

Apa ke jadahnya aku pun buat suara yang sama? Apa yang dah jadi? Dia begitu, dan aku pun sama.

"Saya rinduu Dhiyah.." 

OMG! Hatiku dipanah asmara. Alamatnya tak ada peluanglah untuk mendapat hatiku ini kembali. Memang lepas ni aku tak ‘berhati’ sendiri.

"Dhiyah.Tak rindu saya?"

"Errkk.." 

Rindulah! Namun tidak terluah padanya. Terlalu sukar menjelaskan rasa meski sakitnya sudah kian mencengkam jiwa.  

"Takpelah. Maaf menganggu.." 

Eh! Merajuk?

"Kalau rindu kenapa selama ni tak pernah contact saya?" 

Terluah sudah perasaan kecik hatiku selama ini. Bukannya dia takde nombor telefon aku. 

"Segan.Dhiyah pun tak pernah nak contact saya.." 

"Nak segan apanya?.."

"Segan dan takut Dhiyah terganggu...." 

"Siapa cakap?" 

Aku lagi terganggu emosi dan perasaan memikirkan kau Eyad saban waktu. Aku sendirian mengubati liku-liku kemandirianku selama ini. Selama aku diburu rindu.

"Saya rindu. Tak sanggup pendam rasa lama-lama." 

Saya pun! Tapi kenapa baru sekarang nak meluahkannya?

"Kenapa?” Lain nak cakap lain juga yang terkeluar.

"Tak rindu saya? "

Rasa macam nak nangis mendengar pertanyaanya. Aku bagai orang sasau rindukan dia. Tidakku sangka air mataku menitis. Tapi untuk apa?

"Tak mengapalah kalau tak nak jawab. Salam.."

Klikk!! 

Aduhai!! Merajuk lagi? Habis tu aku nak buat apa ni? Call dia balik? Segannya.

- Cuma Allah yang tahu mcmna perasaan sy selama ni. Dah lama nak contact Eyad, tapi saya bukan timba yang berani mencari perigi..-

Hanya mesej menghantar kata-kata pujukkan. Bukan pujukkan semata tapi lebih kepada pengakuan sebenarnya. Aku sudah tidak mampu menahan gejolak perasaan. Dan sekali lagi telefon berdering minta di angkat. Aku tahu dari Eyad. Wajahku sudah bertukar rona. Tidak sanggup aku mengangkat panggilannya bila mengenangkan mesej yang aku hantar tadi.

+ Dhiyah kenapa tak angkat? +

Lepas 3 miscalls dari dia, satu mesej pulak sampai.

- Eyad, plz..Tak payahlah call lagi ok..-

+ Kenapa? +

- Segan..-

Lama aku menanti balasan darinya. Tapi dah masuk ke 10 minit namun tetap tiada. Mungkin terlena. Akal bertingkah dengan hati. Jiwa seakan pedih. Macam tu saja dia memutuskan perbualan. Bukankah tadi meluah rasa, namun kenapa kini berubah pula? Mungkin sekadar bercanda, ah sudah! Hati tak keruan rasanya!

“Ziyaad Lutfi..”

Sekali lagi nama itu ku seru. Kali ini aku benar-benar mengharapkan kehadirannya di hadapan mata. Bagai mengerti perasaanku, telefon bergetar lagi. Panggilan masuk. Dan..

“Hah?”

Terkejut yang maha dasyat. Aku segera bangkit menyarung tudung.Tak tahu nak fikir apa lagi.

 ***************************

Tidak pernah aku sangka hari bahagia Kak Wani turut menjadi hari bersejarah buat kami berdua. Hari sabtu yang sepatutnya hanya ada majlis khatam al-Quran akhirnya telah diserikan lagi dengan majlis pertunangan antara aku dan Eyad. 

Ya Allah sungguh bahagia itu tiba pada bila-bila masa yang Engkau kehendaki. Dan dalam masa dua bulan lagi kami akan disatukan dalam sebuah ikatan suci. Pernikahan. Semoga rasa cinta dan kasih kami ini akan terus subur hingga ke akhirat kelak. Amin.

Dua bulan berlalu membawa diriku mendengar lafaz sakinah dari bibir insan yang aku cintai ini. Bagaikan dapat aku baca sorotan mata Abah pada wajah Ziyaad yang seolah-olah sedang berinteraksi tanpa suara itu.

Adalah aku wali puteriku
serah kini amanahku ini padamu
nafkahilah dia curah kasih dan cinta
lebih dari yang kuberikan padanya..

“Kenapa datang sini?”

Mamat yang sedang terpacak di hadapan rumah Abah aku pandang lama. Masih terkejut dengan kehadirannya secara tiba-tiba. Tapi bukankah aku yang ‘menyeru’ namanya tadi, dengan harapan dia muncul dalam realitiku tika ini. Dan, sekarang inilah jawabnya.

“Sorry. Tapi saya ada benda nak cakap..”

“Dalam telefon kan boleh..” Sekarang pukul 1 pagi kot!

“Tak. Saya nak cakap benda penting. Saya..”

Dia pandang aku lama. Aku yang masih di muka pintu tetap kaku di situ. Kalaulah Abah tahu memang naya aku.

“Cakaplah. Dah tengah malam ni. Tak manis..”

Dia tarik nafas sedalamnya. Nampak berat sungguh untuk dilafazkan. Akhirnya aku hampiri dia juga bila melihatkan dia yang nampak gusar.

“Eyad? Kenapa ni?” Tiba-tiba hati berdegup kencang saat mata kami bertatapan. Aduhai!

“Dhiyah. Saya sebenarnya dah lama nak ber..”

“Hehem!”

Alamak suara Abah. Eyad turut kalih pandang. Masak aku!

“Ada hal apa kamu berdua ni? Waktu macamni, tak boleh nak tunggu esok?”

“Pakcik saya minta maaf. Saya sebenarnya ada benda nak cakap pada Dhiyah.”

Abah pandang aku. Aku pandang Eyad. Nyata sekarang dalam masalah besar. Janganlah Abah salah sangka. Eyad ni pun satu. Cakap ajelah dalam telefon, kan senang. Takdenya aku rasa nak pitam!

“Eyad. Kamu tak perlu nak cakap apa. Pak cik dah tahu apa yang kamu nak beritahu Dhiyah.”

Aku dan Eyad sama terkejut. Mana pulak Abah tahu ni. Aku sendiri pun belum tahu kot.

“Tapi..”

“Dah. Pakcik tahu. Ada baiknya Eyad balik dulu, tak manis macamni. Pakcik terima lamaran Eyad tu. Esok kita bincang lagi. Sekarang masa untuk tidur..”

Eyad nyata terkejut. Tapi kemudian dia tersenyum lebar. Abah tergelak kecil sebelum masuk ke dalam semula. Aku kembali memandang Eyad minta kepastian.

“So?”

“So?”

Aku tanya balik. Bukan aku tak faham, tapi nak mengawal rasa yang tak tahu bila hendak tenang. Sama seperti rasa yang terselit masa aku kecil dulu. Saat dia melamar meski dalam nada usikan.

“Saya tunggu jawapan Dhiyah. Assalamualaikum.”

Dia tersenyum sebelum mengundur diri. Tahulah aku itulah maksud kedatangannya ke mari di waktu yang sungguhlah tak sesuai ini. Agenda melamar di waktu dinihari.Pergh! Aku jugaklah insan yang di lamar dalam keadaan pelik sebegini.

- Insya Allah hati sy milik Ziyaad Lutfi sejak dulu lagi. Milikilah hati dan perasaan sy secara halal..-

Dengan lafaz Bismillah mesej  itu aku kirimkan kepadanya. Semoga dia memahami kehendak jiwaku. Setelah yakin akan rasa hati, inilah dia jawapan bagi segala perasaan yang sering menyapa aku sejak dulu.

+ Terima kasih Dhiyah.Insya Allah moga jodoh kita sudah tertulis di luh mahfuz..+

 Amin Ya Allah. Macam nak menjerit bahagia saat ini. Dan dengan penuh relanya mataku terkatup lena.

**********************

"Aku terima nikah Nur Mardhiyah binti Ahmad Taufiq.....”

Ku akur akan pesanmu
Puterimu kini amanahku..
Iringlah dengan doamu bahagia kami dari redhamu..

Dan kini diriku milik mutlak insan yang aku cintai ini. Semoga bahagia ini milik kami keakhirnya. Inilah kisah cinta pertamaku pada insan bernama lelaki. Saat dia tunduk mengucup dahi sempat dia bisikkan sesuatu.

"Sayang, lagu yang pernah abang nyanyi dulu tu tajuknya Ikhlas merindu, khas untuk Dhiyah.."

Alahaii suamiku. Ingatkan apalah tadi. Perli lah tu. Namun aku bahagia bila mana lamarannya sungguhpun hanya sekadar mengusik suatu masa dulu akhirnya menjadi nyata. Aku dan dia kin bersatu dalam satu rasa yang indah. Nikah yang mengikat jiwa, jiwa yang bersatu hanya kerana takdirnya. Semoga bahagia itu tetap menjelma meski tubuh dimamah usia. Kasih cinta tetap mekar seindahnya membawa sejarah kasih cinta kami berdua.

Sungguhpun lamaran itu sekadar usikkan, tapi hatiku sudah bena-benar terusik. Tamat -

OwL ~ 1.53am. 



No comments:

Post a Comment